Tuesday, October 19, 2010

~Buat isteri-isteri..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Setelah seminggu bumi aku dilanda panas..
Akhirnya hujan turun juga mencurah-curah membasahi..
Biarpun kedinginan hujan seakan memberi keselesaan..
Namun sesekali rintisan itu mengganggu kedamaian..

(sesekali ingin bermadah.. heheheh..)

Memang panas betul cuaca seminggu ni..
Baru malam tadi hujan turun lebat..
Aku yang tertidur waktu pagi menginjak ke Subuh..
Terus terjaga bila titis-titis kasar tu menimpa bumbung rumah..
Almaklumlah, rumah kampung.. begitulah keadaannya..
hihihi...
Terus menarik selimut sampai ke pangkal leher..
Kaki aku malas rasanya melangkah mencari remote aircond..
Puas ku pejam erat-erat mata ni..
Tak mau tidur pulak dia !!
Geram dengan keadaan yang melanda..
Aku buka balik laptop disisi..
(Laptop memang selalu di tepi bantal.. Ilham selalu datang dalam mimpi)
Aku ingin berkongsi sesuatu dengan sesiapa yang sudi membaca..
Kisahnya..

Ramai juga bertanya aku tentang ini..
Biarpun tahu aku bukanlah pakar psikologi atau pun pakar motivasi..
Tapi bila orang bertanya..
Aku perlu menjawab sebaik yang mungkin..
Dan bukan sekejap masa yang aku ambil untuk menjawab soalan mereka..
Salah jawapan, nanti orang akan sangka yang bukan-bukan..
Maka aku cuba berfikir secara logik akal dan dalam kewarasan..
Apa yang orang tanya ??


"Sukarkah menjadi isteri kedua?"


"Bagaimana untuk redha sebagai isteri pertama?"

Kamu pembaca cuba jawab sendiri..

Urmm..
Sukar atau tidak, kita sendiri yang menentukannya..
Cuma sukar atau senang itu juga datangnya dari semua pihak..
Tetapi peranan yang paling besar adalah suami dan isteri-isteri..
Disinilah sebenarnya faktor kebahagiaan sesebuah rumahtangga..
Suami yang tahu tanggungjawab bila berpoligami..
Isteri pertama yang faham tanggungjawab suami setelah berpoligami..
Isteri kedua yang sedar diri setelah bermadu..
Tetapi aku percaya, bukan mudah mencari hubungan sebegini..
Andaikata semua wanita-wanita ini faham situasi masing-masing..
Maka bergembiralah seluruh kaum Adam..
Heheheh..

Buat isteri pertama itu..
Ingatlah dalam diri..
Suami itu telah Allah pinjamkan kepada kamu untuk melindungi, memberi kasih sayang, menyambung keturunan, teman sehingga dipertemukan di akhirat kelak.. InsyaAllah..
Layanilah dia selayaknya sebagai seorang suami..
Biar siapa pun dia , biar apa pun dia, selagi tidak dia membelakangi hukum Allah..
Maka hormati dan taatilah dia..
Benar, aku tak nafikan seksanya rasa hati bila berkongsi kasih dan kehidupan..
Tapi bukankah kita juga telah diberi Allah kebahagiaan..
Maka mengapa tidak kita kongsi kebahagiaan itu bersama orang lain..
Sekurang-kurangnya kita tahu suami di mana andai tiada dirumah kita..
Dan kita tahu betapa selamatnya untuk kita "bersama" suami..
Usah dituntut penceraian hanya kerana tidak mahu berkongsi..
MasyaAllah !! Bergegar tiang Arasy..
Sesuatu yang halal tetapi dibenci oleh Allah swt..
Fikirkan anak-anak serta keluarga dan syurga yang sekian lama dibina..
Kita tega melihat suami bermaksiat semata-mata untuk mempertahankan ego kita..
Dimanakah takhta kita sebagai isteri andai itu yang kita pilih..
Relakah kita berkongsi suami secara haram ?
Dan membiarkan dosa dan noda menyelaputi hidup kita hanya kerana tidak mahu dimadu?
Dengan jawapan ini.. Pasti orang akan menempelak aku..

"Cuba kalau itu yang terjadi dalam hidup kamu, bagaimana?"


Alhamdulillah.. Allah telah membuka pintu hati aku untuk menyedari fitrah alam..
Maka jawapan aku ialah..
Aku rela asalkan dia sanggup terima dan menghormati aku sebagai seorang isteri..
Kamu ingat aku sekadar berbicara kosong ??
Demi Allah.. Itulah yang aku jawabkan bila suami mengutarakan ingin menambah cawangan lagi..
Aku rela dan redha..
Andai itu Qada' dan Qadar Allah.. aku terima, selayaknya aku hamba kepada PENCIPTA..
Cuba kamu duduk atau berdiri dihadapan cermin yang besar..
Teliti diri kamu semahunya..
Bercerita pada diri sendiri apakah kehebatan kamu untuk tidak dimadu..
Bercerita pada diri sendiri apakah kekurangan kamu sehingga dimadu..
Memahami diri sendiri, semua milik kamu itu hanya pinjaman..
Memberi ingatan bahawa apa yang kamu ada itu tidak akan kekal lama..
Andai tiba masa, tak akan ada yang dapat menghalang..
Tanya pada diri apa sebenarnya yang kamu cari dalam hidup..
Pandang tepat kemata kamu..
Allah beri akal untuk berfikir secara waras..
Allah beri hati untuk menilai ketulusan..
Allah beri jiwa untuk memahami keperluan..
Allah beri mata untuk memandang keikhlasan..
Allah beri telinga untuk mendengar kebaikan..
Allah beri seluruh tubuh badan untuk menyerah diri hanya padaNYA..
Anggaplah dugaan ini bukan kerana kekurangan diri kamu..
Tetapi kerana kelebihan kamu sebagai hamba Allah swt..
Lantaran itu..
Berdoa dan bertawakkal pada Allah..
Sujudlah padaNYA mohon dibersihkan hati dan jiwa yang semakin hitam dengan hasutan syaitan..
InsyaAllah.. Allah Maha Mendengar dan Pengasih lagi Maha Penyayang..

Buat isteri kedua..
Ingatlah dalam diri..
Kehadiran kamu ditengah-tengah kebahagiaan wanita lain..
Pasti itu menerbitkan rasa sayu dihati mereka..
Sedarlah peranan kamu disaat ijab dan qabul terlafaz..
Kamu bukan hadir untuk merosak mahupun meruntuhkan..
Kamu hadir untuk memberi sokongan dan sebagai penambah tiang seri..
Agar syurga rumahtangga yang dibina itu kekal kukuh aman dan bahagia..
Jangan tamak untuk merebut jiwa suami..
Masing-masing ada bahagian sendiri..
Sentiasa bertolak ansur dengan isteri pertama..
Tak ada ruginya berbuat baik sesama manusia..
Jangan sesekali cuba menjadi isteri pertama !!
Sabarlah senantiasa melayan kerenah isteri pertama..
Tenanglah setiap masa menghadapi amarah isteri pertama..
Damailah setiap ketika andai ada perbalahan melanda..
Muhasabah diri sendiri jika terlintas dihati satu perasaan tidak puas hati..
Sujudlah pada PENCIPTA memohon agar ditetapkan hati dan ditabahkan jiwa untuk menerima segala ujian Allah dengan penuh redha..
InsyaAllah hati dan jiwa kamu akan senantiasa suci dan bersih dari segala prasangka..

Buat isteri-isteri yang sudi membaca..
Bahagia yang kita cari bukan hanya untuk sehari dua..
Tapi InsyaAllah berpanjangan..
Binalah kebahagiaan hidup kamu dengan hati dan jiwa yang ikhlas, jujur dan redha..
Moga kebahagiaan itu akan melingkari hidup kamu hingga hujung nyawa..

Salam penuh kasih sayang..


Aku bercerita sekadar berkongsi sesuatu..


“Andai nada itu menyentak lenamu..
Bangkitlah dan laungkan ke langit hitam..
Moga bulan bisa kasihan padamu..
Dan bintang-bintang mampu memujuk kamu..
Berbicaralah pada angin.
Agar disampaikan pada mentari..
Kejutkan aku dari tipu daya yang berpanjangan...”
~Gadis Desa~

-AkU-
Syurga Addin...
04:45 Pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment