Sunday, May 22, 2011

~Pengalaman mengajar aku..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari-hari cuti macam ni..
Kebiasannya aku hanya akan berehat-rehat dengan Imad..
Kalau kami berdua, tak ada apa sangat yang aku boleh buat..
Badan pun masih lemah lagi..
Hanya mampu baring sambil tengok tv saja la..

Kata orang..
Kita belajar dari pengalaman..
Pengalaman yang akan mematangkan dan mendewasakan kita..
Ya.. Aku setuju dengan kenyataan itu..
Kerana itu yang aku praktikkan dalam kehidupan seharian..
Benar, adakala pengalaman itu menyakitkan..
Tetapi, kita masih boleh memilih..
Sama ada untuk terus terluka dengan pengalaman itu..
Atau pun belajar dari kesakitan itu..
Segalanya terpulang kepada kita untuk membuat keputusan..

Waktu aku kecil dulu..
Setiap kali mendengan cerita orang yang lebih tua..
Aku akan cuba bertanya untuk lebih faham..
Tetapi jawapan yang akan aku terima ialah..
"Dah besar nanti, kamu akan faham sendiri"
Maksud dah besar disini, bukan la apabila kita mencapai tahap kebesaran tertentu..
Itu aku tahu semua orang sedia maklum..
Tapi apabila umur kita semakin meningkat..
Tentunya pelbagai jalan yang telah kita lalui dan terokai..
Maka itu la pengajaran yang paling berguna untuk kita meneruskan perjalanan..
Sebagai seorang wanita yang telah mencapai umur 30 tahun..
Sejujurnya banyak yang aku telah pelajari..
Dari seorang anak kecil, aku belajar menjadi seorang adik, seterusnya seorang kakak, melangkah lagi menjadi seorang kawan, satu tahap lagi bergelar seorang kekasih, diangkat darjatku menjadi seorang isteri, lalu dimuliakan lagi menjadi seorang ibu..
Segala pengalaman ini telah aku simpan kemas dalam "diari" sejarah kehidupan aku..
Kerana sesekali aku pasti akan menjenguk ke sana untuk belajar dari kisah semalam..

Sewaktu aku bujang dan tinggal bersama kakak aku..
Ada ketika aku memberontak bila permintaanku sukar untuk dipenuhi..
Terdengar juga keluhan dari mereka..
Maka aku bertanya..
"Sukarkah memahami hati seorang adik ?"
Jawab mereka..
"Kau akan tahu bila saja kau bergelar seorang kakak"
Ya.. aku sudah menjadi seorang kakak..
Dan aku faham perasaan mereka kini..
Mempunyai adik-adik yang berbagai kerenah..
Adakala hampir membuatkan aku putus asa untuk terus membimbing..

Ada juga aku bertanya kepada kakak-kakakku yang sudah berumahtangga..
Bila ada saja keluhan mereka tentang seorang suami..
Soalan aku tetap sama.. 
"Sukarkah menjadi seorang isteri ?"
Jawapan mereka juga sama..
"Kau akan tahu juga nanti bila kau bergelar seorang isteri"
Aku telah bergelar seorang isteri kini..
Ya.. Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri bila kita sendiri tak faham apa maknanya ISTERI..
Dan aku makin belajar dari sehari ke sehari bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang sentiasa didambakan oleh seorang suami..
Benar..ada kala aku hampir tewas kepada pencarian itu..
Namun kasih sayang Allah sentiasa ada untuk aku berpaut..
Maka aku teruskan mencari biarpun ada ketika hati aku terluka pedih..

Pernah suatu ketika di sekolah..
Aku bertanya kepada seorang guru yang sangat memahami keadaan aku waktu itu..
"Cikgu, sukarkah menjadi seorang ibu dan ayah yang memahami ?"
Panjang jawapan guru itu dan pengakhirannya..
"Kamu akan faham juga nanti bila kamu bergelar ibu kepada anak-anak"
Aku sudah menjadi seorang ibu kini..
Bukan ibu kepada seorang anak..
Tetapi aku punyai empat lagi anak-anak kecil yang semakin meningkat remaja..
Dan InsyaAllah, ada yang bakal menyusul..
Aku semakin memahami hati seorang ibu..

Ya.. Aku telah lalui semua gelaran itu..
Dan aku semakin faham apa sahaja yang mereka alami..
Pendapat peribadi aku..
Pengalaman adalah guru yang paling baik untuk mengajar kita tentang sesuatu perkara..
Namun.. Andaikata pengalaman sendiri tak mencukupi untuk memberi pengajaran kepada kita..
Belajar la dari pengalaman orang lain..
Tak ada ruginya bila kita sentiasa belajar..
Ilmu Allah itu terlalu luas untuk kita pelajari dalam masa yang singkat..



**Ada teman yang tak mampu belajar dari pengalaman kerana mengganggap pengalaman adalah kisah semalam yang harus kita lupakan.. Katanya "Mata dicipta untuk memandang ke hadapan, bukan menoleh kebelakang.." Jawapan aku "Sesekali kita harus menoleh juga, kerana langkah yang kita tinggalkan pasti ada pengajaran yang berguna untuk destinasi kita yang seterusnya.."**

-AkU-
Syurga Addin...
11:27 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment