Friday, December 10, 2010

~Aku dan Legenda Budak Setan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Malam-malam macam ni aku terpaksa bersendirian lagi..
Incik Hubby keluar lagi jumpa Tengku..
Aku cakap kat dia tadi..
Lebih mudah rebut dia dari perempuan lain berbanding "merebut" dia dari tangan Tengku..
Hahaha !! Dia gelak je..
Rela atau tidak, terpaksa juga aku biarkan dia "berdating" dengan Tengku..
Business beb !! Mana boleh tolak ansur.. Hehe..

Ok.. Aku antara peminat dan pengumpul novel-novel Melayu..
Dulu masa aku bekerja, Hampir setiap bulan aku akan membeli novel yang biasanya booth Creative Enterprise ada terpacak dekat station LRT..
Kadang-kadang aku habiskan separuh hari kat kedai buku semata-mata nak cari novel yang bagus..
Dan aku dah siap buat budget untuk novel setiap bulan..
Kurang-kurang pun RM200 aku peruntukkan untuk novel.. Haha..
Kalau ke Pesta Buku aku boleh bawak balik lebih dari 10 buah buku..
Pernah juga aku borong hingga 25 buah buku untuk sehari..
Aku akan singgah dari satu booth ke satu booth yang lain..
Dan biasanya aku akan habiskan lebih dari separuh hari di Pesta Buku..
Kadang-kadang rasa macam membazir juga..
Tapi oleh kerana minat, aku pejam mata je bila bayar harga kat kaunter pembayaran..
Malam ni aku baru usai membaca novel Legenda Budak Setan untuk yang keberapa kalinya aku pun tak ingat..
Setiap kali membaca, aku dapat membayangkan keindahannya andai novel ini diterjemahkan ke layar perak..
Bila sahaja diumumkan En. Ahadiat Akashah bahawa Filem LBS bakal ditayangkan tahun ini..
Aku sangat excited !! Dah lama tunggu beb !!
Tapi bila sahaja menonton trailer Filem ini..
Aku rasa sedikit frust dengan jalan cerita yang banyak diubah..
Tapi aku boleh terima sebab kalau nak ikut 100% dalam novel, kena ambik masa berapa jam nak tayang !!
Maka aku pun pergi la beratur membeli tiket untuk menonton wayang..
Aku boleh bagi 2 bintang dari 5..
Itupun sebab watak Farid Kamil, Lisa Surihani dan Que Haidar..
Yang lain-lain aku tak berapa kisah sangat..
Kerana tiga watak ini antara penguat cerita..
Bila diumumkan pula LBS bakal ditayangkan dalam bentuk drama bersiri..
Aku lagi excited !! Sebab membayangkan pastinya jalan ceritanya tak lari sangat..
Ye la, drama bersiri.. Tentu-tentu boleh menyerupai jalan cerita dalam novel biarpun tak sepenuhnya..
Maka aku menanti hari pertama LBS ditayangkan..
Setengah jam yang pertama menonton aku rasa hampa jugak..
Aku terus tukar channel lain..
Dan episod yang seterusnya juga tak mampu menarik minat aku..
Aku sangat hampa dengan jalan cerita serta para pelakon LBS..
Apa yang aku lihat, kebanyakan para pelakon seolah-olah tiada jiwa atau dalam ertikata lain tak menjiwai watak yang ada..
Banyak scene yang aku tak puas hati..
Rasanya penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon serta crew boleh buat lebih baik dari apa yang ada..
Sorry En. Ahadiat Akashah..
Aku punya imaginasi yang tinggi tentang novel yang diterjemahkan ke layar perak atau kaca tv..
Aku dah baca berulang kali novel ini sejak dari buku yang pertama lagi Budak Setan..
Waktu itu aku baru tingkatan 2..
Maka setiap perjalanan cerita ini aku dah boleh hafal..
Dan rasanya aku tak sanggup tunggu hingga habis siri cerita LBS..
Aku tak tahu macam mana perasaan penonton yang lain..
Mungkin mereka boleh berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan..
Tapi bagi aku yang menghayati kisah ini dari novel..
Aku tak rasa kisah ini "dibuat" dengan sepenuh hati..
Sangat mendukacitakan.......
Sorry again En. Ahadiat Akashah..


-AkU-
Syurga Addin...
00:45 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment