Monday, February 7, 2011

~Mesir oh Mesir~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Seminggu kebelakangan ini semua orang sibuk bercerita tentang pergolakan yang berlaku di Mesir..
Aku juga antara yang turut menjadi penonton berita yang setia..
Pemberontakan rakyat yang mahukan pembaharuan dalam kerajaan..
Rakyat yang bersuara melalui tindakan..
Cuma cara yang dilakukan sangat ganas !!!
Dan pada pendapat peribadi aku merugikan bukan sahaja pada negara tapi pada rakyat sendiri juga..
Huh !! Mengeluh sekejap..
Betul jugak kata PM..
Jangan la sesekali rakyat Malaysia berangan atau berimpian nak buat macam tu..
Sekalipun ada yang tak puas hati dengan kerajaan..
Cukuplah kita belajar dari orang luar..
Apa yang kita dapat dengan cara ganas macam tu ??
Kematian, peperangan, kerugian, kerosakan, kemusnahan dan macam-macam lagi perkara negatif..
Cukup-cukuplah dengan "perang politik" yang ada sekarang ni..
Jangan ditambah dengan perang yang sebenarnya..
Kita dah cukup aman dan tenteram..
Bersyukur dengan apa yang kita ada..
Kita negara demokrasi dan beradat serta beradab..
Kita bukan mereka dan mereka bukan kita..
Sememangnya kerajaan sudah pun bertindak bijak dengan memindahkan semua pelajar serta rakyat Malaysia balik ke Malaysia semula dengan selamat..
Tanpa mengira parti politik !!
Jangan jadikan ini satu isu politik !!
Bukan semua perkara kita boleh politikkan..
Ini isu keselamatan dan nyawa rakyat negara kita..
Adik ipar aku ada seorang yang belajar di Mesir..
Kalau ikut perancangan dia, memang tak nak balik ke Malaysia..
Sebab katanya dah selamat dia di sana..
Cuma kerajaan Malaysia "paksa" juga balik ke Malaysia sebab tak nak apa-apa jadi pada rakyat kita..
Maka, baliklah juga dia dengan rela hati.. Hehe..
Lagipun bukan kena bayar apa pun..
Kerajaan Malaysia yang tanggung..
Sampai dah pun tengah hari tadi mengikut kata abah mertua aku di Kelantan..
Alhamdulillah, syukur..
Kita doakan sahaja semoga saudara seIslam kita di sana akan selamat dan negara mereka kembali pulih seperti sediakala..
InsyaAllah.. Amin, yarabbal a'lamin...


-AkU-
Syurga Addin...
15:37 petang...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment