Wednesday, February 8, 2017

~Hadirnya Dalam Mimpi..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Mimpi mainan tidur..
Mimpi ada makna tertentu..
Mimpi sekadar bisikan syaitan..
Mimpi ada yang rindu..

Hmmm.. Macam-macam yang saya dengar kata orang tentang mimpi..
Baru-baru ini saya mimpikan seseorang..
Teman lama yang sudah lama hilang..
Sudah bertahun rasanya saya tidak bermimpikan dia..
Namun untuk kali ini dia hadir menghiasi lena..
Mimpinya panjang..
Kami hanya berjalan menyusuri pelbagai keadaan..
Sesekali gelak tawa mengisi sunyi alam..
Sepertinya antara kami tiada sengketa..
Masih mesra seperti dulu..
Berbual yang tiada hentinya .
Seolah ini pengakhiran antara kami..
Bahagia itu muncul dimana-mana saja..

Hmmm.. rindukah dia ?
Andai rindu, mengapa terus membisu tanpa kata..
Jika masih mengingati, mengapa tega memutus ikatan..
Persahabatan kita tidak silap..
Yang salah adalah kita..
Benar.. Kita yang salah..
Kerana tidak tahu nilai persahabatan..
Tidak mampu menghargai ikatan itu..

Ini antara mimpi yang masih segar dalam ingatan saya..
Amat jarang saya mengingati sesebuah mimpi bila saja mata terbuka menghalau lena..
Lambaian terakhir seperti wujud di depan mata..
Hingga hari ini saya masih resah memikirkan erti sebuah mimpi..

Hanya dia yang mampu merungkaikan segalanya..
Iya.. hanya dia..
Hadir la sekali lagi buat merelai segala persoalan di hati..

*Rasanya bangku di tepi padang itu masih tegak di situ.. Pertemuan yang tak pernah saya lupakan.. Walau kita berlainan arah pandangan.. Namun kita di situ.. Bercerita antara kita.. Dan hanya kita yang tahu.. Mengapa keadannya sedemikian..*

-AkU-
Syurga Addin..
10:07 pagi..


0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment