Wednesday, February 2, 2011

~Permainan manusia~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni aku masih lagi bercuti sebagai pengasuh..
Bukan sebab sekolah cuti, tapi sebab kesihatan yang tak mengizinkan..
Tak nak la nanti anak-anak terjangkit sama demam aku ni..
Maka, duduk la aku berdua dengan Imad kat rumah ni..
Aku nak bercerita satu kisah..
Kisah ni bukan saja baru terjadi..
Sebenarnya banyak kali juga aku dengar kisah sebegini..
Cuma bila baru-baru ni terjadi pada seorang teman..
Aku terasa untuk kongsikan dengan orang lain..
Apabila manusia sanggup melakukan apa sahaja kerana cinta..
Mencipta cerita yang tak pernah wujud..
Menggunakan nama Allah swt hanya untuk memuaskan hati sendiri..
Dan memberi keyakinan untuk orang menerima cinta itu..
Setelah cinta itu dalam genggamannya..
Terus disia-siakan tanpa ada perasaan langsung..
Jadi apa makna sebenar cinta itu ?
Sukarkah untuk jujur dan ikhlas terhadap perasaan dan perbuatan sendiri ?
Tak pernah fikir tentang diri orang lain..
Manusia seperti ini lebih mementingkan kepuasan hati dari menjaga hati orang..
Ya ! Mereka ini sentiasa ada..
Tidak malu atau takut mempersendakan nama PENCIPTA..
Tiada hatikah mereka ini ?
Mungkin perbuatan ini membahagiakan mereka..
Tapi sampai bila ?
Andaikata suatu hari nanti mereka benar-benar jatuh cinta dan mereka diperlakukan seperti ini..
Apa agaknya yang mereka rasa ?
Urmm.. Sukar menelah hati orang sebegini..
Kerana mereka ini tak punya hati dan perasaan..
Mereka hanya punya nafsu yang senantiasa mengatasi akal fikiran..
Aku bukan marah, tetapi kasihan dengan mereka ini..
Kehidupan mereka lebih banyak menyakiti bukan membahagiakan..
Sampai masa nanti mungkin mereka akan sedar..
Tetapi sekiranya terlewat untuk sedar.. Bagaimana ?
Cinta itu bukan satu medan ujian..
Fikirlah, sedarlah.. Hidup bukan untuk disia-siakan..
Belajar dari kesilapan masa lalu..

-AkU-
Syurga Addin...
16:47 petang...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment