Sunday, February 13, 2011

~Cerekarama TV3~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...


Firman Allah: (maksudnya) 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).

Aku baru selesai menonton cerekarama di TV3 bertajuk "Ampunkan Daku"..
Sambil menonton aku juga mengamati laman web KEWAJA..
Ya.. Biarpun ia sekadar cerita, skrip yang ditulis atas imaginasi sendiri..
Namun pastinya ia antara kisah benar yang berlaku..
Kisah ini telah menyedarkan aku lebih lagi tentang ikatan kasih sayang dan kekeluargaan..
Betapa kuatnya semangat insan-insan seperti ini untuk terus hidup biarpun terus menerima cacian serta hinaan dari masyarakat..
Mengapa begitu ?
Mereka juga manusia seperti kita.. Punya hati dan perasaan..
Benar.. Mereka pernah tersalah langkah.. Tersilap percaturan..
Akan tetapi bukan hak kita untuk menghukum mahupun meletak gelaran..
Tanggungjawab kita adalah untuk menasihati, memberi galakan serta sokongan, menanamkan semangat dan kesedaran dalam jiwa mereka..
Usahlah mereka-mereka ini dipulaukan dan terus diseksa jiwa dan perasaan..
Mereka tidak pernah sempurna sama seperti kita juga..
Berilah peluang dan kesempatan untuk mereka membetulkan apa yang pernah..
Dan anak-anak yang bakal melihat dunia itu..
Mereka umpama kain putih yang tidak tercemar oleh warna dunia..
Usahlah gelaran "anak haram" diukir pada wajah mereka..
Kerana tiada istilah haram pada seorang anak kecil yang tiada dosa..
Biarpun ia sekadar cereka dan lakonan..
Namun kolam mata aku tetap melimpah..
Butir-butir mutiara ini gugur jua menginsafi kisah yang terpapar..
Buat mereka-mereka yang ada di KEWAJA dan juga diluar sana yang mengalami nasib yang sama..
Sabarlah menempuh ujian dan dugaan Allah swt..
Allah menguji kita bukan tanpa sebab..
Itu adalah kerana DIA sayangkan kita..
Sedarlah, kasih sayang Allah itu melebihi segala-galanya..
Carilah redhaNYA.. InsyaAllah hidup anda semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati..
















-AkU-
Syurga Addin...
00:27 tengah malam...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment