Tuesday, April 12, 2011

~Rawat Hatinya Bangunlah Insan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Usai solat Maghrib tadi..
Kebiasaanya setiap kali masuk waktu solat aku akan buka channel Astro Oasis..
Kebetulan sedang ditayangkan satu rancangan agama bertajuk - Rawat Hatinya Bangunlah Insan - Bicarawara..
Aku tengok pun dah separuh..
Ada yang ingin aku kongsikan kat sini..
Ustaz Aagim dari Indonesia sebagai jemputan..

*Ini la Ustaz Aagim..

Dia bercerita soal hati..
Katanya, Yang bahaya pada hidup kita bukan la orang lain, tetapi diri kita sendiri..
Kita seringkali berusaha untuk mengubat sakit tak kira la demam, batuk, selsema..
atau pun anak sakit, adik, kakak, isteri, suami, mak ayah..
Mungkin juga mengubati kerosakan rambut, baju dan pelbagai lagi..
Tapi pernahkah kita terfikir untuk merawat dan mengubati hati kita ?
Susah sebenarnya untuk kita berfikir sebegitu..
Sebab itu ada isteri yang tak bahagia dengan suami dan sebaliknya..
Ada anak-anak yang tak menurut kata ibubapa..
Ada ibubapa yang tidak meredhai anak-anak..
Kata Ustaz Aagim lagi..
Cuma tanya diri kita, adakah kita bahagia ?
Jawapan itu ada dalam diri masing-masing..
Hati ini terbahagi kepada tiga..

1- Hati Sihat - Mereka ini bertindak mengikut kata hati yang tidak terus membuat keputusan.. Mereka berfikir pro dan kontra sesuatu perkara sebelum membuat keputusan..

2 - Hati Berpenyakit - Mereka ini antara orang yang takbur, ego, pentingkan diri sendiri, bongkak, emosional, tak mampu mengawal diri dan pelbagai lagi penyakit hati..

3 - Hati Mati - Mereka ini adalah orang yang tak dapat menentukan baik dan buruk sesuatu perkara dengan hati.. Segalanya dikawal oleh nafsu..

Diakhir siaran Pengacara majlis bertanyakan kepada Ustaz Aagim bagaimana untuk kita kekalkan hati yang sihat..
Kata Ustaz Aagim ~ Ilmu, Amal, ikhlas..

Ilmu - Pergilah ke majlis-majlis ilmu, belajar sedapat mungkin.. Cari makna hati.. dapat ilmu harus senyum dan bersyukur..

Amal - setelah ilmu itu dalam pengetahuan kita..  Jangan abaikan ilmu itu.. Ilmu akan bermakna kalau jadi amalan.. ilmu akan menjadi lebih hebat kalau diamalkan.. Contohnya - Apa ertinya tahu solat kalau tidak solat ? Maka sia-sia saja la ilmu yang kita ada tanpa amal..

Ikhlas - Sekuat tenaga kalau beramal jangan berharap apa-apa kecuali kerana Allah dan semoga diterima Allah segala amalan kita.. Kalau itu yang kita amalkan, InsyaAllah akan bersih hati kita.. Biar la Allah swt yang menilai segala amalan kita..

Ini antara yang sempat aku tonton dan kongsikan di sini..
Cuba la kita praktikkan dalam kehidupan kita sehari-harian..
InsyaAllah, yang mana baik kita jadikan petunjuk..
Yang mana kurang kita jadikan pengajaran..
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah swt akan sentiasa bersama-sama kita.. Amin...


**Jaga dan rawat la hati kita agar sentiasa menjadi hati yang sihat.. Jangan la biar hati kita mati dan bertindak mengikut nafsu**

-AkU-
Syurga Addin...
19:47 senja...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment