Friday, December 2, 2011

~Rawatan Acupunture~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Urmmm..
Makin lama makin tak ada mood nak update blog..
Idea ada, tapi jari ni macam malas nak menaip..
Tak tau la jembalang apa duk sangkut kat jari ni.. Hehe..
Oke.. Entry kali ni aku nak citer pasal bulan lepas..
Siapa pernah buat rawatan acupunture ??
Awal bulan lepas..
Aku dan Incik Hubby bawa Ummi dan Abah mertua aku pi buat acupunture..
Tau ke apa tu ??
Ala rawatan alternatif yang guna jarum untuk cucuk kat urat saraf tu.. (Iye ke ?? Iye kuttt...)
Untuk pengetahuan semua, Ummi mertua aku strok dah dua tahun..
So, tubuh dia sebelah kanan lumpuh dari atas sampai bawah..
Jenuh pergi berubat kat hospital dan perubatan lain, tapi masih tak ada perubahan..
Maka, kitorang pun try la perubatan alternatif ni..
Aku tak tau la sakit ke tidak masa Doktor tu cucuk jarum kat badan..
Bila aku tanya Ummi, dia cakap tak la sakit sangat.. Tapi masih boleh rasa..
Aku yang tengok pun dah ngeri.. Haishh !!
Tapi sempat jugak aku jadi jurufoto tak bergaji.. hehe..

*Ini gambar Abah.. Kena cucuk kat tangan dan kaki..

Sementara tunggu habis masa cucuk Ummi dengan Abah tu, aku dan Incik Hubby pun sembang la dengan Doktor Cina tu..
Cerita pasal Imad kat Doktor tu..
Doktor tu cakap dia boleh tolong kalau nak cuba buat kat Imad pulak..
Aku takut jugak nak cucuk jarum tu kat Imad..
Risau Imad meronta-ronta nanti tercucuk kat tempat lain pulak..
Tapi bila discuss dengan Incik Hubby, kitorang pun sepakat nak cuba..
Tau Imad kena cucuk kat mana ??

*Doktor tu cucuk kat kepala Imad.. Nampak macam Imad nangis kan ?? Tapi sebenarnya tak.. Dia cuma rasa sikit je..

*Ini la jarum yang dah dicucuk kat kepala Imad.. ada 5 jarum semuanya.. Imad buat apa ??

*Imad boleh tertidur pulak.. Ingatkan dia nak mengamuk.. Rupanya jadi mengantuk..

Lebih kurang 20 minit, Doktor pun cabut jarum tu dari kepala Imad..
Lepas cabut pun, Imad tetap tidur jugak..
Nasib baik.. Kalau tak jenuh jugak nak melayan kerenah Imad..
Doktor tu bagi 2 jenis ubat untuk Imad makan..
Di entry yang lain nanti aku ceritakan apa yang jadi lepas Imad buat acupunture ni..
Bila tanya Ummi, macam biasa jawapan Ummi..
"Rasa sama je macam sebelum ni" hehe..
Itu la jawapan Ummi selepas apa-apa rawatan pun..
Tapi lepas seminggu buat acupunture ni..
Nampak ada perubahan sikit..
Kaki Ummi dah boleh gerak sikit-sikit..
Abah pun dah tak rasa kebas-kebas kat kaki dan tangan..
Alhamdulillah..........

**Bila tengok ramua ginseng dan ubat-ubat tradisional dalam kedai Doktor Cina ni.. Rasa nak try la pulak.. Tapi bukan sekarang la.. Nanti-nanti kut..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 malam..

5 comments:

  1. Seram la pulak tgk die cucuk kt kepala.. leh wat hilangkan migrain jugak tak?

    ReplyDelete
  2. tengok memang la seram.. tapi tak sakit sangat kut.. untuk migrain pun boleh la Amir.. try la, mana tau kan..

    ReplyDelete
  3. Ni dekat.mana?boleh tahu tmpt x

    ReplyDelete
  4. Ni dekat.mana?boleh tahu tmpt x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, baru terbaca comment..
      Alamat seperti di bawah ya..

      Nicare Enterprise
      No. 58, Jalan Medan Putra 3,
      Medan Putra Business Centre,
      Bandar Menjalara,
      52200 Kuala Lumpur..
      Tel : 03-62726612

      Delete