Monday, April 12, 2010

~resah aku~

Assalamualaikum wbt...
bersiaran dari ruang sakit ini membuatkan tangan dan mata aku sama2 lincah..
menaip dan memandang persekitaran..
masing2 dengan hal mereka..
aku??
aku tenang saja..
tenang ke??
hehehe.. tenang dalam ertikata yang aku terjemah sendiri..
luaran yang sama sekali tidak kontra dengan dalaman..
tak pulak aku kira berapa banyak keluhan yang aku luahkan..
justeru aku terlalu sibuk berfikir bagi pihak orang lain..
sudah berhari2 aku dihadapkan dengan permasalahan yang tiada hentinya..
kenapa mereka datang kepadaku?
bukanlah aku menolak permintaan mereka..
atau cuba menidakkan resah yang melanda hati mereka..
tapi, menyedari diri tiada kesempurnaan..
serasa tak layak pula untuk menjadi tempat bagi mereka ini mengadu..
adakala aku tertanya..
apa bagusnya kata2 nasihat aku pada mereka?
entah.. aku juga kurang mengerti..
ya.. mungkin mereka kerap memandang aku dari sudut positif..
sementelah mereka tidak pernah tahu kemelut yang melanda diri aku..
andainya mereka mengerti..
aku sendiri pun hairan..
aku mampu memberi motivasi kepada sesiapa pun yang datang padaku dengan masalah yang tersendiri..
aku berhasil memberi mereka satu gambaran positif untuk setiap masalah yang menimpa..
tapi bila untuk diri sendiri..
aku kena cari pakar psikiatri untuk melebur segala masalah..
ya la.. aku bukan super woman..
semua pun aku boleh settle sendiri..
doktor pun akan cari doktor lain bila mereka sakit..
hmm..
terlalu banyak dugaan yang melanda..
sampai aku sendiri tak boleh berfikir dengan cukup sempurna..
maka, aku hilangkan diri dari FB, MySpace dan ruang chatting yang lain..
untuk mencari kewarasan diri sebelum bermula semula..
siapa yang mampu faham aku??
belum ada lagi..
suami??
aku tak mahu beratkan dia dengan menambah permasalahan yang sedia ada..
parents??
siapalah aku mahu menyusahkan keluarga lagi..
kawan2??
aku tak akan mencari mereka untuk meluahkan apa yang terpendam..
biarlah aku seorang yang memendam rasa..

"...Andai hijau alam itu bisa menenangkan hati ini,
biarlah aku disini..
Andai kicau unggas itu mampu merehatkan minda ini,
biarlah aku disini..
Andai biru laut itu akan membebaskan resah ini,
biarlah aku disini..
tanpa janji untuk kembali..
bukan menghindar..
tapi cuba mencari realiti diri..
rimbun kita sama,
walau dari akar berbeza..
hijau warna damainya,
tempat berteduh dari segala prasangka..."

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment