Monday, February 7, 2011

~Tangisan aku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...



















Semua orang yang hidup di muka bumi ini pasti pernah menangis..
Cuma yang membezakan kita ialah sebab untuk tangisan itu..
Aku juga pernah menangis..
Tangisan itu datang adakala tanpa sebab..
Secara tiba-tiba airmata itu mula mengalir..
Dan tanpa sedar, titisan itu mulai bertukar menjadi esak tangis yang berlarutan..
Kebiasaannya ia terjadi bila sahaja aku keseorangan..
Kadang kala mengingati kenangan dan peristiwa semalam..
Ya.. Aku akui kehidupan aku bukanlah semuanya bahagia..
Ada ketika jika dihitung tak sampai suku dari umur aku melalui detik bahagia..
Tapi bila difikir kembali..
Itulah sebenarnya yang mematangkan dan mendewasakan aku sehingga ke hari ini..
Biarpun ada yang mengatakan aku dewasa sebelum waktunya..
Tidak mengapa.. Tidak semua orang mampu menikmati setiap aturan umurnya..
Kerana airmata itu aku kuat mengharung detik getir dalam kehidupan aku hingga ke hari ini..
Aku menjadi insan tabah dan sabar untuk berdepan dengan karenah manusia yang pelbagai rupa..
Cuma ada waktunya sabar, tabah dan semangat itu hampir melurut ke kaki..
Rebah seketika hampir menyembah bumi..
Dan di kala itu aku perlukan sokongan dan dorongan dari orang lain..
Namun tak semua yang aku inginkan itu akan aku perolehi..
Maka, bila tak mampu bangun dari kejatuhan itu..
Hanya airmata menjadi peneman..
Itu lebih menenangkan dan memberi kepuasan..
Kata seorang teman..
Bila sesuatu yang tak mampu untuk diluahkan..
Menangislah semahunya.. Agar keluar segala rasa sedih, duka, pilu, luka..
Dan saat ini butir mutiara itu gugur lagi..
Kerana ada kata yang tak mampu aku luahkan..
Biarpun disini.......


-AkU-
Syurga Addin...
21:27 malam...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment