Monday, February 28, 2011

~Selamat jalan Cikgu...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ


"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan kepada kami" ~Al-Anbiya :: Ayat 35~



Setiap pagi setelah terbangun dari lena..
Pastinya kalimah Alhamdulillah, syukur akan meniti dibibir..
Mensyukuri nikmat Allah masih lagi dikurniakan nyawa dan udara buat meneruskan perjalanan di bumi ini..
Bukankah itu satu nikmat yang tidak terhingga ?
Hari ini aku terima satu berita yang mengejutkan..

Kisah Di Tingkatan 1..

Aku memulakan persekolahan di Sek Men Taman Tasek Ampang..
Kerana pendiam dan agak sombong, maka aku tiada kawan yang ramai..
Guru yang aku kenal pun tak ramai..
Sementelah sekolah yang baru..
Aku hanya ingin bercerita tentang seorang guru..
Beliau yang agak muda dan hmm.. handsome.. (waktu itu.. Hehe..) dan rasanya masih single..
Seorang yang kemas dan sukar untuk tersenyum..
Wajah yang dihiasi cermin mata serta misai nipis menghiasi bibir yang agak kehitaman.. (mungkin kesan merokok kut.. Aku tak pasti.. hehe..)
Biarpun sukar untuk senyum, mungkin kerana menyesuaikan diri dengan gelaran Guru Disiplin waktu petang..
Namun beliau bukanlah seorang guru yang sukar dibawa berbincang..
Beliau mengajar aku mata pelajaran Bahasa Melayu..
Mungkin kerana aku adalah peminat kepada mata pelajaran ini..
Maka setiap kerja yang diberi, aku lakukan dengan bersungguh-sungguh..
Hinggakan saat penjaga dipanggil untuk berjumpa guru bagi membincangkan tentang pelajar..
Pujian sahaja yang aku dengar disampaikan kepada kakak aku.. (kakak adalah penjaga aku ketika itu)..
Hehe.. Bukan la nak berbangga, tapi itu la yang aku harapkan..
Ada lagi cerita yang tak akan pernah aku lupakan..
Waktu itu bulan Ramadhan..
Sebagai seorang guru yang aku sayang.. (pada waktu itu)..
Maka beliau adalah antara guru yang mendapat kad Hari Raya dari aku..
Dua hari selepas itu, kad yang aku hantar mendapat balasan..
Aku ingat lagi sewaktu melintas dihadapan Bilik Disiplin..
Wajahnya yang kurang mesra membuatkan hati aku tertanya-tanya bila saja dipanggil mengadap..
Sejurus selepas duduk dihadapannya, sekeping kad dihulur bersama sebuah senyuman..
Aku hanya mampu tersenyum sambil meminta diri..
Sebelum sekolah ditutup untuk bercuti Hari Raya.. Kalau tak silap masa tu bulan Mac tahun 2004..
Masa tu perhimpunan waktu petang..
Aku yang setiap masa duduk di barisan belakang.. (sebab suka berborak dengan member! Hehe..)
Kelihatan beliau seolah-olah mencari seseorang..
Sampai di barisan aku, terdengar nama aku dipanggil..
Kerana hormat seorang guru, maka aku bangun dan mendapatkan beliau..
Katanya ingin berjumpa sejurus selepas habis perhimpunan..
Sepanjang perhimpunan hati aku tertanya-tanya.. Bukan aku saja, rakan-rakan yang lain juga begitu..
Urmm.. Apa agaknya yang diinginkan..
Usai perhimpunan, aku terus melangkah mendaki anak tangga ke Bilik Disiplin..
Waktu itu tiada siapa pun disitu.. Hanya aku dan guru muda itu..
Aku hanya berdiri di tepi tingkap bersebelahan dengan pintu..
Hari itu wajahnya terhias dengan senyuman mesra..
Dia menjemput aku duduk berhadapan dengannya..
Perbualan kami berkisarkan tentang raya yang hampir tiba..
Lebih kurang setengah jam kami berbicara..
Aku minta diri untuk pulang, kerana hari sudah hampir lewat..
Sebelum aku bangun, beliau sempat menghulurkan RM10 sebagai duit raya katanya..
Waktu itu besar bagi aku jumlah RM10..
Ye la, dalam keadaan keluarga yang agak susah, perbelanjaan aku amat terbatas..
Aku sempat tanya untuk apa duit itu ?
Katanya sebagai tambang untuk balik kampung.. Haha..
Tentunya dia tak pernah lupa jawapan aku sewaktu ditanya mengapa aku tak balik ke kampung Hari Raya kali ni.. Kata aku tiada transport.. Hehe..
Ucapan Selamat Hari Raya mengiringi langkah aku keluar dari Bilik Disiplin itu..
Itu antara kenangan indah antara aku dan guru muda ini..
Jangan salah sangka.. Antara kami sekadar hubungan seorang abang dan adik..
Tidak pernah tercemar dengan soal hati..
Beliau antara orang yang sentiasa ada untuk mendengar kisah luka dan lara aku waktu itu..
Cuma keadaan itu terhenti setakat itu saja..
Setelah aku bertukar sekolah, antara kami tiada lagi berhubung..
Semua itu kisah yang berlaku 17 tahun lepas..
Dan kini setelah bertemu kembali, di FB sahaja.. (Mungkin beliau sudah lupa dengan bekas pelajarnya ini)..
Petang tadi sewaktu melayari email Yahoo.. (untuk mengemaskini)..
Aku dikejutkan dengan berita..
Kembalinya beliau ke rahmatullah..
Tergamam sebentar dan jemari ini kaku tanpa gerakan.. Hanya bisikan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"..
Khabarnya beliau kemalangan jalan raya pagi tadi sewaktu mengikuti konvoi..
Alhamdulillah, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Lalang, Semenyih pukul 6.30 petang tadi..
Doa aku semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para muslimin..
Semoga kasih sayang Allah swt akan bersama-samanya..
Bacaan Yasin dan Al-Fatihah aku hadiahkan buat arwah..
Semoga tenang dia "disana".......
Dan kenangan itu akan aku simpan sebagai momen indah dalam lipatan sejarah hidup aku..

YM Cikgu Raja Azman Raja Mushahar..
14 Disember 1967 ~ 27 Februari 2011..


Gambar ini aku perolehi dari laman Facebook beliau..
Agak berbeza dari 17 tahun yang dulu..



-AkU-
Syurga Addin...
00:17 malam...

3 comments:

  1. Al-fatihah..saya mengenalinya ketika kami berjiran dahulu..arwah memang seorang yg baik..semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama golongan yg beriman..Amin

    ReplyDelete
  2. Anon..

    Arwah memang seorang yang baik sepanjang mengenali beliau..
    Semoga budi dan jasa beliau dibalas dengan setimpalnya.. InsyaAllah.. Amin..

    ReplyDelete
  3. Asslmkm...Al-Fatihah utnuk arwah.
    Pernah mengenali dan bekerjasama dengan beliau satu masa dahulu..Banyak kenangan manis waktu itu..
    Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Amin...

    ReplyDelete