Saturday, March 5, 2011

~Salahkah aku ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hmm.. Susah nak ajak orang ke arah kebaikan..
Macam-macam yang dikatanya kita..
Bukan nak ajak buat benda jahat..
Itu pun masih lagi curiga dengan kita..
Manusia harus berubah ke arah kebaikan..
Takkan selamanya kita nak duduk di tahap yang lama..
Makin lama kita hidup patutnya makin kita berubah..
Takkan la tunggu dah nazak baru nak berubah ??
Ceritanya begini..
Semalam hampir waktu maghrib..
Aku terima satu sms dari M..
Bertanya tentang salah seorang saudara aku A..
Sms yang pertama dan kedua aku jawab..
Hingga la yang ketiga aku biarkan tak berjawab beberapa ketika..
Usai solat aku capai Kitab Fazaile-Amal..
Sebelum tu aku reply sms tadi..
Tulisan aku berbunyi.. :-


Maghrib begini lebih baik baca kitab dari bercerita keburukan orang lain.. 


Kejap tu dia reply sms aku.. :-

Saya tengah uzur.. Ingatkan dapat la tau cerita sebenar dari orang yang bertanggungjawab dan beriman macam awak.. Rupanya tak..


Hah ?? Tercengang jap aku baca sms dia.. Aku pun balas lagi.. :-

Kut mana nak ukur tahap tanggungjawab dan keimanan seseorang ?1 keaiban orang kita buka.. Nanti Allah buka 10 keaiban kita.. Berdoa saja la moga dia kembali ke pangkal jalan.. Itu yang sebaiknya..

Sebab aku malas nak layan.. Nanti akan panjang berjela ceritanya..
Lagipun apa guna kita mengumpat saudara sendiri..
Sms aku tadi dibalas pendek sahaja.. Macam marah je bunyinya.. Hehe..
Aku biarkan saja.. Lebih baik aku baca kitab..

Petang tadi aku terima sms dari saudara yang lain, C..
Katanya dia terima sms dari M mengadu tentang aku..
M kata sudah la aku tak nak cerita hal yang sebenarnya..
Lepas tu pura-pura alim.. (ni kes aku suruh baca kitab la ni)
Arggghhhh !! Rasa nak tercabut mata aku membaca..
Tang mana kita nak tau alim dan berimannya seseorang tu ??
Aduhhhh...... Tak tau la nak cakap apa lagi..
Betul la.. sukar sebenarnya nak berdakwah kalau kita tak sabar..
Lebih-lebih lagi kepada saudara sendiri..
Bila kita cerita pasal agama sikit, mula la kata kita pura-pura alim..
Ouhhh !! Ini la sikap yang sukar dikikis dari pemikiran kita..
Susah betul nak pandang sesuatu perkara itu dari sudut positif..
Biar la orang nak kata apa pun..
Yang penting Allah swt tahu apa niat kita..



-AkU-
Syurga Addin...
18:07 petang...

2 comments:

  1. assalamualaikum p'milik syurga addin..

    bersabar laa.. sememangnya pada akhir2 zaman ini setiap teguran dan nasihat akan menjadikan kita umpama orang yg salah.. berlagak alim, berlagak baik.. pelik kan..

    yg penting tanggungjawab sebagai insan ingat mengingati satu sama lain telah pun saudari laksanakan.. berdoa agar mereka diberikan petunjuk.. insyaAllah..

    sedikit soalan, di mana boleh dapat Kitab Fazaile-Amal.. apa isi kandungannya..

    satu lagi, sekadar bertanya.. bagaimana keadaan bonda mertua saudari, diharapkan beliau telah sembuh..

    itupun kalau saudari sudi beritahu.. terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam sUcI..

    Ya.. sentiasa bersabar.. dan kalimah sabar itu terus menerus meniti di hati setiap kali diuji.. sukar meneka hati manusia biarpun sesama saudara.. InsyaAllah, moga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dari PENCIPTA..

    Kitab Fazaile-Amal saya beli kira-kira 9 tahun yang lalu.. Rasanya masih ada dijual di kedai buku.. Kitab saya ada 5 bahagian yang saya amalkan membacanya setiap kali usai solat.. Fadhilat Quran, Fadhilat Solat, Fadhilat Zikir, Fadhilat Tabligh dan Kisah Para Sahabat R.A.. Cuba la cari dan amalkan membacanya.. InsyaAllah..

    Ummi masih lagi berkeadaan begitu.. Tiada perubahan.. Terima kasih kerana bertanya..

    ReplyDelete