Tuesday, March 1, 2011

~Aku nak tidur !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum...

Mata dah pedih-pedih rasanya..
Aku hanya sempat tidur dalam kurang dari 1 jam..
Semuanya kerana Imad yang tak boleh tidur..
Aku tunggu Imad tidur dari malam sampai la ke pukul 3.30 pagi..
Akhirnya aku yang tertidur.. Zzzzzz..
Sempat tidur lebih kurang setengah jam lebih je..
Bila aku sedar yang Imad cuba panjat keluar dari katil dia..
Arrggghhhh !!!! Dengan mata yang separuh terbuka tu..
Aku angkat Imad tidur dengan aku..
Aku himpit kaki dia dengan kaki aku..
Hehe.. Biar dia tak dapat bergerak..
Lepas tu kesian la pulak.. Kut la kat Imad nak cakap berat kaki aku.. Tapi tak pandai..
Tangan dia je tepuk-tepuk kaki aku.. Aku faham la, dia nak cakap berat..
20 minit berkeadaan macam tu, Imad tetap tak tidur..
Aku angkat Imad letak balik dalam katil dia..
Aku pun layan movie kat tv..
Aku rasa dah nak dekat Subuh baru Imad tidur..
Tapi mata aku pulak tak nak pejam..
Usai Subuh, aku cuba jugak lelapkan mata barang sejam dua..
Tapi hasilnya....................... Aku terpaksa tengok apa sahaja cerita kat tv..
Sampailah pukul 7 lebih tiba-tiba Imad bangun balik..
Urmm.. Aku rasa something..
Biasanya kalau Imad buat perangai macam ni mesti ada benda nak jadi kat dia..
Makanya aku kena lebih kerap perhatikan Imad..
Takut sawan Imad datang balik..
Ubat sawan Imad pun dah tinggal untuk satu hari je..
Belum sempat lagi nak ke HKL untuk buat appointment baru..
Harap-harap Imad tak akan diserang sawan..
Sekarang mata aku dah mula nak tertutup..
Tapi bila memikirkan anak akan balik sekolah pukul 10.30 kejap lagi..
Terpaksa aku tangguhkan dulu aktiviti tidur aku..
Lepas Zohor la nampaknya aku boleh tidur..


-AkU-
Syurga Addin...
09:27 pagi...

2 comments:

  1. assalamualaikum p'milik syurgaAddin..

    lamanya tido...hehehe
    bila nk update...

    salam ceria..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam sUcI..
    Hehe.. dah seminggu tak cukup tidur nih !! Baru ada masa nak update..

    ReplyDelete