Monday, November 24, 2014

~Tahniah Doktor Putri !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam tadi semua anak-anak buat hal..
Tak nak tidur dan bising-bising..
Maka aku yang hanya ada dua tangan ni..
Dah rasa macam super woman..
Mana nak pujuk Iyad yang menangis asyik nak bergantung susu..
Mana nak layan Dhiya yang asyik ajak tengok kartun..
Mana nak senyapkan Imad yang terjerit-jerit suka-suka..
Tengah malam oke !
Huh.. Penat, tapi ini pengalaman..

Oke.. Bukan nak cerita pasal malam tadi..
Tapi nak cakap pasal adik ku yang seorang ni..
Sudah habis tempoh 5 tahun pengajian di Universiti Malaya..
Maka, sudah sah la untuk dipanggil Doktor (AYAM).. Ekekeke..
Ya, aku selalu ejek dia doktor ayam..
Bukan nak lemahkan semangat dia..
Tapi supaya dia lebih bersemangat untuk belajar dan jadi doktor sebenar..
Sebab bila dia sms aku lepas habis exam.. "Kak Olie, Wai failed exam laa.."
Maka itu la jawapan aku.. "Jadi doktor ayam la kau.." hehe..
Tak sampai kat hati pun..
Tapi Alhamdulillah, hari ni dia dah buktikan dia juga mampu menjadi seorang doktor..
Maka tidak la sia-sia pengorbanan orang di sekeliling..
First posting di Hospital Besar Melaka..
Maka ada dua sudah doktor dalam adik beradik aku..



Teringat waktu dia kecik-kecik dulu..
Aku yang tak berapa besar ni jugak la yang mengasuh dia..
Aku yang mandikan dia..
Aku yang basuh berak kencing dia..
Aku yang suap makan dia..
Aku yang buat susu untuk dia..
Aku yang tidurkan dia..
Aku yang kena marah bila dia menangis..
Aku yang pujuk bila dia merajuk..
Aku yang gosokkan baju tadika dia..
Aku yang masak untuk sarapan dia..
Aku yang siapkan bekal untuk dia..
haishh.. macam-macam lagi..
Bukan mengungkit..
Memutar kenangan..



Tak sangka..
dari sekecil-kecil dulu..
Hingga sebesar-besar sekarang (besar lagi dari akak ni haaa)..
Itu la adik aku..
Mungkin kami tak sama mak..
Tapi binti dalam IC kami sama..
Mungkin dia besar dan gemok dari aku..
Mungkin dia hodoh lagi dari aku..
Mungkin dia putih dan buruk dari aku..
Tapi itu la adik aku..

Hari ni dia dah buktikan..
Walau papa kami pelakon.. (ayat berlagak poyo)
Walau dia sudah tiada mama..
Walau dia paling hodoh dan gemok..
Walau gigi dia besar..
Walau dia kuat makan..
Walau dia suka tidur..
Walau apa pun..
Dia sudah berjaya menjadi seorang doktor..
Bukan doktor ayam.. Hehe..
Tapi doktor sebenar..
Mudah-mudahan dia sedia membantu masyarakat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik..
InsyaAllah.. Ameen..



*TAHNIAH Wai !! Walaupun kau tak jemput akak ke majlis konvo kau, tak mengapa la.. ada hikmahnya jugak.. akak dah buatkan kau triffle strawberry satu bekas besar.. bila dah takde orang nak makan.. terpaksa la akak menghabiskan seorang diri.. memang la rasanya mabelessss.. lebih mabelesss bila tak payah kongsi dengan budak gemok macam kau., huahuahua*



**Wai.. Kalau kau baca dengan perasaan yang marah dan sakit hati.. Ketahui la.. Akak menulis dalam keadaan terpaksa dan dengan sebaris senyum panjang.. Muahahahhahahahahha.. Akak sayang kau Wai !! Doktor tak buleh marah-marah.. Kena sabar sentiasa dengan kerenah pesakit.. Hahahaha.. Oh ya.. Permohonan kau untuk menjadi doktor peribadi akak telah lulus, cuma bab nak jadi doktor peribadi untuk sakit puan.. Memang JANGAN HARAP LA!!!!!**

-AkU-
Syurga Addin..
15:27 malam..

4 comments:

  1. Replies
    1. Boleh.. sila ambik borang, isi semua yang berkenaan dan ambik nombor giliran ya.. kikikikiki

      Delete
    2. ala amik no giliran ke.. hahaha..

      Delete
    3. kikikiki.. kalau nak cepat, sila rasuah PA beliau.. ><

      Delete