Wednesday, April 20, 2011

~Berdosakah bermadu ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah lama aku tak membuka e-mail yang satu ini..
Mungkin tak menyangka ada utusan yang dikirimkan..
Maka malam tadi entah kenapa..
Hati tergerak untuk buka..
Ada satu e-mail yang belum lagi dibaca..
Dari seorang teman yang aku kenali..
Bila aku teliti, tarikhnya lebih kurang sudah sebulan yang lepas..
Urmm.. Mungkin tak penting barangkali..
Maka dia pun tak ulang bertanya.. Aku cuba membaca e-mail itu..
Persoalan e-mail itu agak mengejutkan..
Pertanyaan dia membuatkan aku termenung seketika..
Ada tiga soalan disitu..
Yang pertama tentang perkhabaran aku..
Kami sudah lama tak berjumpa..
Soalan yang kedua..............

"Apa perasaan menjadi isteri kedua berbanding isteri pertama?"

Jawapan aku................

"Tiada beza seperti isteri pertama, ketiga atau keempat. Biar dimana pun tempatnya, masih tetap lagi dipanggil isteri. Dan apa yang aku tahu, Islam tidak membezakan taraf setiap isteri buat seorang suami."

Soalan yang ketiga ini buatkan aku termenung lama..

"Tak rasa berdosa ke?"

Aku ragu-ragu dengan soalan itu..
Bimbang salah faham pula..
Setelah beberapa ketika mendiamkan diri..
Maka aku ambil keputusan untuk menghantar sms kepada rakan itu..
Sms aku berbunyi..

"Aku cuba menjawab e-mail kau.. Berdosa kerana apa ?"

Selang 15 minit dia membalas..

"Tak rasa berdosa ke menyakiti hati wanita lain?"

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum jawapan sebegini aku kirimkan buat soalan yang itu..

"Begini.. Aku berkahwin secara sah dan halal mengikut hukum syara' dan undang-undang Islam.. Maka antara aku dan suami tidak berdosa untuk bersama.. Bagusnya kami mengakhiri hubungan "kawan" kepada pasangan suami dan isteri untuk mengelakkan maksiat.. Apakah itu menjadi satu dosa ? Untuk makluman kau, aku BERPOLIGAMI atau dalam erti kata lain BERMADU.. Maksudnya, aku berkongsi suami dengan wanita lain.. Maka di mana dosanya aku ? Aku tidak meruntuhkan rumahtangga orang atau pun menyebabkan berlakunya sesuatu yang melampaui batas-batas kemanusiaan.. Andaikata menjadi madu kepada seorang wanita itu berdosa buat aku.. Maka biar la Allah menghukum aku.. Kalau la dengan menjadi madu aku dijatuhkan hukuman "dosa" kerana menyakiti hati wanita lain, maka kau juga menyalahkan Allah swt kerana POLIGAMI ini adalah undang-undang Allah swt.. Undang-undang yang telah termaktub sekian lama.. Pernahkah kau terfikir bila saja kau tanyakan soalan itu, maka seolah-olah kau mempersoalkan hukum Allah swt.. Ada sebab Allah halalkan poligami ini.. Siapa kita untuk mempersoalkan urusan Allah ? Apakah Allah juga cuba menyakiti hati hambaNYA dengan mengizinkan POLIGAMI ? Jangan cuba mengharamkan sesuatu yang halal.. Terima kasih teman kerana cuba mengingatkan aku tentang status aku.. Cuma apa yang membuatkan aku sedar ada la.. Suami bukan la hak milik seorang isteri.. Allah mengurniakan kita pasangan masing-masing untuk kita menjalankan tanggungjawab kita.. Dengan erti kata lain, pasangan itu Allah pinjamkan kepada kita untuk menemani kita sepanjang usia.. Merasai suka duka bersama.. Andaikata kita sebagai insan terpilih yang Allah ingin duga dengan hidup berpoligami.. Bukankah itu satu "kemanisan".. Mengajar kita untuk muhasabah diri sendiri, menerima kekurangan dan kelebihan pasangan serta diri sendiri, membuatkan kita makin sedar tujuan utama kita di muka bumi Allah ini.. Aku tak pernah menyesal diberikan takdir sebegini.. Dan andaikata aku juga ditakdirkan untuk menikmati manisnya "madu" itu lagi.. Akan aku pastikan, ianya lebih manis dari yang sebelumnya.. Sejujurnya, aku bersyukur diduga Allah sebegini.. Luang-luangkan la masa memahami hakikat sebenar kehidupan kita di muka bumi ini.. POLIGAMI bukan la satu perkara besar untuk didebatkan.. Sekian, terima kasih sekali lagi.. Salam untuk seluruh keluarga kau.."

Itu jawapan panjang daripada aku..
Sebenarnya berulang kali pernah dipersoalkan tentang perkara ini..
Cuma sebelum ini aku tak berminat untuk menjawab..
Tapi untuk kali ini..
Rasanya jawapan yang aku beri itu cukup menjawab persoalan dia..




**Jangan membenci aku kerana status dan kedudukan aku.. Kenali la aku sebelum membuat penilaian dan keputusan.. Perbezaan kita manusia bukan la setakat status dan kedudukan sebagai isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat.. Segalanya bergantung kepada amalan dan tahap keimanan kita kepada Allah swt**

-AkU-
Syurga Addin...
13:47 petang...

7 comments:

  1. Jawaban yang tepat dan matang. Syabas!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Prof.. Pengalaman sering mengajar manusia untuk jadi lebih matang dan dewasa..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Sememangnya saya bersetuju 100% dengan jawapan itu..siapalah kita sebagai hamba untuk mempertikaikan urusan TUHAN..Semua orang berhak membuat penilaian masing-masing mengikut logik akal dan pandangan yang dipegang tetapi kita jangan lupa takdir hidup kita bukan ditangan kita..Kalau ditanya kepada sesiapa pun yang jadi isteri kedua'tak ada siapa pun yang minta untuk jadi begitu..tetapi kepada siapa yang terlalu lancang untuk menghemburkan kata-kata hinaan terlalu mudah untuk mengeluarkan nya tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain..Hidup kita di dunia ini hanyalah persinggahan cuma.. suami kita bukan lah hak mutlak kita dan kita tidak ada hak untuk menghina dan mencaci insan yang bergelar isteri ke 2 kerana hak isteri adalah sama didalam islam..Kalau kita mengaku kita adalah Islam tetapi kita menidakkan hal ini..Dimanakah letaknya Islam kita? Sehingga kita sanggup meminta suami kita membuat pilihan dan menceraikan madu kita??? Fikir2 kan lah...Tidakkah madu kita akan jadi insan yang dizalimi???? Ingatlah doa insan yang dizalimi tiada hijab dengan Allah..

    Sekadar renungan bersama

    Wassalam..

    Insan Kerdil..harlina

    ReplyDelete
  4. @dina
    Wa'alaikumsalam Harlina..
    Saya bersetuju dengan komen saudari.. Manusia sekarang lebih mudah menghukum dengan nafsu dari menggunakan aqal fikiran..

    Terima kasih sudi membaca dan berkongsi pandangan.. ^_^

    ReplyDelete
  5. aku s7 ban9et,,,,,,

    ReplyDelete
  6. Gugur air mata saya saat membaca jawapan untuk soalan tak rasa berdosa ke menyakiti hati wanita lain. Mereka yang berada di dalam situasi seperti ini sahaja, yang memahami. Bukan semua wanita menghadapi dan menerima poligami, tapi setelah di fikirkan bukan hak kita untuk memeprsoalkan hukum Allah. Dan seandainya itu takdir yang Allah rencana untuk kita, apa hak kita untuk menghukum Qada dan Qadar. Saya mungkin bukan yang pertama, tapi saya tidak menolak kalau seandainya saya menjadi yang ke dua. Bahkan sekiranya saya sendiri, berstatuskan isteri yang pertama, saya jugak tidak akan menghalang suami saya untuk untuk berpoligami. Saya tidak mahu di akhirat kelak nanti di persoalkan, dosa suami saya di belakang saya, atas sebab saya tidak mengizinkan dia untuk berpoligami. Setuju dengan jawapan di atas, suami bukan hak saya, dan saya sendiri tidak berkemampuan untuk mengawal hati dan perasaanya, apatah lagi keinginanya. Sabar,Redha,dan ikhlas adalah satu tingkat iman, yang tidak semua mampu mengecapinya. Di saat masyrakat menganggap, kami yang ke 2, sebagai pemusnah rumah tangga orang ke 3, adalah ujian untu kita supaya lebih dekat dengan ALLAH. Para isteri yang berstautskan isteri ke 2, 3 atau ke 4, usah risau dengan tanggapan manusia, penilaian manusia, kita sepatutnya lebih risau akan penilaian dari ALLAH SWT. Tanya balik, nikmat kasih sayang yang di letakkan sikit dalam diri kita, atas keizinan siapa? Dan siapa kita untuk persoalkan dosa atau tidak..

    Terima kasih atas tulisan.,. betul-betul memberi semngat bru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Aishah..
      Terima kasih sudi singgah dan membaca tulisan saya yang tak seberapa ini..
      Saya setuju dengan penulisan Puan..
      Fitrah manusia, lebih mudah bercakap menggunakan nafsu dari akal..
      Moga hati kita terhindar dari syak wasangka kepada orang lain..
      Bahagia itu kita yang cipta..
      Tanya hati, mengapa mesti bersangka buruk dengan setiap ujian dariNYA..
      Moga kita muhasabah diri..

      Delete