Monday, June 13, 2016

~Berakhir Sebuah Perjalanan Hidup..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah seminggu kita melayari bahtera Ramadhan..
Alhamdulillah, masih diberi ruang dan kesempatan bertemu bulan suci ini..

Hari Khamis minggu yang lalu..
Saya mendapat khabar duka dari seorang teman.. Ila namanya..
Abahnya telah pergi mengadap Penciptanya..
Setelah menanggung sakit beberapa lama..
Saya berkira-kira ingin pergi melawat Ila dan maknya..
Tanpa lengah, saya call teman baik saya, Ina mengajak pergi sekali..
Kami berdua agak kenal juga mak dan abah Ila..
Sudah lama tidak berjumpa sebenarnya..
Seingat saya kali terakhir saya berjumpa kedua ibu bapa Ila sekitar tahun 2007..
Masa tu tujuan untuk berubat Imad yang sawan tangis dan hernia..
Itu la kali terakhir kami berjumpa..
Selepas itu ada juga saya berhubung dengan arwah abahnya melalui telefon beberapa kali berkaitan bisnes..
Selepas itu terus terputus hubungan..
Hanya kadang-kala bertanya khabar melalui Ila dari fesbuk atau whatsapp..

Hari Jumaat petang, saya dan Ina ke rumah Ila..
Berpusing juga kami mencari lorong rumah Ila..
Masing-masing tak ingat lorong yang mana.. Hahaha..
Akhirnya panggil Ila keluar untuk memudahkan kehadiran kami kerumahnya..
Menjejakkan kembali kaki ke rumah itu, perasaan saya seperti "dejavu"..
Seperti mengulang kembali satu memori..
Memori apa ya ?
Maka saya tenggelam dalam persoalan yang berlingkar di fikiran..
Sesekali bersuara menyampuk perbualan mereka..
Saya ketawa, tersenyum dan dalam masa yang sama terus berfikir..
Beruntungnya mak Ila dapat berbakti kepada suami tatkala tubuh masih lagi bertenaga dan berkemampuan..
Khidmat-khidmat terakhir seorang isteri buat suami tercinta..
Moga syurga buat isteri sebegini.. InsyaAllah..

Sejam lebih kami disana, akhirnya kami mohon undur diri..
Ina perlu bergegas menjemput anak-anaknya di rumah mertua..
Kami tinggalkan rumah itu dengan senyuman..
Masuk dalam kereta, kami saling berpandangan dan tersenyum..
Serentak kami berkata "Akhirnya.."..
Kami teruskan perjalanan sambil mengimbas memori yang telah terkubur..

Sampai di rumah, baru terfikir..
Banyak sebenarnya yang saya nak tanya berkenaan abah Ila..
Tetapi fikiran saya melayang..
Lidah saya juga membeku bila di sana..
Maka setiap persoalan hanya tinggal persoalan tanpa jawapan..
Tak mengapa la, abahnya sudah selamat berada di "alam sana"..
Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan bersama para solehin..



*Sedihnya hati bila Ramadhan dan Syawal disambut tanpa mereka yang tersayang.. Al-Fatihah dan doa buat mereka-mereka yang lebih dahulu dijemput Allah swt.. Moga ada peluang kita berjumpa di syurgaNYA.. InsyaAllah, ameen..

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment