Monday, February 14, 2011

~Sekuntum mawar merah di bulan Februari?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Salam bulan Februari. Kurang sehari sebelum pertengahan bulan Februari tibalah suatu hari yang tidak tercatat langsung sejak dahulu di atas kalendar Masihi, jauh sekali di dalam Takwim Hijrah Islami. Hari ini, ia bukan sahaja ditunggu-tunggu untuk diraikan oleh segelintir pasangan sedang dalam bercinta yang pada namanya ada perkataan bin dan binti, malah ia turut dipromosi untuk disambut di tempat-tempat tertentu di sana sini. Masalah problemonya, ada yang menyedari tentang sejarah hari yang satu ini, namun buat-buat tuli, buat-buat tak reti. Cuba korang tanya mak bapak korang, suatu masa dahulu orang tak ambik tahu menahu pasal hari yang 14 ini. Padahal sekitar tahun 70-an dahulu, negara juga boleh tahan jugak dilanda wabak aliran barat seperti woodstock, hippies dan sebagainya. Sebenarnya bimbang, jika tak diberi penerangan yang sebenarnya, suatu hari nanti Hari Valentine ini akan dianggap suatu hari yang boleh disambut, berlindung disebalik definisi kasih sayang itu. Apa tidaknya, kini ketibaannya setiap tahun sudah ada ditandai pada kalendar-kalendar. Khuatir jika sambutannya dianggap "tiada apa", mungkin akan menjadi kebiasaan sebagai adat budaya biarpun hakikatnya ia bukanlah berlandaskan syariat. Sebenarnya tak ada faedah sekecil hama pun menyambut Hari Valentine ini jika korang tahu apa yang terselindung di sebalik tarikh tersebut. Tak perlu menyebutnya buat kesekian kalinya kerana percaya korang sudah pun diberitahu atau mengetahuinya secara beberapa kali sebelum ini. Seharusnya kasih sayang tidak hanya hadir pada angka 14 Februari saban tahun tapi ia perlu dipupuk atau disemai setiap hari dan sepanjang masa..."

*Pernah ada orang marah aku di FB hanya kerana aku tegur tentang Valentine's Day.. Ternyata niat aku baik dan disalah erti.. Cuma biasalah budak-budak.. Darah muda yang panas.. Tak semua perangai mereka boleh ditegur biarpun seharusnya mereka tahu kesilapan mereka.. Cukuplah sekadar aku menegur..





















-AkU-
Syurga Addin...
21:17 malam...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment