Monday, February 21, 2011

~Manisnya "MADU"~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni badan aku rasa tak berapa nak sedap..
Urat-urat rasa macam kejang je.. Hehe.. ini la penangannya bila jarang-jarang bersenam..
Bila sesekali bersenam, satu badan mengalami kejutan budaya..
Biasa la bila umur dah makin meningkat ni..
Kena la jaga kesihatan..

Untuk entry kali ini.. Mungkin agak panjang sikit..
Aku nak bercerita tentang tajuk kat atas tu..
Dari tajuk orang boleh agak macam-macam cerita..
Tapi biasanya dalam fikiran korang akan ada satu cerita saja..
Ya ! Betul dah tu.. Bermadu.. Atau pun poligami..
Mengapa ramai kaum Hawa menolak dan menentang poligami ?
Bukankah itu satu perkara yang halal disisi Islam dan Allah swt membenarkannya..
Tentu banyak jawapan dan alasan dari kaum Hawa sendiri..
Aku sudah pernah mengalami situasi ini..
Baik yang pertama mahupun yang kedua.. Hehe..
Tak payah la tanya pengalaman aku..
Aku hanya nak berkongsi sesuatu saja..
Kenapa menentang ?? Urmm.. Banyak alasan, tapi cukuplah aku bagi alasan yang kerap diberi..
Alasan yang paling glamour ialah tak suka berkongsi "milik kita"..

Berkongsi dari segi apa ? Kesemuanya..
Mengapa tidak ?? Kita boleh berkongsi bumi ini dengan manusia dan makhluk yang lain..
Mengapa kita tidak boleh berkongsi seorang suami dengan wanita yang lain ?
Ok.. Mungkin ada yang tidak setuju dengan kenyataan itu..
Aku bagi satu contoh ye.. Urmm apa ye...
Kata la kita pergi makan di sebuah gerai atau restaurant..
Tak ramai yang suka makan pakai tangan (macam aku).. Hehe..
Ramai yang suka makan pakai sudu dan garfu..
Pernah tak kita fikir semua peralatan yang kita guna tu ada orang lain yang dah gunakannya terlebih dahulu..
Pinggan, cawan, sudu, garfu, kerusi, meja dan macam-macam lagi..
Bukan sorang dua je yang pernah guna..
Beratus, malah beribu kalau kedai tu dah bertahun terpacak kat situ..
Dan bukan Melayu je, India, Cina, Bangla, Indon, Orang putih, Negro dan bermacam bangsa lagi..
Cuba fikir macam-macam benda yang dah masuk kat dalam mulut diorang tu..
Pernah tak kita rasa geli nak makan kat kedai ?? Tak pernah pulak kan ?? Hihi..
Ada tak kita cakap kat tuan punya kedai tu, kita nak peralatan yang  baru..
Pinggan baru, sudu garfu baru, kerusi baru, meja baru.. Berani tak kita mintak semua tu ??
Tentunya tak berani kan ?? Mengapa ?? Nak kena halau dek tuan punya kedai ?? Haha..
Sama seperti Suami.. Betul la.. Kita kena berkongsi segala-galanya dengan madu kita..
Tapi pernah tak kita fikir apa manisnya "madu" itu sebalik kepahitan yang orang selalu perkatakan ??
Betul, banyak cerita yang dihadapkan pada kita tentang ketidakadilan dalam hal poligami..
Tapi tak semuanya begitu..
Dalam kehidupan seharian kita pun, kita masih lagi "bermadu"..
Kita berkongsi ibu dan ayah dengan adik beradik..
Kita berkongsi bilik dengan kakak dan abang..
Kita berkongsi pejabat dengan rakan-rakan..
Kita berkongsi peralatan dengan manusia yang lain..
Kita berkongsi udara dengan kehidupan yang lain..
Mengapa kita boleh terima sebegitu ?
Oh ya ! Itu semua tak melibatkan perasaan, mungkin..
Tapi tetap juga kita berkongsi..
Jangan la hanya pandang kepada sudut negatif.. Cuba la buka minda kita dan berfikir dari sudut positif..
Terfikir tak kita.. (cuba fikir secara positif ye)
Andaikata kita sakit dan tak larat nak buat kerja rumah.. (ye la nak gaji pembantu rumah, susah sikit sekarang ni)..
Kita boleh minta tolong madu kita..
Ataupun kita nak bersalin, mak dan mertua kita dah tak terlarat nak jaga kita..
Kalau madu kita tak kerja, boleh minta tolong dia masakkan atau tolong jaga anak kecik kita..
Bukan la nak jadikan madu kita orang gaji.. Tapi ini la yang dikatakan kerjasama..
Kalau kita nak pergi jalan-jalan, tak ada geng nak ajak.. Apa kata minta madu kita teman kita.. (Haha.. kalau dia tak sibuk la)..
Bukankah manis begitu ? Hehe..
Jangan kata aku cuma pandai bercakap saja..
Aku bercerita dari pengalaman..
Pernah aku buat entry tentang cerita begini dekat sini.. Kalau rajin, boleh baca..
Cuba la buka minda kita untuk berfikir secara meluas..
Jangan hanya berfikir apa yang orang lain kata saja..
Belum tentu pendapat orang lain tu betul dan boleh dipakai 100%..
Kita sendiri sudah cukup dewasa dan matang untuk buat keputusan..
Allah swt jadikan sesuatu itu pasti ada hikmah dan nikmat yang kita sendiri tak pasti..
"MADU" itu sendiri telah menerangkan rasanya..
Usah kita tukar rasa itu hanya kerana ego dan nafsu yang mendiami jiwa dan hati kita..
Manisnya rumahtangga dan bahagianya ikatan perkahwinan itu hadirnya dari usaha dan tanggungjawab kita..
Maka, berusahalah untuk menjadikan rumah kita satu syurga yang indah, damai dan tenang..
Berdo'a, tawakkal dan redha la dengan ketentuan Ilahi..
InsyaAllah.. kasih sayang Allah itu mengatasi segala-galanya..












*"...Poligami adalah pintu darurat di pesawat, tidak dibuka kecuali emergency dan atas izin pilot...".. Persoalannya, siapakah "PILOT" itu ??


-AkU-
Syurga Addin...
15:57 petang...

4 comments:

  1. assalamualaikum p'milik syurga addin..

    "madu"...memang manis,byk khasiatnya..amalan nabi..

    "bermadu"...sememangnya manis,byk hikmahnya..juga sunnah nabi..

    ..namun,itulah silapnya pada kita yg tidak sedar akan baiknya bermadu..
    hanya disogok dengan fakta-fakta yang negetif..menentang hukum poligami,ertinya menentang hukum yg Maha Esa..
    setiap hukum ada sebabnya..cuma,manusia gemar menjadikan sebab untuk kepentingan diri sendiri..
    disitulah yg memburukkan hukum..walhal itulah yg sebaik-baik hukum untuk setiap manusia..
    kerana Islam itu addin, kehidupan..cukup lengkap..

    ..pd pengalaman, diriku dahulu menentang..mungkin kerana usia dan keadaan..
    tapi bila diri dewasa meniti kehidupan, mencari Islam, baru sedar akan kebenarannya..
    cuma, biarlah ditanya pada diri sendiri akan keperluan dan kemampuan untuk membawa amanah yg lebih besar..

    "MAMPU.."pada lidah, pada harta & wang ringgit..?kerana dorongan nafsu..
    akhirnya, sunnah itu punah dek kerana tiada ilmu..ilmu yg lahir dari keimanan dan taqwa..
    ..pada bibit-bibit ceramah yg pernah didengari, kalau benar2 faham poligami, betapa takutnya kaum adam untuk berpologami...
    akan tetapi kaum hawa akan berlumba-lumba untuk bermadu berkongsi kasih..
    itulah sebenarnya kefahaman akan hukum Allah yang Maha Bijaksana..

    ..pada sesiapa yg menemui keindahan/kemanisan bermadu, nikmatilah pemberian Allah dengan penuh syukur dan ikhlas..
    ..semoga segala yg dijanjikan olehNya memberi seribu satu rahmat didunia dan akhirat..
    ..jangan disalahkan takdir yg tertulis, kerana pada takdir masih ada pilihan, pada pilihan tak semestinya tepat bg kita..
    ..itu lah hakikat hamba pada yg Maha Pencipta mentadbir sekalian alam..


    ..diriKu kagum pada pemilik kalam syurga addin..kudoakan diriMu sentiasa drahmati olehNya..aminn..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam.. Pemilik nama sUcI..

    Pertamanya, terima kasih kerana sudi membaca blog yang tidak la seberapa ini.. Dan sudi juga berkongsi kata-kata di sini..

    Telah Allah jadikan Islam itu sebaik-baik agama.. Cuma kita hambaNYA tidak pernah ingin mengenal Islam dengan lebih dekat.. Islam hanya pada nama namun tidak di hati.. Bukan la semuanya.. Setiap kejadian itu telah Allah rencanakan dengan kebijaksanaanNYA.. Tentunya kerana Allah MAHA Mengetahui segala-galanya.. Cuma kita ada kala tega menafikannya.. Berfikir dengan nafsu dan bertindak dengan emosi.. Maka tergolong la mereka ini dalam kalangan orang-orang yang jahil.. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan sebegitu.. InsyaAllah..

    Sebagai makhluk kepada PENCIPTA, kita haruslah belajar setiap hari dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dari sehari kesehari.. Semoga dengan rahmat dan kasih sayangNYA kita mampu menerajui sebuah kehidupan yang akan berakhir di SYURGA Allah kelak..

    Alhamdulillah, kata-kata anda telah memberi ilmu pada diri yang serba kekurangan.. Usah la kagum pada diri ini kerana tiada apa yang lebih.. Bimbang pula ada nada riak dan bangga bertakhta dihati dengan pujian.. Segalanya datang dari Allah swt, Maha Pencipta sekalian alam.. Bersyukur kepadaNYA.. InsyaAllah, doa aku juga teriring bersama langkahmu walau dimana sahaja jasadmu berada.. Amin..

    Terima kasih untuk kesekian kalinya..

    ReplyDelete
  3. Salam..
    ..sesungguhnya tiada apa pada kata2 Ku ini..hanya sekadar "sahabat kalam maya" yg menghargai setiap coretan p'milik syurga addin..

    ..bgKu, biarpun setiap tinta Mu mulanya pada minda, hati dan jiwa, namun ianya memancarkan keikhlasan dan ketelusan sang p'milik syurga addin..

    ..terima kasih kerana sudi menyapa biarpun kata-kata Ku ini tiada tandingnya dengan diri Mu..

    ..teruskan..jgn sia2kan keupayaan/kebolehan Mu..isilah setiap kalam Mu dengan penuh cahaya keimanan buat pedoman insan lain..insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Salam buat sUcI..
    Seorang sahabat.. Biar siapa pun dia.. Akan senantiasa menasihati sahabatnya yang lain.. Menjadi pengingat bila sahabatnya terlupa.. Maka istilah "sahabat" itu lebih bererti..

    Terima kasih kembali kerana sudi "mencemar mata" membaca bicara yang tak seindah mana ini..

    InsyaAllah.. Andai masih lagi diberi kekuatan dan keupayaan minda, jiwa, jasad.. jemari ini akan terus menari di papan kekunci..

    Terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete