Monday, March 27, 2017

~Ujian Kasih Sayang..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Melalui minggu yang melelahkan..
Sesekali Allah beri ujian yang agak berat..
Tanda Allah masih sayang..
Memberi ingatan buat hamba-hamba yang seringkali alpa..

Hari Isnin minggu yang lalu..
Balik saja dari office, lebih kurang pukul 10 malam dah..
Kepenatan campur dengan tubuh yang tidak berapa nak sihat..
Saya siapkan anak-anak untuk tidur..
Uruskan apa yang patut..
Tak sedar dah pukul 12 lebih..
Mata dah tak larat nak buka..
Imad dah lena di pembaringan..
Tinggal Dhiya dan Iyad yang masih lagi menonton kartun..
Saya biarkan saja, sementelah badan sudah tersangat lesu..
Tau-tau je sudah terlena walau lampu masih terang menyala..
Terjaga lebih kurang pukul 2.49 pagi..
Hajat di hati nak ke bilik air, kemudian susun anak-anak untuk tidur dengan lebih selesa..
Terpandang Imad yang bergerak-gerak..
Allahuakbar, sawan Imad datang lagi..
Malaikat gerakkan saya dari lena barangkali..
Saya call Incik Hubby sekadar beritahu situasi..
Kemudian saya bawa Imad ke bilik air untuk disiram sedikit air di tubuhnya..
Kepala Imad saya basahkan dengan tuala..
Lebih kurang 10 minit di bilik air, sawan Imad tak berhenti..
Saya ulang call Incik Hubby minta balik segera..
Sampai je Incik Hubby, dia dukung Imad bawa dalam bilik semula..
Saya sudah bersiap beg baju saya dan anak-anak sekiranya perlu ke hospital..
Tengok Imad makin perlahan sawannya..
Namun dalam hati saya masih belum surut kebimbangan..
Sebab bukan tak pernah sawan Imad berulang kali ke dua..
Dan itu la yang terjadi..
Serangan kali kedua membuatkan saya terus ajak Incik Hubby ke HKL..
Saya kejut Dhiya dan Iyad sekali..
Pukul 3.15 pagi kami ke ER HKL..
Imad di bawa ke zon merah, kritikal..
Kami menanti di luar..
Sesekali doktor keluar untuk bertanya sesuatu..
Lebih kurang setengah jam, saya dipanggil ke katil Imad..
2 orang doktor pakar dan seorang HO serta 2 orang nurse mengelilingi Imad..
Saya tengok Imad masih lagi diserang sawan..
Doktor pakar jumpa saya cuba terangkan situasi..
Katanya sawan Imad kritikal..
3 jenis ubat sudah diberi, namun sawan tetap tak berhenti..
Mereka minta izin untuk intubate Imad..
Tapi ada risikonya..
Kebarangkalian jantung Imad terhenti dan mereka terpaksa lakukan CPR..
Dan jika sewaktu melakukan CPR, mereka dapati ianya menyiksa pesakit, maka mereka akan berhenti..
Maknanya Imad akan................................
Saya dah mula terbayang macam mana Imad bakal diperlakukan sekiranya ianya berlaku..
Saya pejam mata depan doktor-doktor tadi..
Doktor pujuk saya untuk buat keputusan cepat sebab mereka takut jika lebih lama Imad sawan, oksigen tak sampai ke otak..
Dan mungkin perkara yang lebih buruk akan terjadi..
Antara sedar dengan tidak, saya anggukkan kepala memberi keizinan..
Saya dibawa keluar oleh HO dan diminta tunggu di bilik menunggu..
Saya tenangkan hati dan cuba beri penerangan yang sama pada Incik Hubby..
Terus terduduk dia di depan saya..
Saya nampak dia pejam mata kuat-kuat..
Airmata saya sudah laju mengalir..
Saya nampak Incik Hubby kesat mata dia..
Kasih seorang Ayah..
Saya peluk Dhiya dan Iyad cuba meredakan gusar yang melanda hati..

video
*Ini saya rakam sewaktu di dalam ambulans untuk bawa Imad ke ICU Paediatric..

Setengah jam lebih menanti, saya minta Incik Hubby bawa anak-anak balik..
Kesian pula tengok anak-anak..
Kami janji akan berhubung sekiranya ada apa-apa berita..
Incik Hubby balik lebih kurang pukul 4.30 pagi..
Dan saya setia menanti di bilik menunggu..
Pukul 6 pagi HO panggil saya untuk teman membawa Imad ke ICU Paediatric..
Kami ke Institut Paediatric dengan ambulans..
Imad disorong ke dalam ruang ICU dan saya sekali lagi di bilik menunggu.. keseorangan..
Saya beritahu HO untuk solat Subuh dahulu..
Dan kembali semula ke dalam bilik menunggu..
Sesekali HO keluar untuk bertanyakan sesuatu..
Kalau nak diikutkan memang tubuh saya sangat lesu.. tak bermaya..
Namun memikirkan kondisi Imad, saya kuatkan semangat..
Pukul 12 tengah hari, saya dan adik masuk ke ruangan ICU untuk tengok keadaan Imad..
Nurse bagitau tiub pernafasan Imad baru saja mereka cabut..
Dan Imad masih lagi tidur lena..
Sesekali bergerak melawan kesejukan dalam bilik..
Saya minta izin nurse untuk pulang ke rumah sekejap..
Nak siapkan beg pakaian dan buat apa yang patut..
Saya sampai rumah lebih kurang pukul 12.30 tengah hari..
Ambil Dhiya dan Iyad..
Mandi dan siapkan beg pakaian saya untuk ke hospital semula..
Lepas solat Zuhur, saya tertidur sambil memeluk Dhiya..
Bangun lebih kurang pukul 2 lebih..
Suapkan anak-anak makan tengah hari..
Saya kemas rumah apa yang patut..
Pukul 4 lebih saya hantar anak-anak pada Incik Hubby dan terus ke hospital..
Lebih kurang pukul 7 malam, kami dipindahkan ke wad biasa..
Imad masih lagi tertidur kepenatan..
Dan saya hanya tersandar lesu di atas kerusi disisi katil Imad..
Alhamdulillah, walau kondisi Imad masih sangat lemah, tapi sudah melepasi tahap kritikal..


Hari kedua, ada ujian EEG..
3 hari di hospital, Imad dibenarkan pulang..
Bulan 6 nanti kena duduk wad 2 hari untuk ujian MRI pula..
Mulai bulan 7, appointment Imad dengan doktor pakar neuro bermula semula..


*Ini ujian kasih sayang saya sebagai Ibu.. Walau berada di hospital, ingatan saya tetap teringat anak-anak yang tinggal bersama suami.. Namun mendahulukan anak yang memerlukan perhatian saya, saya redakan hati dan jiwa.. Setiap ketika anak bersama saya, bila terpisah begini walaupun sementara, hati saya rasa sedih sangat.. Entah la.. Itu apa yang saya rasa..*

-AkU-
Syurga Addin..
02:17 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment