Wednesday, November 12, 2014

~Borak-borak Suami Isteri..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sehari-hari ni memang sibuk sangat je rasa hidup aku..
Macam tak cukup je 24 jam tu..
Hehe.. Perasan sibuk sungguh..
Incik Hubby baru je pi outstation malam tadi..
Sekarang ni tak tentu la pulak Incik Hubby ada kat rumah..
Minggu ni pun baru tiga hari je balik rumah kami..
Dah kena pi outstation pulak..
Kalau tak ke Kelantan, ke Kuantan..
Tak mengapa la, dia cari rezeki..

Hari-hari yang Incik Hubby ada bersama kami..
Kami gunakan semaksimum yang mungkin..
Kalau Incik Hubby tak ada appointment luar, maka kami akan berkumpul dalam bilik bersama anak-anak..
Seronok anak-anak Ayah ada kat rumah..
Nak pulak Iyad.. Lagi la seronok..
Iyad dah kenal muka Ayah.. Nampak je Ayah, laju Iyad merangkak cari Ayah.. Hehe..
Senang hati tengok anak-anak gembira..

Masa-masa yang tak berapa nak banyak ni..
Aku dan Incik Hubby cari juga kesempatan untuk bercerita dan berbual kosong..
Selalu Incik Hubby akan update aku dengan kerja-kerja dia..
Atau pun aku update tentang anak-anak..
Atau juga kami saling mengimbas kenangan..
Ada satu malam tu sebelum tidur..
Incik Hubby tanya aku 2 soalan..
Soalan yang pertama..

"Kata la, satu hari nanti ditakdirkan Allah, Abang kawen lagi, Sayang malu tak kalau orang tau sayang ada madu muda ? Sayang nak mengaku tak Sayang bermadu ?" 

Aku pandang Incik Hubby dengan mata kecik dan jari telunjuk di hujung bibir..

"Aikkk ! Apasal soalan tu pulak ?" kikikiki.. pura-pura terkejut..

Aku pun setelah berfikir beberapa saat, menjawab..

"Apa nak malu, Abang bukan kena tangkap khalwat.. Kalau dah ada madu, mengaku je la.. Tak ada yang pelik la cerita poligami zaman sekarang ni.. Kalau tak mengaku, buat la orang jumpa abang tengah berkepit dengan madu tu.. Mesti orang buat cerita yang bukan-bukan.. Lagipun, susah betul kalau hidup berahsia ni.. Semak la.."

Incik Hubby tanya lagi..

"Kalau kawan-kawan Sayang tanya Abang ada berapa anak, Abang jawab kiraan semua anak yang Abang ada.. Sayang marah tak ?"

"Ni apa soalan merepek tengah malam ni ?" aku dah malas nak layan..

"Apa nak marah ? dah kalau memang anak Abang ramai.. Takkan la nak cakap kurang kut.. Tak kira la sapa mak dia, janji nama Ayahnya Abang, anak Abang la tu.. Apasal tanya macam tu pulak ?" Aku tanya dia balik..

Dan jawapan Incik Hubby buatkan aku lagi mengantuk..

"Iye la, mana la tau dah sampai seru untuk Abang kawen lagi" Gelak dia membuatkan dengkur aku makin kuat..

Hampeh betul..
Entah la..
Dulu-dulu waktu awal kawen, mungkin la..
Aku agak risau jugak kalau Incik Hubby tetiba kata nak kawen lagi..
Tapi dah meningkat usia ni, persoalan tu jadi macam tak ada apa..
Nak kawen ? Kawen la.. Janji wanita itu boleh masuk dengan aku..
Tidak : sombong, berlagak, ego tinggi, cari gaduh, mengadu domba, bajet bagus, dan yang seangkatan dengannya..
Kalau orang yang sebegini..
Aku pun akan hormat dia lebih dari dia hormat aku..
Untuk orang hormat kita, kita mestilah tau hormat orang lain..
Kalau kita pun perangai bangsat, jangan nak marah kalau orang pun buat perangai serupa kita..
Sebab kita dah pun tunjukkan contoh..
Makin usia bertambah, kita mesti la makin matang dan muhasabah diri..
Bukan jadi perangai macam budak-budak yang berebut gula-gula kat tangan mak..
Bila dapat sikit, muka cemberut dan mula hentak kaki tak puas hati..
Lepas tu pakat sabotaj adik yang dapat gula-gula lebih..
Apa la salah kalau pergi pujuk adik tu, bermuzakarah dan bahagi sama rata..
Bukankah itu lebih lagi merapatkan silaturrahim..

Ahhh.. Tulis banyak-banyak pun nanti cakap aku perasan bagus..
Biar la, suka hati aku la.. ekekekeke..
Jenuh nak buat satu entry..
Pasal aku tengah usaha nak siapkan manuskrip kedua..
Manuskrip yang kecik aku dah hantar untuk proofread..
Kalau ada rezeki, InsyaAllah karya aku akan diterbitkan..
Kalian tolong la doa-doakan juga ya..
Dah la, aku nak pergi berkebun ni..
Nanti rajin, aku update entry baru.. kuikuikui..

*Incik hubby pun hari-hari cakap jatuh cinta dengan aku.. Ekekeke.. Sila la jeles dari jauh.. Dia cakap rasa macam baru je bercinta dengan aku.. Ahhh.. lelaki memang pandai bermanis mulut.. hehehe..*

-AkU-
Syurga Addin..
16:47 petang..

2 comments: