Sunday, March 20, 2011

~Adik aku kawin !! Horeeyyy !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hujung tahun macam ni memang musim orang kahwin..
Penuh kalendar dengan aktiviti macam ni..
Sempat atau tidak je nak hadirkan diri..
Bertarikh 11 December 2010 bersamaan 5 Muharram 1432..
Adik lelaki aku telah menamatkan zaman bujangnya..
Megat Iskandar Muazam Shah atau lebih mesra dengan sapaan Is..
Telah selamat diijab qabulkan dengan Noor Hasmida atau lebih mesra dipanggil Leeya..
Biarpun majlis akad nikah dan bersanding ditemani hujan yang sesekali agak lebat..
Akan tetapi tak mencacatkan majlis yang agak meriah..
Permulaan akad nikah di masjid..
Aku hanya duduk di satu penjuru masjid..
Memerhati kemeriahan akad nikah yang akan diadakan..
Terimbas sewaktu pernikahan aku dulu.. Urmm..
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka selamat menjadi sepasang suami dan isteri..

Dari masjid, kereta aku membawa pengantin ke rumah singgah untuk bersalin baju bersanding..
Kami ramai-ramai duduk berehat sementara menunggu pengantin..
Sambil makan-makan tu sempat la berborak dengan tuan rumah..
Peramah sungguh orang-orang sini..
Sempat lagi mak aku minta sikit buah bacang yang memang lebat kat pokok diorang ni.. Hehe..
Lebih kurang 1 jam menunggu, baru la pengantin siap..
Kami pun berarak la bawa pengantin lelaki jumpa pengantin perempuan kat tengah jalan..
Macam cerita orang kawin yang biasa la..
Dah settle hal tu, kitorang pun satu keluarga besar ni pergi la cari tempat duduk untuk makan..
Mak dengan ayah tiri aku of course la pergi duduk kat meja pengantin..
Aku dengan Incik Hubby duduk dengan adik-adik dan sedara mara yang lain..
Makanan orang kawin memang best !! Superb !!
Yang tak tahannya laksa penang.. Semua diorang masak sendiri..
Pergghhh !! Dah makan nasi, aku sempat lagi belasah laksa semangkuk..
Memang macam pelahap la kan !! Kahkahkah !!
Masa tu pulak masih hujan renyai-renyai..
Perut ni memang tak reti berenti..
Tapi tetap maintain cun.. Makan slow je.. Hehe..
Lepas makan tu, Incik Hubby dah balik kat rumah singgah tadi..
Katanya nak tukar pampers Imad.. Kononnya la kan !
15 minit aku tunggu Incik Hubby, tapi tak muncul-muncul..
Aku pun call dia.. ouh.. rupa-rupanya dia duk berehat kat sana..
Tak apa.. aku teruskan acara majlis..
Time pengantin tengah sibuk bergambar kat dalam bilik..
Aku pun nak enter frame la jugak kan !
Ada orang ingat gambar ni aku ngan Incik hubby.. Hehe.. Nampak muda ke aku ?? haha..

Dah sakan bergambar tu, aku pun cari Incik hubby kat rumah singgah tadi..
Tengah melayan Imad atas buai..

Hehe.. Sempat lagi posing ngan Incik Hubby..

Ni bebudak kat depan rumah tu.. Diorang panggil aku kakak tapi panggil Incik Hubby pak cik.. kahkah !! Mengamuk incik hubby kat bebudak ni..

Time aku kawin dulu, tak ada majlis bersanding ni.. Lepas gian duk atas pelamin.. Hehe..

Banyak lagi gambar.. Malas nak upload..
Actually entry ni patut aku publish bulan 12 tahun lepas..
Atau selewat-lewatnya bulan satu..
Tapi disebabkan terlupa, duduk la entry ni kat dalam draft folder.. Hehe..

Ni la adik aku dan isteri dia..
Semoga berbahagia hingga hujung nyawa..
Jagalah ikatan rumahtangga itu sebaiknya..
Didik isteri agar taat pada perintah Allah..
Dan jadilah pemimpin yang boleh dicontohi..
Semoga menjadi suami dan isteri yang mithali..
Bukan suami dan isteri yang menyesali.. Kehkeh !!
InsyaAllah..


**Majlis ni jugak memberi satu rahmat buat aku.. Aku dan dia dah berbaik semula setelah hampir 5 tahun tidak bertegur sapa.. Alhamdulillah.. Kuasa Allah swt.. Siapa kita untuk menidakkannya ?? Air yang dicincang tak akan putus**


-AkU-
Syurga Addin...
10:27 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment