Wednesday, December 14, 2011

~Hasil Rawatan Acupunture~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Minggu lepas aku ada tulis pasal "Rawatan Acupunture" untuk Imad..
Jadinya, untuk entry ni..
Aku nak tunjuk hasil dari rawatan tu..
Sila tengok video rakaman kat bawah ni ye..

video

Ini la hasilnya..
Aku tak pasti macam mana rawatan tu berfungsi..
Tapi ini hasilnya sehari selepas Imad mendapatkan rawatan acupunture dan makan ubat herba dari Dr. Cina yang cute tu.. Hehe..
Sekarang ni Imad sakan berjalan kat mana-mana pun..
Kat dalam bilik yang tak sebesar mana tu pun Imad sibuk nak tawaf berkali-kali..
Alhamdulillah.. Moga Allah permudahkan segalanya.. InsyaAllah..
Dan satu lagi yang aku nak kongsi..
Lepas sebulan, Imad belum lagi diserang sawan..
Terakhir sekali Imad kena sawan masa Raya Haji hari tu..
Aku dah stop ubat hospital..
Nak tengok macam mana.. berkesan atau tak ubat alternatif ni..
So far, Alhamdulillah..
Kalau ikut kebiasaan, sebulan, dalam 3 atau 4 kali Imad kena sawan..
Tapi untuk sebulan ni baru sekali Imad kena sawan..
Itupun hanya 2 hingga 3 minit..
Tak perlu sumbat Diazepam dalam punggung Imad..
Harap-harap keadaan ni berterusan sampai Imad besar..
Tak sanggup lagi tengok keadaan Imad masa kena sawan major..

**Nak tanya je Dr. tu. boleh tak cucuk jarum acupunture tu kat hati.. Biar orang yang busuk hati dan punya sifat pendengki elok sikit hati dia.. Tak la 24 jam nak fikir tentang keburukan orang lain je.. Apa la kata azam tahun baru ni, "Sibuk Cari Kesalahan Dan Keburukan Diri Sendiri".. Itu azam yang paling baik kut.. Haha..**

-AkU-
Syurga Addin..
22:07 malam..

12 comments:

  1. Alhamdulillah.. berkesan juga rawatan ni kat imad.. semoga imad terus sihat

    Ohye, kalu jarum tu leh cucuk kat hati nanti gtau ye.. nak cuba la secucuk dua..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam...boleh tak dinyatakan rawatan tu buat kat mana? nak juga cuba pergi untuk anak yang sawan. TQ.

    ReplyDelete
  3. @Anonymous
    W'salam.. Ini alamat klinik tu.. Boleh call dulu sebelum pergi ya.. ^_^

    Nicare Enterprise
    No. 58, Jalan Medan Putra 3,
    Medan Putra Business Centre,
    Bandar Menjalara,
    52200 Kuala Lumpur..
    Tel : 03-62726612

    ReplyDelete
  4. Rawat masalah sawan di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre No 7 Jln SG 3/1 Tmn Sri Gombak, Selangor.Setiap penyakit ada penawarnya.Berusaha dahulu kemudian bertawakkal.Insyaallah ada peluang sembuh. 0196676236 -Dr Wan

    ReplyDelete
  5. @Dr Wan
    InsyaAllah, terima kasih untuk info Dr. Wan.. Saya akan bincang dengan suami untuk ke Pusat Rawatan Fitrah..

    ReplyDelete
  6. salam, puan mcmana keadaan anak puan skrg..dh sihat...masih dptkn rawatan di nicare ker..anak sy dh 8 thn kena sawan asyik mkn ubat skrg dr nk bedah kalau boleh nk cuba rawatan lain dulu,,harap dpt respon.tq

    ReplyDelete
  7. salam...mcmana keadaan anak puan..masih mendapatkan rawatan di nicare ke..atau telah sembuh sepenuh nya..anak sy juga pesakit sawan dh 8 thn, dr nk bedah tp sy nk cuba rawatan alternatif..harap boleh share and respon. tq

    ReplyDelete
  8. salam, puan mcmana keadaan anak puan skrg..masih mendptkn rawatan di nicare ke..anak sy juga pesakit sawan dh 8 tahun, dr nk bedah tp sy nk cuba rawatan alternatif..harap puan dpt share dan respon.tq

    ReplyDelete
  9. salam, puan mcmana keadaan anak puan skrg..masih mendptkn rawatan di nicare ke..anak sy juga pesakit sawan dh 8 tahun, dr nk bedah tp sy nk cuba rawatan alternatif..harap puan dpt share dan respon.tq

    ReplyDelete
  10. @zusam marinara
    Wa'alaikumsalam.. Maaf, lewat reply.. Saya dah stop rawatan dengan NiCare sebab masalah kewangan.. Agak mahal sikit rawatan kat situ.. Sebab sawan ni bukan boleh pergi sekali dua je.. Tapi kalau ada kewangan yang mencukupi, boleh cuba.. Sebabnya anak saya lepas dapa rawatan, sawannya agak kurang berbanding sebelum rawatan.. InsyaAllah, kalau kewangan stabil, saya akan teruskan rawatan lagi.. Cuba la, usaha untuk anak.. Mana tau izin Allah boleh sembuh.. Tak perlu lalui pembedahan.

    ReplyDelete
  11. assalam aku-alam, nk tanye skrg macam mana dengan perkembangan sawan ank, masih jd lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      Maaf ya lambat reply..
      Saya dah tak pergi buat rawatan di klinik tu..
      Sekarang ni amalkan pemakanan sunnah dan rawatan alternative..
      Alhamdulillah, ubat hospital memang dah 100% stop..
      Sekarang ni kalau sawan pun, saya tak perlu lagi berkejar ke hospital ataupun masukkan diazepam dalam punggung Imad..
      Hanya mandikan dengan air sejuk, InsyaAllah sawan tu berhenti..

      Delete