Sunday, April 24, 2011

~Imad tertonggeng !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt..

Ada ketika dalam hidup ini kita perlukan kesunyian..
Bukan untuk bersedih, tetapi untuk mengukur tahap keyakinan dan keteguhan diri..
Serta muhasabah seluruh kehidupan kita..
Alhamdulillah, syukur.. Itu yang aku amalkan..
Maka kehidupan aku lebih terisi kini..
Biarpun kebanyakan keadaan, aku hanya ditemani sunyi..
Tetapi hidup ini seperti terisi setiap ketika..

Hari Jumaat kelmarin..
Adik aku dari UM sampai lebih kurang pukul 8 malam..
Macam biasa, walaupun hanya berdua tapi tetap rumah aku terhias dengan pelbagai cerita..
Tengah kami memasak bercerita tu, terdengan satu dentuman kat bilik atas dengan tangisan Imad..
Aku bergegas naik kat atas..
Nampak Imad tengah tertonggeng dengan pampers dah terlucut..
Mulut aku mula la membebel sambil angkat Imad..
Aku pusing je Imad, HUH ??!!! Terkejut aku..
Mulut Imad dah penuh darah dengan beberapa titik dah membasahi baju tidur Imad..
Aku check mulut Imad.. Bibir bawah Imad luka, agak besar jugak..
Aku bawak Imad ke bilik air untuk cuci darah tu..
Basahkan sikit badan Imad pastu letak Imad atas katil..

~Ni masa mula-mula jatuh.. Tapi darah dah berenti~

Aku pujuk la Imad.. Mesti sakit tu..
Imad duk kemam bibir bawah dia..
Aku pun mulakan nyanyian untuk bagi Imad reda..
Alhamdulillah, Imad boleh tahan sakit..
Dalam 5 minit je pujuk, Imad dah boleh senyum balik..
Aku biar Imad tengok kartun..
Sambil aku ke bawah semula untuk habiskan memasak..
Dua dulang makanan kami bawa naik ke bilik..
Sambil makan sambil menonton Maharaja Lawak..

~Lepas 3 jam lebih, bibir Imad mula membengkak.. Sian Imad.. Tidur dalam kesakitan~


**Walaupun aku suka marah-marah Imad, tapi Imad tetap nak aku pujuk bila dia sakit atau merajuk.. Kuasa seorang IBU.. Tak dapat dinafikan..**

-AkU-
Syurga Addin...
11:27 pagi...

3 comments:

  1. Ada bawa anak g klinik x? Ada jesan x bila dia dh besar? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak bawa pi klinik pun.. Duk tuam pakai ais.. InsyaAllah surut la bengkak tu, lagi satu nak bagi dia rasa kebas kat tempat luka tu, boleh la tidur malam.. Hehehe.. Tapi kalau risau, boleh je bawa pi klinik..

      Delete
    2. oh lupa pulak.. Tak ada pun kesan apa-apa bila dah besar ni.. Pasal luka tu tak besar mana pun.. Tapi darah je nampak macam banyak..

      Delete