Saturday, November 20, 2010

~Tawaran anda~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Jam sudah pun menunjukkan pukul 03:50 pagi..
Tapi mata aku tetap tidak mahu lena..
Fikiran yang menyesakkan memaksa aku terus berjaga..
Hidup ini sentiasa punya masalah..
Ya ! Selagi kita bernafas..
Selagi itu la masalah takkan pergi..
Dan adakala serasa tidak betah untuk terus bergelumang dengan masalah..
Aku tidaklah setabah dan sekuat mana untuk terus bergelut..
Ada ketika tewas juga bila mana semangat hampir melurut jatuh ke kaki..
Namun kesedaran cepat hadir..
Maka aku harus teruskan kelangsungan hidup tanpa perlu berputus asa..
Biarpun sesekali cuba melawan fitrah..

Urmm..
Di pagi yang dingin ini..
Masih lagi kedengaran bunyi rintisan hujan di luar rumah..
Bersama bunyi-bunyi music anak muda yang tidak tahu hormat masa rehat jiran-jiran..
Dalam kegelapan yang hanya diterangi cahaya dari laptop..
Disebuah rumah di tingkat empat dalam sebuah bilik..
Aku cuba mengimbas kembali bicara aku dengan seorang teman..

Aku : Hidup ini satu tawaran dan bukannya pilihan..

Hafiz : Apa yang kau ingin tawarkan ?

Aku : Bukan aku, tapi PENCIPTA..

Hafiz : Kau sebagai manusia, mesti punya sesuatu untuk ditawarkan..

Aku : Untuk kau, persahabatan.. Selagi tidak menyalahi hukum Allah swt..

Hafiz : Apa yang kau mahu tawarkan untuk sebuah kehidupan ?

Aku : Tanggungjawab..
         Kepada Allah sebagai hambaNYA..
         Kepada ibubapa sebagai anak..
         Kepada suami sebagai isteri..
         Kepada anak sebagai ibu..
         Kepada dunia sebagai muslimah..

Dan aku harap jawapan aku cukup memberi kepuasan kepada teman itu.. Cuma belum sempat untuk aku tanyakan pada dia apa tawaran dia untuk sebuah kehidupan..
Maka aku tanyakan disini..
Apa tawaran anda sekalian untuk sebuah kehidupan ?
Jawab la biarpun hanya untuk diri sendiri yang mendengar...


Salam di keheningan..

-AkU-
Syurga Addin...
04:03 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment