Thursday, December 2, 2010

~Aku tak akan lupa lagi~

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt...


Seperti hari-hari yang biasa..
Waktu-waktu begini bukanlah waktu tidur untuk aku..
Mata ni dah macam di setting..
Cuma malam ni agak aman sikit dari biasa..
Sebabnya, Imad tidur lebih awal dari kebiasaan..
Dan Alhamdulillah.. Imad belum lagi terjaga..
Makanya aku ada banyak masa untuk menulis..


Sudah hampir dua bulan Imad tak diserang sawan..
Makanya aku hampir pasti Imad akan sembuh dari sawan..
Cuma kelmarin tanggapan aku sama sekali tersilap..
Imad bangun seawal 8 pagi sebab alas tilamnya sudah basah..
Maka, aku mandikan dan tukar alas tilam baru..
Imad kubancuhkan susu..
Setelah itu aku tidurkan Imad disebelah ayahnya yang masih lena keletihan..
Imad hanya baring sambil menghisap susu..
Matanya masih belum mahu lena..
Mungkin kerana agak segar setelah mandi pagi..
Aku biarkan Imad seketika manakala aku terus turun ke tingkat bawah untuk menyiapkan apa yang patut..
Pukul 10 pagi aku kejutkan ayah Imad bangun..
Imad kulihat bermain dengan permainan di dalam playpen..
Aku angkat Imad dan letakkan bersama-sama aku diatas katil..
Imad ditengah-tengah antara aku dan suami..
Mungkin selesa berkeadaan sedemikian..
Maka mata Imad kulihat semakin lama semakin berat untuk ditutup..
Aku tepuk-tepuk perlahan belakang Imad..
Lagu untuk tidurnya aku nyanyikan perlahan juga ditelinga..
Sesekali Imad menyampuk serangkap dua..
Kurang dari 15 minit Imad pun terlena..
Aku dan suami tinggalkan Imad diatas katil lantas ke tingkat bawah..
Selang 15 minit kedengaran sesuatu jatuh dari tingkat atas..
Aku bergegas naik ke bilik..
Kulihat Imad terduduk di atas lantai sambil tangannya bergerak-gerak tanda permulaan sawan..
Aku angkat Imad ke atas katil..
Aku baringkan Imad dalam posisi mengiring..
Aku laung nama suami ditingkat bawah..
"Abang, Imad sawan !"
Aku panggil nama Imad perlahan ditelinga..
Imad masih lagi sedar..
Tuala basah aku letakkan disekitar kepala Imad..
10 minit keadaan Imad masih sama..
Maka aku masukkan Diazepam 5mg ke dalam punggung Imad..
Tuala basah masih lagi aku gunakan untuk menyejukkan suhu badan Imad..
Suami hanya memerhati disebelah..
Mulutnya yang bergerak perlahan terlafaz ayat Qursi..
Tangannya sesekali mengusap rambut Imad bersambung terus ke hujung kaki..
Beberapa kali diulangnya..
Selang 20 minit keadaan Imad agak terkawal..
Suami angkat Imad dalam pelukannya..
Imad dibawa ketingkat bawah untuk ruang yang lebih luas..
Imad dibaringkan atas sofa..
Mata Imad hanya memandang sayu tanpa arah..
Sementara menunggu Imad pulih sepenuhnya..
Aku berfikir...berfikir..dan terus berfikir..................... MasyaAllah..
Ternyata kecuaian aku punca segala-galanya..
Aku lupa memberi Imad ubat di waktu pagi hari sebelumnya..
Allahuakbar.. Mengeluh aku seketika..
Berkali-kali aku diingatkan oleh Doktor agar tidak tertinggal sukatan ubat..
Maafkan Ibu ya Imad..
Ibu cuba untuk tidak lupa lagi..
Maafkan Ibu ya Ayah..
Ibu akan ingat tentang itu setiap masa..
Syukur Alhamdulillah.. Allah masih beri kesempatan untuk kami rasai bahagia itu...



-AkU-
Syurga Addin...
00:45 pagi...

1 comment:

  1. Kuatkan semangat ko yer Olie... Aku harap imad akan pulih jugak....insya'allah... x sampai hati tgk imad mcm nie....sedih aku rasa, klu aku kat tpt ko adakah aku akan sekuat ko? "Ya Allah...berilah kekuatan kepada temanku ini menghadapai segala dugaan dariMu dengan tabah" - AMIN -

    ReplyDelete