Saturday, March 13, 2010

my 1st post.......

Assalamualaikum wbt...
ini first time aku buat blog sendiri..
memang ini la cita-cita aku sebelum ni..
aku suka menulis..
aku tak kisah la orang suka ataupun tidak..
tapi aku tetap nak menulis..

so.......
1st story aku tak la menarik mana..
tapi aku nak jugak share ngan semua orang..
malam ni aku jumpa dengan seorang teman..
kawan sekolah rendah yang aku dah lost contact dari sejak aku ting 1..
tak sangka jumpa kat FaceBook..
dan tak sangka jugak dia seronok sangat jumpa aku..
dah lama kitorang berhubung di FB.. baru kali ni dia tergerak hati nak sms aku..
hmm.. pelik bin ajaib jugak la..
bila aku risik-risik..
dia pun berterus terang..
dia nak minta pendapat aku berkenaan sesuatu...
so, aku pun jumpa la dia di tempat dan masa yang kitorang janji...
dipendekkan cerita...
dia nak mintak pendapat aku berkenaan...
dia nak kawin...
tapi dia bakal jadi isteri kedua..
so, dia nak mintak pendapat orang yang lebih arif berkenaan perkara ni..
Hmm... orang dah minta tolong.. aku kena tolong..
orang bertanya maknanya dia percaya aku boleh bagi pendapat yang bernas..
so.. yang pertama aku tanya dia..
apa nawaitu dia bila dia decide nak jadi 2nd wife?
dia jawab sebab cinta..
aku cakap..
cinta takkan buat kita bahagia kalau suami tak mampu berlaku adil..
cinta takkan buat kita bahagia kalau terpaksa makan hati..
cinta tak mampu buat kita bahagia kalau suami tak mampu bagi nafkah..
memang betul cinta itu buta.. perasaan tu adakala boleh menutup mata kita dari memandang keadaan yang sebenar..
dia diam dan berfikir..
then aku bagitau risiko yang dia kena tempuh kalau dia nekad nak jadi 2nd wife..
penolakan 1st wife..
penolakan keluarga in law..
ketidakadilan suami
and for sure.. kalau 3 perkara ni bersatu..
dia tidak akan rasa bahagia dalam ertikata yang sebenar..
dia angguk2 kepala...
lepas tu aku bagitau apa persediaan yang dia kena ada..
sabar, mengalah, sedar diri, redha..
dia akan mampu bertahan dalam apa juga suasana jika dia ada 4 perkara ni..
aku bukanlah pandai sangat nak bagi pendapat atau nasihat..
tapi aku belajar dari pengalaman sendiri..
kalau pun kita tak boleh belajar dari pengalaman sendiri..
sekurang-kurangnya kita boleh belajar dari pengalaman orang lain..
itu lah yang aku praktikkan..
4 jam lebih aku duduk mengadap dia...
dari apa pendapat yang aku bagi...
dia buat keputusan untuk fikir dengan lebih dalam lagi sebelum buat keputusan..
itu yang terbaik pada aku..
apa pun keputusan dia, aku tetap bagi sokongan dan semangat...
kita punya pendapat dan pengalaman masing2..
bagus kalau kita dapat share dengan orang yang memerlukan..
harapan aku.. dia boleh berfikir dengan sematangnya sebelum buat keputusan..
ini bukan cerita untuk satu dua hari..
tapi seluruh kehidupan..
pastinya semua orang mengharapkan setiap perkahwinan hanya berlaku sekali seumur hidup..
(kecuali sebilangan kaum Adam.. hihihihih..)
dan sudah tentu semua orang inginkan kebahagiaan..
tapi macam mana pun kita cuba untuk hidup dalam ketenangan..
sesekali pasti ada dugaan untuk kita..
pantai mana yang tidak dilanda ombak?
bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan??
terpulang pada diri kita sendiri untuk menanganinya..
aku tak berniat untuk cerita keaiban orang..
sekadar berkongsi cerita...
berfikir guna akal yang waras..
adili guna hati yang ikhlas..
bertindak guna cara yang bernas..
asalkan kita tak lari dari landasan sebenar kehidupan...

~salam pengenalan~

4 comments:

  1. Makcik Aku-Alam... Gelap la dalam ni! Bagi terang sikit... hehehehe. Good Luck dengan blog ini! haha... aku orang first support!!

    ReplyDelete
  2. aah la oli..sayu je aku nak bc blog ko ni..kasi gerek sikit la..nak tgk template yg besh2 bleh usha kat wife akunye blog ni..http://nufadz.blogspot.com.ko cri kat bwh sekali ade template free.ko click situ.ok..aku dah jadi followers ko.nnti ko hit aku balik ek.ni blog aku.http://astro-pakej.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hahahha!! Cuz..
    first timer..
    camni la...
    tapi papehal...
    thanks for your support!!
    aku akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa..

    Padil...
    nanti aku tengok..
    thanks buddy!!

    ReplyDelete
  4. wahhh.. sudah cantek! Good Luck!!

    ReplyDelete