Tuesday, July 5, 2011

~Usia yang baru untukmu~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setiap hari kita akan menghitung..
Bukan sekadar menghitung berapa lama kita hidup..
Juga menghitung berapa hampir kita kepada kehidupan yang abadi..
Biarpun kita pasti hitungan kita tak akan pernah tepat..
Namun kita akan tetap terus menghitung..

Masa makin pantas meninggalkan kita..
Adakala tak tersedar apa yang kita lakukan buat memenuhi masa sehari-hari..
Sedar-sedar.. Kita sedang melalui hari yang baru..

Serasa baru seketika aku melihat dia lahir..
Mendengar dia menangis..
Melihat dia membuka mata pertama kali..
Menyaksikan dia tersenyum melihat seisi dunia..
Melihat dia menikmati sentuhan pertama sebuah keluarga..
Memerhati dia belajar merangkak..
Mengajar dia bertatih..
Menyuap dia makan..
Menidurkan dia..
Memimpin tangannya sewaktu berjalan..
Mendengar petahnya dia berkata-kata..
Menahan segala kenakalannya..
Seakan baru sebentar aku cubit pipi montel dia..
Segala-galanya seperti baru saja aku alami..
Kenangan semalam..
Biar berapa lama pun ia telah berlalu..
Namun sesuatu yang dekat dengan diri kita tak akan mudah luput dari ingatan..

Ketika ini..
Dia bukan lagi anak kecil yang harus aku pimpin setiap masa..
Anak kecil yang harus aku pujuk setiap kali menangis..
Anak kecil yang harus aku alunkan lagu bila setiap kali ingin tidur..
Anak kecil yang harus aku marah bila buat kesilapan..
Anak kecil yang harus aku suap bila kelaparan..

Hari ini dia telah melalui jalan kedewasaan..
Dia sudah pandai berfikir sendiri..
Dia sudah punya perancangan sendiri..
Dia sudah yakin untuk melangkah sendiri..
Dia sudah tahu membezakan sesuatu perkara..
Dia sudah semakin cantik..
Dia sudah ramai peminat..
Dia sudah ramai kawan..
Dia sudah semakin jauh..
Masa dan keadaan yang menjarakkan aku dan dia..
Namun.. Biarpun begitu..
Hati aku tak pernah jauh dari dia..
Dia tetap anak kecil yang aku sayang, jauh di sudut hati aku..
Namun aku bukan orangnya yang mampu untuk menunjukkan kasih sayang..
Cukuplah dia faham, dia tak pernah jauh dari jiwa aku..

*Hari ini usia dia meningkat lagi setahun.. Usia yang baru ditahun yang baru..

**Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-20 Jijie.. Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan, kejayaan yang berterusan, bahagia yang berkekalan dan moga senantiasa berada dibawah lindungan kasih sayang Allah swt.. Jangan lupa solat dan berdoa moga Allah sentiasa tetapkan hati Jijie ke arah yang diredhai.. InsyaAllah doa akak akan sentiasa mengiringi Jiji walau dimana Jijie berada..**

***Satu pesanan percuma dari seorang kakak.. Pengalaman yang kita lalui belum tentu sesuai untuk orang lain lalui juga.. Kehidupan kita berlainan.. Biarpun arah tujunya sama.. Namun jalan yang harus kita tempuh bukan semuanya sama.. Justeru jangan cuba berfikir untuk orang lain dan menentukan hala tuju seseorang.. Kita boleh jadi pendengar dan pemberi nasihat yang baik asalkan kita tidak mencampuri urusan seseorang hinggakan segala yang berlaku umpama datangnya dari telunjuk kita.. Akak tahu Jijie faham.. Kita belajar dari kesilapan kita dan orang lain.. Jangan jatuh di tempat yang sama untuk kali kedua.. Kerana sakitnya tak akan pernah sama..***



-AkU-
Syurga Addin...
11:37 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment