Wednesday, March 8, 2017

~Giliran Berpoligami..~

Bismillahirahhmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Minggu-minggu yang lalu..
Ada perjumpaan grup poligami whatsapp di rumah saya..
Alhamdulillah, silaturrahim yang terjalin antara kami semakin berkembang..
Ada 7 orang termasuk saya..
Sebenarnya dalam grup kami ramai, tapi memandangkan ramai yang tinggal berjauhan..
Maka hanya beberapa kerat saja yang dapat bersua muka..

Ada pengisian perjumpaan antara kami..
Mereka bercerita pengalaman masing-masing sebagai panduan dan pengajaran kepada yang lain..
Dalam grup ini, kami tidak pisahkan isteri mengikut turutan nombor..
Semuanya berkumpul dalam satu grup..
Maka kita dapat mendengar nasihat dan pandangan dari setiap sudut..

Saya lebih senang menjadi pendengar dan pemerhati..
Sama juga ketika dalam grup whatsapp..
Sesekali menyampuk bila sesuatu isu itu meminta saya untuk memberi pendapat..

Isu kali ini adalah soal giliran..
Kalau dalam grup fesbuk poligami, bermacam keluhan kedengaran..
Tak kurang juga di grup whatsapp..
Ada kala, kesian juga melihat mereka..
Bab kasih sayang dan kewangan, saya faham bila suami tak mampu nak berlaku adil..
Tapi bab giliran, takkan la tak boleh nak selaraskan..

Ada kes isteri pertama..
Poligami sudah hampir 2 tahun..
Selama itu tiada sistem giliran..
Baru sahaja dibuat giliran awal tahun ini..
Itupun culas..
Perjanjian bertukar setiap hari pukul 9 pagi..
Tapi bila saat ke rumah isteri pertama, malam baru nampak muka..
Itupun sepanjang masa diganggu isteri muda..
Bergaduh sikit, mula la giliran isteri pertama hilang..
Kalau isteri terpaksa kerja outstation, suami tak mau ganti..
Katanya bukan salah dia bila giliran terbatal..
Disalahkan isteri..

Ada kes pula isteri muda..
Dalam seminggu, sehari saja dapat tengok muka suami..
Selebihnya dengan isteri pertama..
Itupun balik bila anak-anak sudah terlena..
Dan pergi waktu anak-anak belum bangun tidur..

Ada juga kes, suami isteri duduk jauh..
Maka hujung minggu saja mampu bersama..
Tapi disebabkan suami takut pada madu..
Maka ada kala culas juga mengikut giliran..
Sakit pening isteri lain dibiar uruskan sendiri..
Usah kata nak jenguk, nak call atau mesej pun tidak..

Ada kes lain..
Suami sudah elok menetapkan giliran sekian-sekian hari..
Tapi isteri-isteri sibuk mengganggu giliran isteri lain..

Saya yang mendengar hanya tersenyum..
Ada ketika saya terfikir..
Apa yang ada dalam fikiran suami-suami ini..
Atau mungkin juga apa yang terlintas dalam minda isteri-isteri..
Sudah namanya berpoligami, berkongsi..
Cuba la bertolak ansur..
Belajar memahami hak orang lain..
Gunakan sebaiknya giliran yang ada..
Cuba la tahan diri dari mengganggu giliran isteri lain dengan perkara-perkara remeh..
Ganggu suami sebab nak luahkan masalah, minta suami hantar kereta untuk dicuci, minta suami pergi kedai beli barang, minta suami balik rumah betulkan pintu belakang, minta suami tengokkan phone yang tak betul setting, minta suami balik sebab hati tiba-tiba rasa tak sedap, minta suami balik sekejap nak potong rumput..
Benda-benda kecil seperti ini sepatutnya boleh tunggu bila tiba giliran masing-masing..
Ada yang suami malam ini bertukar giliran, esok pagi sudah dapat mesej, isteri lain suruh pergi kedai belikan roti dan telur..
Ada juga giliran habis malam, tapi petang sudah call suami ajak pergi kenduri..
Semua benda-benda begini la yang menyebabkan ada suami yang tak berlaku adil dalam penggiliran..
Susah sangatkan menunggu giliran masing-masing ?
Saya faham jika giliran ditetapkan sebulan seorang..
Mungkin masa yang terlalu lama itu menyebabkan isteri yang lain tak boleh menunggu..
Tapi bila giliran hanya beberapa hari, ada yang selang sehari..
Tetap juga diganggu isteri yang lain..
Muhasabah la diri wahai isteri-isteri..
Suami itu bukan hak milik kita..
Dan giliran hari itu hak milik isteri-isteri..
Andai kita diperlakukan seperti itu, apa rasa hati kita..
Kalau jawapannya kita marah dan tidak puas hati, maka begitu juga jawapan isteri-isteri yang lain..

Kesian bila dengar cerita-cerita mereka ini..
Walaupun saya tiada cerita untuk dikongsikan..
Ini memberi pengajaran kepada saya..
Jangan buat orang kalau tak mau orang buat kita..
Bermuafakat lebih baik, dari bergaduh tak tentu hala begini..
Isteri-isteri yang menyenangkan suami, alangkah indahnya kehidupan..
Suami lebih tenang dan adil dalam memperlakukan isteri-isterinya..
Tidak susah untuk hidup harmoni dalam berpoligami..
Bila kita faham tanggungjawab masing-masing..
Kita permudahkan untuk orang lain, InsyaAllah Allah swt permudahkan segalanya untuk kita..
Kita cuba sakitkan orang lain, tak mustahil sakit itu berbalik pada kita semula..
Muhasabah diri.. koreksi diri..
Kita takkan boleh ubah orang lain, jika mereka tak mau berubah..

Buat isteri-isteri yang bermasalah begini..
Bersabar la.. bertabah la..
Redhakan hati.. Moga ada rahmat Allah swt menanti..
Allah menguji kerana DIA sayangkan kita..
Kala hati kita diduga sebegini, iman kita sebenarnya yang diuji..
Bertahan la dengan dugaan.. Moga tahap keimanan kita semakin meningkat..
InsyaAllah..



*Saya pesan pada Incik Hubby, kalau tergerak hati nak carikan saya adik madu, pastikan orang itu boleh menerima saya seadanya, tidak tamak dan sombong serta bongkak.. InsyaAllah, saya sepenuh hati boleh menerima dia.. Kata Incik Hubby, cukup la apa yang ada.. Tak perlu ada yang lain lagi.. Hehehe.. ni ayat nak jaga hati isteri gamaknya..*

-AkU-
Syurga Addin..
07:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment