Friday, May 20, 2011

~Mak dan abah.. Aku terasa hati..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sejak dari dulu lagi..
Persoalan ini seringkali aku tanyakan..
Kerapkali jawapannya berubah dari semasa ke semasa..
Semakin aku dewasa..
Aku semakin faham tentang makna kasih sayang..
Cuma sesekali hati ini hampir terpesong dari paksi fitrah kehidupan manusia..
Ye la.. Bila bercerita tentang soal hati ini..
Bukan boleh dipaksa perasaan yang hadir..
Aku juga manusia biasa yang tak dapat lari dari semua itu..
Seperti tajuk diatas..
Aku juga pernah berkecil hati..terasa hati dengan kedua orang tua aku..
Mungkin mereka tak bermaksud sedemikian..
Tapi aku saja yang merasa begitu..
Patutkah kita berkecil hati dengan ibu dan bapa ??
Mungkin jawapannya tak patut.. Tapi kita hanya manusia biasa..
Sewaktu aku hidup bujang dengan kakak-kakak aku dulu..
Berkali-kali rasanya aku rasa jauh hati dengan mak abah sendiri..
Mungkin sebab aku rasa terpinggir bila mereka sudah punya anak-anak lain hasil perkahwinan kali kedua mereka..
Maka hati aku seperti merajuk dengan keadaan itu..
Aku rasa diabaikan dan dilupakan..
Aku rasa setiap tumpuan dan perhatian mereka hanya untuk adik-adik baru aku..
Sewaktu bersekolah dulu..
Tak pernah aku diberi galakkan dan sokongan untuk setiap apa yang aku lakukan..
Jadi selalu aku melakukan kesalahan semata-mata untuk meminta perhatian dari mereka..
Aku bukanlah pelajar bermasalah..
Namun keadaan menjadikan aku sebaliknya..
Bila telah meningkat remaja dan hidup berdikari..
Beberapa ketika aku cuba menjauhkan diri dari mereka..
Rasa rindu dan kasih yang ada aku lupakan seketika..
Hanya kerana melayan amarah dan rajuk yang menebal..
Itu salah satu cara aku memprotes..dalam diam..
Aku susah untuk bersuara apatah lagi meluah rasa..
Maka mereka tidak pernah tahu apa yang aku rasakan selama ini..
Aku juga tak pernah rasa untuk meluahkan rasa kasih sayang aku kepada mereka..
Aku tak pandai semua itu.. Kerana telah diajar sebegitu..
Bertahun aku memendam rasa..
Segalanya aku luahkan dengan tulisan.. Maka tak hairanlah koleksi diari aku memenuhi bilik stor dalam rumah aku sekarang..
Dan ada beberapa yang telah aku hapuskan..
Semata-mata untuk "membuang" rasa negatif yang menghuni hati..
Akan tetapi setelah aku semakin meningkat dewasa..
Semua perasaan itu menjadi sirna..
Aku semakin memahami keadaan ini..
Dan aku tahu, aku terlalu berprasangka..
Allah telah menjadikan kehidupan ini sebaik-baiknya..
Maka setiap kejadian ada hikmahnya..
Dan aku telah belajar banyak perkara dari kehidupan yang lampau..
Lantaran itu diketika ini..
Aku cuba memahami setiap orang yang ada di sekeliling aku..
Aku menghargai kasih sayang yang wujud di setiap ketika..
Aku semakin bersyukur dengan apa yang aku perolehi..
Dan pastinya aku lebih banyak belajar dari pengalaman..
Aku lebih berdikari sekarang..
Kerana "kisah dulu" itu.. Aku tidak bergantung kepada orang lain..
Aku mampu berdiri diatas kudrat sendiri..
Aku tidak menjadi seorang anak manja yang setiap masa perlukan kasih sayang dan kehadiran ibu bapa untuk menjalani kehidupan seharian..
Biarpun kata orang.. Anak bongsu adalah anak yang paling manja..
Tidak sama sekali.. Aku tak pernah merasakan begitu..
Aku lebih bertanggungjawab untuk setiap langkah yang aku atur tanpa ragu-ragu..
Alhamdulillah.. Aku semakin dewasa dengan kesedaran dalam hati..
Dan yang penting..
Aku tak mahu apa yang aku rasa..
Bakal dirasai oleh anak-anak aku..
Biarlah kehidupan mereka terisi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang berpanjangan..
InsyaAllah..




**Aku tak nafikan ada ketika perasaan itu hadir kembali.. Ahhh.. Aku hanya manusia biasa..**

-AkU-
Syurga Addin...
11:37 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment