Thursday, February 16, 2012

~Satu hari di tahun yang baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Hidup bukan untuk hidup,
Tapi hidup untuk Allah..
Hidup bukan untuk mati,
Tapi mati untuk hidup..."

Again.. 17 February tells a new story of me..
Can you imagine that our days are numbered, by counting some more.. hehe..

~Hari Jumaat yang damai~

Syukur Alhamdulillah..
Sekali lagi aku dipertemukan dengan tarikh ini..
Setahun sekali tibanya..
Menandakan betapa pertambahan umur telah pun berlaku lagi..
Bertambahnya umur bermaksud..
Makin kurangnya kiraan bagi kehidupan..
Bersediakah aku ?
Bersedia andainya usiaku hanya setakat ini..
Tak ada orang yang akan jawab mereka bersedia..
Kerana tiada siapa tahu dosa pahala yang digalas..
Sama juga dengan aku..

Tahun ini cukup 31 usia aku..
Apa yang aku mahukan diusia begini ?
Bukan apa yang aku mahukan patut dipersoal..
Tapi apa yang aku telah perolehi diusia begini..
Hmm..
Aku punya dua ibu bapa untuk menjadi seorang anak..
Aku punya enam kakak untuk menjadi seorang adik..
Aku punya tujuh adik untuk menjadi seorang kakak..
Aku punya seorang suami untuk menjadi seorang isteri..
Aku punya seorang isteri untuk menjadi seorang madu..
Aku punya tujuh anak-anak untuk menjadi seorang ibu..
Dan yang paling penting sekali..
Aku punya DIA untuk menjadi seorang muslimah yang berimpian..
Impian untuk apa ?
Sama seperti semua orang..
Aku impikan untuk ke Syurga AkhiratNYA..
Setiap hari terbayang keindahan di syurgaNYA..
Maka bukan sedikit airmata yang aku titiskan..
Sementelah rasa diri tidak layak untuk ke "sana"..
Setiap ketika aku pohon moga diberi petunjuk dan hidayah..
Dan moga tidak dipalingkan hati aku dari mengadapNYA..

31 tahun..
Mungkin tempoh masa yang panjang untuk kita muhasabah diri..
Mencari makna hidup dan tujuan perjalanan..
Kita sentiasa merancang, namun Allah Maha Merancang..
Ternyata rancanganNYA adalah yang terbaik untuk kita..
Dan kita.. Harus menerima segala ketentuanNYA dengan hati yang redha..
Kerana, hanya DIA yang tahu kesudahan perjalanan hidup kita..

Di usia 31 tahun..

Aku mungkin bukan seorang anak yang terlalu baik..
Mungkin tak mampu untuk membahagiakan kedua ibu bapa..
Namun telah aku cuba sedaya upaya..
Untuk menjadi anak yang solehah..
Agar dapat mendoakan ibu dan bapaku ke Syurga Akhirat..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan seorang adik yang terlalu baik..
Tak mampu mendengar semua kata nasihat kakak-kakakku..
Namun aku cuba menjadi adik yang disayangi..
Agar silaturrahim antara kami tetap terjalin tanpa hasad dengki..
Dan kasih sayang kami tetap bersatu selamanya..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan kakak yang terlalu baik..
Tak mampu menjaga adik-adik untuk patuh pada perintahNYA..
Namun aku cuba menjadi kakak yang bertanggungjawab..
Menegur seandainya mereka tersalah langkah..
Biar mereka sedar sebelum terlewat..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan seorang isteri yang terlalu baik..
Tak mampu menjadi sehebat Siti Khadijah mahupun Siti Aishah..
Namun aku cuba menjadi isteri yang taat..
Menyenangkan hati suami..
Menjadi sesiapa pun pada suami dalam apa jua keadaan..
Agar aku sentiasa dihati suami walau dimana dia berada..
Moga simpulan ijab qabul antara kami kekal hingga ke Syurga Akhirat..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan seorang madu yang terlalu baik..
Tak mampu memberikan keistimewaan kepada seorang isteri..
Namun aku cuba menjadi madu yang disenangi..
Mengalah bila perlu.. Merendah diri dan hati kerana Allah..
Agar antara kami tiada perbalahan dan iri hati..
Moga bahtera yang terbina ini tetap kukuh dan teguh tanpa sengketa..
InsyaAllah..

Aku mungkin bukan seorang ibu yang baik..
Tak mampu mendidik anak-anak sesempurna mungkin..
Namun aku cuba menjadi ibu yang penyayang..
Membahagi kasih sayang yang tiada penghujungnya..
Agar tiada anak yang rasa diri terpinggir dan kekurangan..
Moga mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..
InsyaAllah..

Ya, aku mungkin bukan la yang terbaik..
Lantaran aku hanya insan biasa..
Tak pernah lepas dari salah dan dosa..
Moga Nur Ilahi akan tetap bersinar untuk aku..
InsyaAllah..

Terima kasih atas ucapan dan doa yang kalian kirimkan lewat sms, Facebook, e-mail, call dan secara lisan..
Hanya Allah saja yang mampu membalas segala budi baik kalian sepanjang 31 tahun silaturrahim antara kita ini..

**3 permintaan dari aku buat Incik hubby di hari lahir ini.. 1. Solat sunat berjemaah ~ tertunai.. 2. Redha dan restunya sepanjang aku bergelar isteri ~ tertunai.. 3. Biar la rahsia (hehe..).. Incik Hubby bagi yang keempat.. Sesuatu yang sangat istimewa.. Terima kasih Suamiku..**



~:: Shahdattul Olivia Ferranee Imelda Bt Taib, 17 February 1981, Sri Ampang, Selangor, 19:15 senja::~

-AkU-
Syurga Addin..
19:15 senja..

2 comments:

  1. hahaha! baru ade masa nak semak2 blog orang! just nak cakap,


    HAHAHAHAH!!! LU DAH TUA. KLAU YE PUN, TAKYAH LA GAMBO TU SAMPAI NAK PETIR2 SUME!! HAHAHAHAHHA~~

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    mesti la over.. entry untuk diri sendiri kan..
    lu je jeles lebih.. hehe..

    ReplyDelete