Friday, June 18, 2010

~Cerita aku...~

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku kat Terengganu Darul Iman..
Sampai malam tadi dalam pukul 10.30 pm..
datang sini pasal nak tengok yacht Tengku Fakri (kut la ejaan macam ni, Ampun Tuanku!!)
Dia nak mintak syarikat aku tolong manage yacht dia tu..
Heheheh...
nanti aku akan publish gambar2 aku kat kapal tu...

Anyway, aku bukan nak cerita pasal tu..
Tapi pasal tembok batu kat belakang rumah aku..
Dah masuk hari ketiga tembok tu runtuh..
Semuanya disebabkan pokok betik yang makin besar..
Akar dia dah tak bleh duduk kat tempat kecik lagi!!
So, nak tak nak terpaksa dia tendang tembok tu kasi jatuh!!
hahahhah!!! apa lagi???? tergolek dog la tembok tu menyembah bumi!!
ni lah gambar2 yang menunjukkan betapa pokok tu tak nak dikongkong lagi oleh tembok tu!!
hehehhe...
nak tengok gambar tembok tu????
makanya...
nanti2, terpaksalah aku tebang pokok betik tu supaya dia tak lebih membesar dan menghancurkan benda lain pulak...
tapi buah betik tu besar2 dan manis sangat!!
hehehhehe....

Cerita ini dapat aku kaitkan dengan iman seseorang..
Pokok betik tu umpama dugaan dan ujian..
Tembok itu adalah iman seorang insan..
Makin lama makin banyak dan besar dugaan yang diberi pada kita oleh Allah swt..
Andai iman kita serapuh dan selembut tembok tu..
Maka begitulah juga kita..
Akan rebah dan roboh bila tiba masanya...
Jadilah tembok yang kuat dan bertahan..
Agar bila kita mengadap Pencipta nanti..
Bekalan iman dan amal kita mencukupi...
Insyaallah...


~AkU~
Bumi Darul Iman...
10:03 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment