Monday, February 13, 2012

~Cinta Antara Kami..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Tahun ni ada la tahun yang ke-8 ijab qabul antara aku dan Incik Hubby..
Bermacam perkara yang telah kami harungi bersama..
Suka duka ikatan perkahwinan..
Tak pernah sekalipun kami terniat di hati untuk mengakhiri ikatan ini biarpun badai yang melanda bukan sekecil anak..
InsyaAllah, Allah masih mengikat kuat hati kami bersama..
Dah harapnya kekal hingga ke hujung nyawa dan bakal bertemu pula di Syurga Akhirat.. Amin..

8 tahun bukan tempoh masa yang sekejap..
Cukup banyak yang aku pelajari sepanjang tempoh itu..
Ibarat putik yang menunggu kembang,,
Begitu la aku..
Cuma, kembang itu belum sepenuhnya lagi..
Jauh lagi perjalanan yang harus aku tempoh untuk mencapai kembang yang tercantik..

Bumi mana yang tidak dilanda hujan..
Pantai mana yang tidak dihempas ombak..
Begitu juga antara aku dan Incik Hubby..
Namun ada caranya untuk kami mengatasinya..

Sewaktu aku masih bekerja dulu..
Memang kami tak punya banyak masa untuk bercakap tentang diri masing-masing..
Masa sangat terhad untuk bercerita..
Sudah la waktu dirumah aku sukar bertemu..
Apatah lagi bila bertukar giliran..
Makanya, untuk mengatasi masalah ni..
Antara kami sentiasa berhubung melalui penulisan..
Tau ke apa tu ?
Hehe.. Kami berkongsi diari, surat dan cebisan nota..
Saat aku pergi kerja di waktu pagi..
Selalunya Incik Hubby belum bangun tidur..
Jadi aku tinggalkan nota dengan kata-kata cinta untuk tatapan dia sewaktu bangun dari tidur..
Begitu juga halnya dengan Incik Hubby..
Kebanyakan masa malamnya di luar..
Maka, sewaktu dia pulang..
Aku telah pun diulit lena..
Dan nota cintanya ditinggalkan untukku..
Pastinya pagi itu aku dalam keadaan bahagia bila menatap nota kata cintanya..
Biarpun dia di depan mata sedang diulit lena..
Perjalanan aku ke tempat kerja juga dihiasi bunga-bungaan mekar..
Saat berjauhan pula..
Kami dihubungkan melalui surat..
Cara lama ?? Hey !!
Tak ada istilah lama atau baru untuk luahkan rasa cinta dan kasih sayang..
bagi aku, itu lebih bermakna berbanding sms dan email..
Kadang-kala, antara kami saling bertukar cerita di dalam diari..
Bermacam cerita yang kami kongsi bersama..
Sementelah sukar bercerita secara berdepan..
Maka diari menjadi tempat untuk kami meluah rasa..
Dan sekarang ini..
Biarpun antara kami sudah kerap berjumpa..
Sebab aku telah pun berhenti kerja..
Dan menjadi House Manager.. Haha..
Namun semua ini tetap kami teruskan..
Sudah banyak nota cinta, surat cinta dan catatan cinta yang masih aku simpan..
Itu la yang menjadi peneman aku sewaktu Incik Hubby jauh dari mata..
Dan aku rasa begitu unik antara kami meluah rasa cinta..

*Sebahagian dari koleksi surat cinta dan nota cinta antara kami..

*Dalam koleksi diari ini kami saling meluah rasa..

*Lagu "Cintamu Mekar Dihati" dari Suami buat Isteri..

*Lagu "Untukmu Selamanya" dari Isteri buat Suami..

**Kedua-dua lagu ini adalah kata hati antara kami..
Dibingkaikan dan terhias di dinding rumah kami..

Bagi aku, lelaki agak sukar menyatakan perasaannya setelah kita menjadi miliknya yang sah..
Maka, ini antara cara yang boleh dipraktikkan..
Cuma, kena rajin la.. Kalau malas.. Urmmm.. Fikir sendiri la ye.. Hehe..
Bermacam cara untuk menghangatkan kembali rasa cinta antara suami dan isteri..
Terpulang kepada diri masing-masing..
Jangan biarkan rasa cinta itu terus hilang bersama waktu..
Biar ia terus mekar seiring dengan pertambahan usia..

"...SELAMAT BERCINTA WAHAI SUAMI DAN ISTERI..."

p/s : Tak perlu tunggu 14 February pun untuk melahirkan kasih sayang..

**..Wanita sebagai anak kecil; adalah pintu-pintu syurga dan tembok penghalang neraka dari ibu bapanya,
Wanita sebagai isteri; adalah pelengkap kepada agama suaminya,
Wanita sebagai ibu; redha Allah terhadap anak berada pada redhanya,
Andai lelaki mengetahui kedudukan wanita ini, pasti mereka ajan HARGAINYA.
Semua ini dari inti kalam Baginda Nabi Salallahu 'Alaihi Wasallam..**

-AkU-
Syurga Addin..
21:17 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment