Tuesday, January 18, 2011

~Atas Nama Cinta...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lewat malam tadi aku ke Putrajaya bersama teman..
Sekadar melepaskan sedikit beban perasaan yang sekian waktu menghuni fikiran..
Mungkin tiada penyelesaian yang aku perolehi..
Namun ada ketenangan yang hadir..
Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih teman kerana sudi menjadi "pengikut" setia..
Sekian hari aku mencuba menulis kisah yang satu ini..
Rasanya baru hari ini aku perolehi kata-kata yang sesuai..
Seharusnya pandangan peribadi aku tak akan sama dengan orang lain..
Tetapi apa yang aku tulis ialah apa yang aku rasa dan pastinya dari pengalaman sendiri..
Justeru apa yang terukir nanti adalah datangnya dari hati dan keikhlasan aku..
Kita selalu dengar kata-kata begini..
"Jatuh cinta pandang pertama.."
"Inilah cinta sejati yang selama ini dicari.."
"Cinta padanya teramat tulus dan suci.."
Dan berbagai lagi kata-kata..
Segalanya tentang cinta..
Benarkah cinta itu dari mata turun ke hati ?
Adakah hati yang membuat keputusan untuk cinta ?
Urmm... pendapat masing-masing pastinya berbeza..
Aku juga pernah bercinta.. dan masih lagi bercinta..
Percaya atau tidak..
Ini pertama kali aku bercinta..
Aku tidak pernah rasa cinta yang begini..
Cinta yang ingin aku miliki hingga ke akhirnya..
CINTA...
Apa ada dengan cinta ??
Cinta itu ketawa dan airmata..
Dengan cinta kita boleh ketawa, tersenyum, gembira, bahagia, berseri-seri, bersemangat, yakin diri, tabah, tenang dan sebagainya..
Dengan cinta kita boleh menangis, sedih, terasa hati, kecewa, hampa, putus asa, hilang keyakinan, tersisih, sakit, pedih, luka, merana dan sebagainya..
Jadi mengapa bercinta andai ianya tak pernah menjanjikan kebahagiaan ?
Biar apapun yang cinta mampu buat pada diri kita, namun kita masih mencari cinta..
Kadang-kala lebih banyak duka dari gembira..
Cinta boleh buat manusia lupa dunia, lupa segala-galanya..
Apabila yang dicintai hadir dihadapan mata..
Cinta juga boleh memusnahkan hidup dalam sekelip mata..
Berapa banyak cerita yang kita baca tentang manusia yang sanggup menamatkan hidup sendiri semata-mata kerana cinta yang telah hilang..
Berbaloikah merosakkan diri sendiri semata-mata kerana cinta?
Jadi mengapa masih mencari cinta ?
Kerana kita diciptakan Allah swt sebaik-baik makhluk..
Punya hati dan perasaan..
Miliki rasa ingin dicintai dan mencintai..
Cuma cukuplah ianya terjadi secara sederhana..
Jangan terlalu taksub dengan cinta dunia yang tak semestinya mampu memimpin kita ke syurga akhirat..
Tak salah untuk bercinta kerana ianya fitrah kita sebagai manusia..
Cuma yang salahnya apabila kita menghambakan diri pada cinta..
Menyerahkan diri pada cinta tanpa memikirkan implikasinya pada diri kita andaikata cinta itu hilang..
Ada yang terlalu mudah melafaz cinta, umpama cinta itu tiada harga..
Ada juga yang sukar melafaz cinta, mungkin kerana tidak mahu terluka nanti..
Pernahkah kita terfikir.. Apa ukuran cinta kita pada seseorang ?
Mungkin dari segi rupa, harta, keperibadian, tingkah laku, penampilan, atau apa sahaja..
Biar apa pun yang menjadi ukuran..
Fahamilah.. Cinta tanpa perasaan sama juga seperti siang tanpa malam..
Tentunya tidak lengkap dan sempurna..
Segala-galanya tentang cinta kini..
Binalah cinta yang berlandaskan kebenaran..
Lafazlah cinta berdasarkan keikhlasan..
Ukurlah cinta berteraskan kejujuran..
Semoga kebahagiaan menjadi milik kita selamanya..

**...Kita selalu memuja bulan yang satu, kerana kita fikir cahaya bulan sangat cantik dan cukup untuk menerangi malam.. Hinggakan kita lupa taburan bintang yang melengkapi cantiknya bulan dan indahnya malam.. Ada kala bulan hanya muncul separuh sahaja.. Bila hujan melanda, bulan hanya diam berselindung sebalik awan hitam.. Dan bila pagi menjelma, bulan terus hilang tanpa kesan.. Datanglah mentari penerang alam.. Mengapa kita tidak puja mentari ? Ia juga seperti bulan.. Biarpun panas mentari mencengkam kulit.. Tapi cahayanya mampu memberi kesegaran pada kita.. Kita selalu terlupa untuk memilih yang lebih baik.. Kerana kita fikir apa yang kita nampak itu sudah cukup sempurna.. Sedang kita tak tahu, tak akan pernah ada yang sempurna selain DIA.. Justeru, terimalah dengan redha atas setiap ketentuanNYA, biarpun ianya menyakitkan...**

p/s : Untuk seorang teman.. Cinta kamu itu kenangan semalam.. Biarlah dia pergi dari hatimu.. Lepaskanlah dia andai takdir telah menetapkan dia bukan untukmu.. Pastinya Allah swt ada perancangan yang lebih baik untukmu.. Jangan menyiksa dan menzalimi diri sendiri atas nama cinta.. Cinta untuk bahagia bukan untuk derita.. 

::: Salam sayang buat semua :::


-AkU-
Syurga Addin...
11:17 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment