Sunday, March 20, 2011

~Cinta dan pengorbanan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Bukan semua perhubungan itu membahagiakan..
Cinta dan sayang yang terlafaz dibibir tak semestinya terukir di hati juga..
Itu apa yang aku pelajari selama ini..
Adakala semua itu sekadar lakonan untuk membuatkan hati kita tertambat pada mereka yang melafaz..
Aku bercerita dari pengalaman aku sendiri dan juga teman-teman di sekeliling..
Ya !! Cinta  dan sayang itu sentiasa perlukan pengorbanan..
Tapi bagaimana kita sanggup berkorban atas nama sebuah cinta..
Itu yang menjadi persoalannya..
Apakah segalanya perlu kita korbankan atas nama cinta ??
Pastinya jika kita boleh berfikir secara waras.. Jawapannya ialah TIDAK !!
Tapi bila cinta telah menguasai hati dan jiwa..
Segalanya berkemungkinan..
Kita akan tega melakukan apa sahaja untuk cinta..
Cuma penyesalan dikemudian hari menjadi persoalannya..
Apakah yang dapat kita ubah jika cinta itu bukan lagi milik kita ??
Kita takkan mampu memutar hari untuk membetulkan segala kesilapan dan kekhilafan yang telah kita lakukan..
Apa yang mampu kita buat adalah sekadar menyesali segala keterlanjuran yang lalu..
Akan tetapi apakah kita mampu lupakan segalanya ??
Pastinya tidak..
Jangan sampai segalanya itu bakal menghantui hidup kita sepanjang usia..
Benar..
Bukan semua mampu berfikir secara bijaksana..
Tapi kita harus juga mempertahankan hak dan maruah kita..
Usah biarkan diri semudahnya diinjak sesuka hati..
Segalanya ada di dalam tangan kita..
Kita yang seharusnya menentukan masa depan kita sendiri..
Bukan orang lain..
Sedar la.. Insaf la.. Cinta itu bukan satu perjudian..
Andai ingin juga berkorban segalanya..
Lakukanlah untuk cinta pada DIA..
Itu yang sewajarnya..
Cinta yang satu pada Yang Maha Esa..
Penentu tempat kita di Syurga..



-AkU-
Syurga Addin...
11:07 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment