Monday, May 30, 2011

~Bersedialah untuk ditegur~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku jarang sangat nak menegur orang..
Kecuali sesuatu perkara yang aku rasa perlu sangat-sangat untuk ditegur..
Kadang-kadang kita tak sedar perlakuan kita melukakan hati orang lain..
Sementelah kita sangat selesa dengan keadaan diri sendiri..
Namun kita harus ingat..
Keselesaan bagi diri kita tak bermakna keselesaan bagi diri orang lain..
Andai kita fikir begitu..
Maknanya kita seorang yang pentingkan diri sendiri..
Sampai bila kita nak jadi macam tu..
Jangan jadi orang yang punya mata, tetapi buta untuk melihat..
Atau orang punya telinga tapi tuli untuk mendengar..
Juga orang yang punya akal fikiran tapi tak mampu untuk berfikir..
Aku juga pernah ditegur untuk setiap kesalahan aku..
Benar.. Pada mulanya agak terasa hati bila ditegur..
Tapi bila aku muhasabah diri sendiri..
Ada benarnya teguran orang itu..
Dan aku bertindak untuk berubah..
Ucapan maaf dan terima kasih aku hulurkan buat menghargai keprihatinan mereka..
Itu lebih baik rasanya dari terus mempertahankan tindakan kita yang belum tentu betul..
Aku tak suka sebenarnya untuk menegur orang di luar lingkungan keluarga..
Kerana pada aku orang tak akan selesa bila ditegur oleh orang luar..
Namun bila sesuatu perkara yang aku fikir agak melampaui batas..
Maka aku tak akan teragak-agak untuk menegur..
Dan terpulang kepada yang empunya diri untuk terima atau tidak teguran aku..
Aku juga tak akan menagih untuk ucapan terima kasih atau kata maaf dari mereka..
Kerana aku hanya menjalankan tanggungjawab..
Akan tetapi jangan sekali-kali menyangka aku menegur kerana benci !!
Ouh.. Tidak sama sekali..
Aku tidak mudah untuk membenci biarpun sesuatu perbuatan itu terlalu melukakan aku..
Aku masih mampu memaafkan lagi..
Kerana pada aku setiap orang berhak diberi peluang..
Andai aku membenci terus, bermakna aku menutup setiap peluang untuk seseorang itu berubah..
Aku tidak sekejam itu..
Aku terus memberi peluang sebagaimana aku juga inginkan peluang bila melakukan kesalahan..
Tidak rugi untuk terus memberi maaf atau menghulurkan maaf..
Bukankah itu lebih dituntut dalam agama ??
Rasulullah sendiri memaafkan musuh-musuh baginda..
Mengapa tidak kita sendiri sebagai umat Muhammad saw menuruti keindahan akhlak baginda..

Buat sesiapa yang pernah aku tegur perbuatan mereka..
Aku harap tiada yang berfikiran negatif terhadap teguran aku..
Berfikirlah sebaiknya..
Kita tak mampu untuk menilai setiap perlakuan kita..
Akan tetapi bersyukurlah bila ada yang prihatin dengan keadaan kita..
Dan aku juga mohon maaf andai ada yang terasa hati dengan teguran aku..
Aku tak berniat untuk menyakiti sesiapa..
Aku hanya bersuara bila keadaan memerlukan..



**Kadang kala kita tak sedar bila perlakuan kita menyakiti orang lain.. Dan kita akan terus hanyut dengan keadaan yang sama.. Kerana kita tak akan pernah tahu bila tiada yang menegur.. Untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam.. Kita perlu bersedia untuk ditegur.. Atau kita akan tetap menjadi manusia yang sama setiap hari.. Bila sahaja kita terlalu angkuh untuk menerima teguran..**

-AkU-
Syurga Addin...
11:07 pagi...

2 comments:

  1. assalamualaikum p'milik syurga addin..

    syukur lah seandainya kita boleh menerima teguran.. dan WAJIB pula bagi kita menegur sekiranya nyata jelas akan kesilapan..

    namun pada saya, biarlah dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan individu dan keadaan.. nasihat/teguran itu adalah baik, tapi dek kerana tak kena cara dan tempat, maka boleh mengundang selisih faham dan salah anggap..

    cuma pada hakikatnya, teguran seseorang itu adalah tanda mereka masih sayang dan prihatin terhadap kita..

    (sekadar pendapat saya..)

    * "meMAAFkan seseorang".. semoga setiap insan saling diberi peluang..

    p/s:- Terima Kasih kerana diberi peluang untuk meluahkan pendapat di layar syurga addin.. "Imad makin comei..:)"

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam sUcI..
    Kita hanya insan yang tidak sempurna.. Perlu teguran dan nasihat demi untuk mengingatkan diri masing-masing sepanjang hayat kita di bumi Allah ini.. Memberi dan menerima dengan seikhlas hati..

    p/s : Memberi MAAF tak semudah memintanya.. Dan adakala meminta MAAF tak semudah pula memberinya.. Hati kita berlainan biar sama tempat kita berpijak..

    p/s+p/s : Terima kasih kembali..

    ReplyDelete