Sunday, June 5, 2011

~Anak lelaki menyusahkan ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah hampir seminggu aku menumpang kat rumah mak..
Sepanjang di sini banyak perkara yang aku perhatikan dan belajar..
Seperti tajuk aku di atas..
Benarkah begitu ?
Anak lelaki menyusahkan ?
Hmm.. Aku bertanya kerana melihatkan keadaan mak..
Mungkin mak tak menyatakannya secara terus terang..
Namun aku rasa jauh di sudut hati mak..
Mungkin ada keluhan yang terukir..
Kat sini ada tiga orang anak bujang mak..
Semuanya dah besar-besar belaka..
Sepatutnya mak dah boleh senang hati bila anak semuanya dah besar..
Tapi entah la..
Betul la kata orang..
Seorang ibu boleh menjaga dan membesarkan ramai anak..
Tapi ramai anak belum tentu mampu menyenangkan hati seorang ibu..
Sesekali aku ke rumah mak..
Ada juga terdengar keluh kesah mak tentang adik-adik ni..
Tapi nak buat macam mana..
Aku sendiri tak mampu menasihatkan mereka..
Bukan sahaja semua dah besar gajah..
Tetapi masing-masing panas baran..
Silap bicara, aku pulak yang kena tengking nanti..
Haha.. Mungkin la tak..
Tapi mana la nak tau.. Hati tengah panas..
Kadang-kadang bila tengok keadaan mak..
Macam yang sekarang ni..
Haishhh !! Takut juga bila menanti anak-anak aku membesar..
Diorang semua ni dah la tak tau nak kemas rumah..
Pemalas.. Bilik sendiri pun tak terkemas..
Manja mengalahkan budak kecik..
Dah besar panjang pun mak yang kena buatkan air..
Nak makan apa.. Nak minum apa..
Semua suruh mak buat..
Sesedap tekak diorang je suruh mak buat macam-macam..
Ada ketika aku tengok macam mak ni orang gaji diorang pulak..
Tapi aku tengok mak turutkan saja..
Ada yang tak pedulikan mak..
Ada yang suka tinggi suara dengan mak..
Ada yang tak dengar kata mak..
Ada yang main-main je bila mak bercakap..
Dan mak seperti biasa..
Diam dan hanya biarkan saja..
Mak macam rela diperlakukan begitu..
Seingat aku..
Aku masa dulu-dulu tak macam ni pun..
Semuanya aku buat sendiri..
Mak pun memang galakkan aku berdikari..
Macam dah terbalik pulak..
Anak perempuan lebih berdikari dari anak lelaki..
Sesekali sorotan mata mak menyatakan perasaan yang terselindung..
Pada aku..
Mak terlalu manjakan adik-adik ni..
Sebab tu diorang lebih suka mengarah dari diarah..
Diorang tak boleh bezakan pangkat mak dan anak..
Sampai bila ??
Aku pun tak tahu..
Mungkin sampai mak dah tak ada depan mata baru diorang nak sedar..
Harap-harapnya tidak la sebegitu..

*Sekadar gambar hiasan.. Hehe.. Takde gambar lain..



**Sukarnya anak-anak memahami hati seorang ibu.. dan adakala.. seorang ibu juga sukar memahami hati seorang anak yang dikandungnya.. Kerana.. Hati anak itu telah lama memendam rasa..**

-AkU-
Teratak Bonda...
22:07 malam...

2 comments:

  1. cam same je ngan adik Akma, kadang2 makan ati tengok...tapi mak tetap pertahankan..tambah2 yg bermasalah sejak dari dolu2..alasannye, die je yg jaga mak..jaga ape? mak gak yg jage bagi makan minum, dia..hmmm..ckp lebih2 kang, mak akan backing plak...lagipun Akma pun ade anak, sok2 tak tau jadi ape...moga2 anak2ku mendengar kate, menghormati orang tua, bertimbang rasa dan dpt menjaga kami bile dah tua nnt. tak menyusahkan sampai besaq panjang. Moga2 diorg dpt doakan kami bila kami tiada di dunia ini. Amen

    ReplyDelete
  2. Akma..
    Sama la kita.. Kadang-kadang rasa nak tegur mak jugak pasal manjakan adik-adik lelaki ni.. Tapi mesti mak nafikan.. Ada ketika rasa macam bagus lagi anak perempuan dari anak lelaki.. Tapi tu la.. Kita pun ada anak.. Takut pulak nanti jadi kat kita balik bila kata kat orang.. InsyaAllah tidak, jika kita didik anak-anak kita dengan sesempurna mungkin..

    ReplyDelete