Tuesday, April 12, 2011

~Aku dan REFORMASI !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Cuaca sangat panas hari ni..
Memang sesuai untuk keringkan baju yang aku basuh tadi..
Nasib baik tak banyak..
Cuma harap-harap tak la panas sampai ke malam..
Masuk hari ni dah tiga hari berturut-turut aku membaca kisah-kisah pemimpin pembangkang..
Dari sejak beliau menjadi pemimpin dalam kerajaan hingga la kepada pembangkang..
Tidak dinafikan, aku antara orang-orang yang agak fanatik kepada beliau suatu ketika dulu..
Aku juga antara rakyat yang turut "ber-reformasi" di jalanan tahun 1998 dulu..
Mungkin darah panas dan masih belum dapat menerima kenyataan, maka  jadi la aku antara rakyat yang memberontak.. Aku masih lagi simpan tag "REFORMASI" tu.. Cuma malas nak cari dalam stor..
Boleh kata setiap kali ada perhimpunan, aku pasti ada..
Masa tu masih lagi tak mengerti perjuangan yang sebenar..
Ikut kata hati je.. Rasa hati, pemimpin yang aku sokong itu sangat bersih dan berwibawa, tapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dengan isu yang sangat keji !
Rasanya dalam keluarga, aku satu-satunya menyokong REFORMASI..
Papa aku masih lagi taat kepada UMNO sementelah suatu masa dulu dia juga agak dikenali dalam parti itu..
Namun bukan dikalangan orang atasan..
Biarpun papa tahu kepincangan parti yang disokongnya itu, namun papa tetap bertahan..
Kakak-kakak aku pun antara penyokong Tun Mahathir (Dato' Seri ketika itu)..
Jangan cuba nak kutuk sikit pun.. Memang kena sembur la jawabnya.. Hehe..
Dan aku cuba berjuang dalam diam..
Sehingga la satu masa aku menyedari perjuangan aku tiada asasnya..
Umpama perjalanan tiada tujuan..
Sekadar mengikut arus dan keadaan..
Sedikit demi sedikit semangat REFORMASI aku hilang..
Hingga la aku kembali kepada "KERAJAAN" asal..
Dan kini aku buka mata aku sedikit demi sedikit memandang perjuangan sebenar..
Benar, setiap pemimpin ada kelebihan dan kekurangan..
Cuma jangan la kita menjadi penyokong kepada pohon yang seharusnya sudah tumbang menyembah bumi dek kerana kerosakan yang wujud pada dahan, ranting dan akarnya..
Dari pembacaan, aku mulai mengenal setiap pemimpin di Malaysia..
Dan sesungguhnya aku harus mula memberi kepercayaan kepada kerajaan yang memimpin sekarang..
Aku sebenarnya kagum dengan kepimpinan Tun Mahathir..
Maka boleh aku simpulkan tiada siapa yang mampu mengatasi Tun Mahathir saat ini..
Cuma aku harus bagi peluang dan masa kepada Dato' Seri Najib untuk membuktikan dasar kepimpinan yang beliau pertahankan..
Huhu.. Tak la kata aku sokong UMNO 100%..
Tapi aku sokong PM yang sekarang ni..
Biar la orang nak kata apa pun..
Setiap rakyat punya hak untuk memilih.. Termasuk aku..


**Hujan turun juga mencurah-curah**


-AkU-
Syurga Addin...
16:57 petang...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment