Monday, February 14, 2011

~Malam, sunyi, hujan dan pagi~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setelah hampir satu hari menghambakan diri pada tidur..
Maka bermula dari malam tadi..
Mata aku tak mahu lena walau sesaat pun..
Jenuh dah aku tutup pakai tangan, lengan, bantal, comforter, anak patung..
Akhirnya mata aku yang pedih bila bulu anak patung tu masuk mata..
Tercampak la anak patung tak bersalah tu dekat penjuru rak tv..
Aku keluar duduk kat luar bilik..
Sudah lama aktiviti ini aku lupakan..
Aku masuk balik ambil meja kecil dan kerusi, tak lupa juga sweater..
Jemari di keyboard tapi mata aku di jalanan..
Tiada satu pun perkataan yang tertulis setelah satu jam keadaan itu berlangsung..
Aku lebih asyik menonton rintisan hujan..
Dari meluahkan bicara diatas skrin..
Fikiran aku kosong-sekosongnya..
Dan rasanya untuk kali pertama aku rasa ketenangan di waktu pagi..
Ya.. damai dan tenang tanpa sebarang gangguan..
Aku lebih suka begini..
Kadang kala kesunyian itu memberikan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan..
Tika beginilah kita dapat muhasabah diri kita..
Saat beginilah kita mampu menghitung kenangan yang lalu..
Detik beginilah kita bisa mengatur langkah yang baru..
Dalam fikiran aku banyak perkara yang berterbangan..
Seolah-olah dedaunan yang lepas gugur dari sebatang pohon rendang..
Dan setiap satunya ada misi yang perlu aku laksanakan..
Cuma bimbang masa yang mungkin tak mengizinkan..
Kesunyian itu juga ada ketikanya meresahkan..
Sesekali kereta yang melintas dijalan mengusik ketenangan..
Namun jelas, sekadar sementara..
Dan aku kembali membuang pandang pada jalan yang kosong..
Pernahkah kamu merasai kekosongan sebegini ?
Aku ramai teman-teman..
Namun bukan setiap masa diri aku berteman..
Kerana aku bukan orang yang suka mencari teman untuk mengadu cerita..
Aku berteman untuk menceriakan hari bukan untuk bercerita masalah diri..
Lantaran itu, tiada orang yang tahu luka yang aku selindungkan disebalik senyum yang menguntum..
Segalanya aku luahkan di atas lembaran kertas yang saban hari memenuhi sebuah kotak..
Disitu aku himpunkan segala amarah, dendam, sedih, luka, duka dan perasaan lara yang hadir setiap ketika..
Mengapa tiada yang gembira dan bahagia ?
Kerana detik-detik itu ingin aku ingati dalam minda dan aku simpan dalam hati..
Biar hanya kebaikan orang yang aku kekalkan dalam jiwa..
Agar tidak aku memandang seseorang itu dengan pandangan tidak ikhlas dan jujur..
Mengertilah.. Fahamilah.. Selamilah..
Suatu hari kalian akan mengerti kehidupan seorang aku..
Rintik hujan yang sesekali tempiasnya menyentuh wajah menyedarkan aku Subuh hampir menjelma..
Maka aku tinggalkan kesunyian itu demi suatu tuntutan..

















-AkU-
Syurga Addin...
22:27 malam...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment