Thursday, February 17, 2011

~Lahirnya seorang.. AkU~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pada waktu ini; 19:15 senja, pada hari Selasa, 17 Februari, 30 tahun yang lalu, di sebuah rumah setinggan di perkampungan Sri Ampang, Selangor..
Lahirlah seorang bayi yang cukup sifat ; dan diberi nama..
Shahdattul Olivia Ferranee Imelda Binti Taib..
Nama pun dah macam orang putih..
Tentu-tentunya budak kecik ni comel.. Kahkahkah !!
Urmm.. Itu adalah serba sedikit sejarah kelahiran aku dulu..
Aku pun tak tau sebenar-benarnya asal-usul nama glamour aku tu..
Cuma yang aku tau nama aku sorang dalam adik beradik yang bunyinya ala-ala orang putih..
Mak kata masa kecik aku montel orangnya.. Semestinya comel !! Hehe..
Lahirnya aku sebagai bayi perempuan, cuma aku membesar seperti budak lelaki..
Aku pakai baju Melayu, pakai songkok waktu mengaji dan bermain permainan lelaki..





tu la aku.. duk kat sebelah ayah tiri aku.. Time ni umur aku dalam 4 atau lima tahun.. hehe.. hensem kan ???















Ni gambar aku, Kak Mie, Mak Anjang dan arwah Kak Ngah.. Time ni aku baru nak masuk 4 tahun..














Aku mengalami transformasi sewaktu berumur 6 tahun..
Belajar jadi seorang kanak-kanak perempuan dan memakai baju kurung..
Biarpun hati memberontak, tapi akhirnya dalam terpaksa aku terima juga perubahan ini..























Sewaktu remaja aku antara budak perempuan yang selekeh ! heh !! Tapi pemalu.. kahkahkah !! (Agak menipu sikit)..







Ni gambar time Tingkatan 5 Sc 1.. Kat sebelah aku tu Ina.. My very best friend.. Ambik gambar kat depan tandas tingkatan 5.. Hehe.. Buruk perangai !!!












Dan aku dewasa sebagai seorang gadis yang ayu, sopan dan cantik (yang ni aku je perasan !! Haha..)
















Aku dah masuk alam 30-an tahun ni..
Tak ada apa sebenarnya yang menakutkan bila memasuki fasa baru dalam kiraan umur..
Cuma seharusnya bila sudah makin bertambah usia tu..
Makin bertambah juga kematangan dan kebijaksanaan kita dalam melayari bahtera kehidupan ini..
Dan juga semakin kita memahami prinsip Iman dan Amal..
Begitu jugalah perihal aku..
InsyaAllah aku sudah semakin faham tugas dan tanggungjawab aku..
Di usia 30 tahun ini.. Aku seorang wanita, seorang isteri kepada suami yang hampir sempurna; Mohamad Azhan Bin Mohamed Adnan, seorang anak kepada pasangan ibu bapa; Taib bin Mahmod dan Lipor Binti Abd Hamit, seorang ibu kepada Muhammad Imad Addin, dan seorang teman kepada ramai yang lain..
Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usia aku hingga ke hari ini..
Dan masih lagi berkesempatan untuk aku melihat dan bernafas di bumi Allah..
Syukur kepada Allah kerana telah memberi kesihatan dan kesempurnaan kepada aku..
Terima kasih kepada yang sudi melayangkan ucapan untuk hari lahir aku tahun ini..
Semoga anda juga dikurniakan usia yang berpanjangan, rezeki yang berterusan dan kebahagiaan yang berkekalan.. Dan semoga anda dilindungi di bawah kasih sayang dan rahmatNYA.. InsyaAllah.. Amin...


*Again, 17 February tells a new story of me.. A new chapter of my life...


-AkU-
Syurga Addin...
19:15 senja...

2 comments:

  1. seindah nama,seindah rupa.."Selamat Hari Lahir"..semoga dirahmati Allah dan bahagia didunia & akhirat..begitu cepat masa berlalu..kisah silam ibarat baru semalam berlalu..potret yg disimpan mengingatkan siapa diri kita..kita insan yang bertuah..kerana setiap takdir adalah yg terbaik utk kita,walaupun bukan yg dirancang,namun itulah yg "HAK" buat kita..semoga kematangan Mu menjadikan diri Mu insan yg lebih dekat dgn yg Maha Esa..hidup ini yg penting dimana akhirnya, bukan dimana mulanya..insyaAllah, doaku untuk Mu hanya Allah yg tahu..aminn..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih "sUcI"..
    Alhamdulillah, syukur.. seindah manapun kita, segalanya milik Allah jua yang dipinjamkan sementara.. Justeru kita sebagai hambanya perlu redha dengan setiap takdirnya.. Segala-galanya ada permulaan.. Lantas di situ kita merancang di mana pengakhirannya.. Namun tentunya dengan izin Allah perancangan itu terlaksana.. InsyaAllah, semoga kita semakin menyedari kalimah IMAN dan AMAL dalam hati dan jiwa kita.. Terima kasih atas doa anda itu..

    ReplyDelete