Wednesday, July 7, 2010

~Sukarkah???~

Assalamualaikum wbt...


Aku bukanlah pujangga yang bijak merangka kata..
Dan bukan juga penyair yang mahir melagu puisi..
Tapi aku juga seorang manusia..
Dan mereka juga manusia..
Kita semua punya hati dan perasaan..
Cuma ada kala apa yang terluah tak seindah yang didengar..
Aku takkan tahu kalau tak diberitahu..
Bukankah berterus terang itu lebih baik dari memendam??
Hmm.. sukar menduga hati manusia..
Sesukar menduga riak air di lautan..
Benar.. kadang kala kebenaran itu terlalu pahit untuk diterima..
Tapi jika kita terima dengan hati terbuka..
Aku percaya takkan ada dendam yang tersimpan..
Cubalah sesekali berfikir umpama orang yang telah dewasa..
Kita bukan terus menjadi anak2 yang perlu dipimpin setiap masa..
Satu masa nanti kita juga akan menghadapi hari kematangan..
Pada aku umur sekitar 20-an bukanlah lagi boleh dipanggil anak2..
Apatah lagi yang telah mencecah 50-an???
Seringkali kita meletakkan kesalahan dan kekurangan kita pada orang lain..
Tidak pernahkah kita terfikir salah dan silap kita??
Cuba hitung kekurangan diri sendiri sebelum terus2 an menuding jari pada orang lain..
Jangan jadi orang yang tak bertamadun..
Kita punya agama yang sangat indah - Islam..
Mengapa menidakkan Qada' dan Qadar ALLAH swt??
Kita orang Islam semuanya bersaudara..
Sukarkah berbuat baik sesama saudara seIslam??
Hmm....
Sukarnya mengajar ketam berjalan lurus...
Sesukar mengajar manusia itu mengenal diri...
Aku hanya mampu berdoa semoga nur Islam itu masih lagi mahu menyinari kehidupan manusia2 ini...


Salam penuh kasih sayang...


-AkU-
Syurga Addin...
00:14 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment