Monday, July 25, 2011

~Ulang Tahun Yang Baru.. Suamiku..~



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam..
24 July 2011..
Genaplah usia 42 tahun buat Suamiku..
Dah tua ?? Hehe..
Tak la tua sangat pun..
Tak seperti tahun-tahun yang lepas..
Kebiasaannya, ada kejutan yang aku lakukan..
Bukanlah sambutan yang besar..
Tapi cukuplah sekadar memberi ingatan buat Suami..
Untuk tahun ini..
Tiada sambutan atau kejutan buat Suami..
Kerana dia jauh di Pantai Timur..
Hanya ucapan dan doa yang berterusan dapat aku hulurkan..
Mungkin itu lebih daripada mencukupi..
Tandanya aku masih mengingati..
Biarpun Hari Lahir sekadar mengingatkan kita..
Semakin kurang usia kita di muka bumi Allah ini..
Dan kita sebenarnya menghitung hari untuk dijemput "kesana"..
Bagi aku usia bukanlah penentu tua atau muda seseorang itu..
Tapi ilmu dan pengalaman sebagai pengukur..
Kematangan dan kedewasaan kita tatkala menyusun langkah..
Moga kita semakin sedar..
InsyaAllah..

*Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-42 buat Suamiku..*

**Terdengar lagu ni masa tengok drama kat TV3 (tak ingat cerita apa).. Tapi best.. Ditujukan khas buat Incik Suami.. Mohamad Azhan Mohamed Adnan.. Seperti mana lirik lagu tu.. Seperti itu juga yang tertulis dalam hati ini..**

Chorus :-

"..Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku..
Disetiap langkah yang meyakiniku..
Kau tercipta untukku..
Meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku..
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu..
Yang mencintaimu..
Sepanjang hidupku.."




-AkU-
Syurga Addin..
10:07 pagi..

4 comments:

  1. salam p'milik syurga addin...

    selamat ulang tahun buat suami saudari... semoga beliau dipanjangkan usia dengan penuh kerahmatan Allah dan bahagia di dunia dan akhirat bersama keluarga tercinta...

    aminn...

    ReplyDelete
  2. sUcI..

    Terima kasih..
    InsyaAllah.. Amin..

    ReplyDelete
  3. Dik.. Harap husbandmu tau mnghargai ketulusan hatimu... kalau tak sia2 pengorbanan besar hati dan perasaanmu yang sentiasa dicarik2 insan2 lain yang buruk sangka dan dengki khianat...A..a..min..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah Long.. Ini bahagian orang.. Terima je apa yang Allah bagi.. Harap-harap ada perubahan lepas ni..

    ReplyDelete