Tuesday, March 12, 2013

~Ini Blog AkU..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lebih seminggu demam bermarajalela dalam tubuhku..
Hinggakan kerja-kerja rumah banyak yang terbengkalai..
Manakan tidak.. Tubuh rasa sangat tak bermaya..
Asik terbaring je.. Mujur ada anak-anak menemani..
Alhamdulillah, ujian Allah untuk aku tika ini..
InsyaAllah, ada dosa aku yang terampun..

Setiap orang ada cara masing-masing untuk luahkan perasaan..
Aku juga ada cara aku tersendiri..
Kalau orang lain lebih senang untuk meluahkan perasaan dengan bercerita kepada orang sekeliling..
Aku memilih untuk menulis bagi meluahkan apa yang terpendam di dalam hati..
Sememangnya bukan semua yang ada dalam hati ini aku luahkan disini..
Tapi sekurang-kurangnya dalam hati ini tidak penuh dengan serba macam perasaan yang bercampur aduk..
Aku tak nafikan, ada ketika apa yang aku tulis mengundang sakit hati, marah dan bermacam lagi perasaan kepada orang yang membaca..
Itu terpulang kepada perasaan mereka ketika membaca penulisan aku..
Siapa yang makan cili, dia la yang rasa pedasnya..
Bagi aku, apa yang aku tulis ini adalah jujur datangnya dari hati..
Lagipun aku yang cipta ruangan ini..
Hak aku untuk berkata apa pun..
Selagi aku tidak mengaibkan orang secara terang-terangan..
Itu sudah mencukupi..
Berbanding orang lain yang bercerita tentang aku, menyebut nama aku secara terbuka..
Itu lebih bersifat "jahat"..
Selagi aku rasa apa yang aku luahkan itu tidak salah..
Maka aku akan sentiasa menulis..
Mengadu la pada siapa pun..
Itu tak menjadi penghalang untuk aku terus meluahkan apa yang aku rasa..
Orang akan marah bila mereka rasa apa yang aku tulis itu benar..
Namun orang tak akan memberi simpati pada aku bila mengetahui kesedihan aku..
Malah, kesedihan aku itu satu kemenangan bagi mereka..
Cukup untuk aku terus menjaga perasaan orang lain dan mengabaikan perasaan sendiri..
Bila kita tak tahu menghormati perasaan dan hak orang lain..
Maka jangan mengharapkan perkara yang sama dari orang lain..

*YEAHHHHH !!!

**Cuba bercakap depan muka aku.. Biar aku patahkan segala hujah-hujah kau yang tidak masuk akal tu.. Baca dengan mata, faham dengan akal dan hadam dengan perasaan ikhlas.. Bukan baca dengan nafsu, faham dengan dendam dan luahkan dengan amarah.. Itu manusia yang kurang menggunakan akal fikiran kurnian Allah swt.. Usia yang semakin bertambah seharusnya mematangkan kita dengan asam garam kehidupan.. Kita bukan semakin muda.. Sedar la.. Bukan selamanya kita hidup menongkat langit.. Kalau tika ini kita rasa takhta kita teratas.. Satu masa nanti tidak mustahil kita terperosok di bawah.. Saat itu baru nak kenal keinsafan.. Memang tak terlewat, tapi kau akan rasa kerugian yang tak terthitung.. Semoga kita semua sedar sebelum ajal menjemput kita pergi..**

-AkU-
Syurga Addin..
07:07 pagi..ic

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment