Wednesday, March 28, 2012

~Aku dan Nasha Aziz..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ku sangkakan panas hingga ke petang..
Rupanya hujan di tengah hari..
Lebat pulak tu.. (peribahasa tambahan).. Hehe..
Oke la tu.. Tak la panas mana cuaca..
Eh ! Dah berenti ?? Hehe..

Kalau tengok dekat Fesbuk aku..
Profile picture yang aku gunakan ada la gambar hitam putih yang agak samar..
Ala-ala nampak dan tidak je..
Sebelum ni aku rajin tukar gambar..
Tapi rasanya dah lama sangat tak tukar gambar..
Sebab aku rasa gambar yang sekarang ni lagi menarik..
Gambar apa ??

*Ni profile picture aku yang paling bertahan lama..

Gambar ni aku ambik sendiri..
Dalam banyak-banyak gambar yang aku ambik..
Hanya ni yang berkenan kat mata aku untuk jadi profile picture..
Kenapa aku ambik gambar macam ni..
Ceritanya begini.. Hehe.. Macam drama pulak !
Sebenarnya aku nak buat gambar macam Nasha Aziz dalam Teater Lantai T.Pinkie..

*Haha.. Seksi kan ?? Seksa pulak menengoknya..

Tapi bila fikir-fikir balik..
Gambar Nasha tu sangat seksi dan aku tak la seseksi Nasha..
Maka aku batalkan la niat di hati tu..
Dan tercipta la gambar yang ini..
Biar la tak seksi pun..
Tapi aku suka gambar ni..
Tafsiran aku tentang gambar ni ialah..
Seorang gadis misteri..
Menyimpan seribu satu kisah hidup yang tak terungkap..
Kisahnya penuh warna warni..
Akan tetapi pada pandangan mata orang lain..
Hidupnya hanya punya dua warna..
Iaitu hitam dan putih..
Kerana untuk melihat warna-warna dalam hidupnya..
Bukan sekejap masa yang diperlukan..
Tiada sesiapa yang mampu memahami dirinya..
Kerana dia lebih senang "bersendiri"..
Haha.. Ye.. ye je aku punya tafsiran..

Aku memang meminati Nasha Aziz semenjak dari sekolah dulu..
Melihat Nasha, aku rasa teruja sangat..
Masa tu Nasha lebih kepada bidang modelling..
Tapi bila Nasha dah masuk bidang lakonan..
Keghairahan aku makin bertambah-tambah..
Apa saja lakonan Nasha Aziz aku akan tonton..
Haha.. Begitu sekali minatnya aku pada Nasha..
Pada aku Nasha artis yang bersih..
Apa sangat gossip dan kontroversi yang kita dengar pasal Nasha..
Kalau setakat cerita video yang dicuri rakam..
Kes dengan ayah kandungnya..
Bagi aku itu tak menjadi hal..
Nasha masih lagi bersih pada pandangan mata aku..
Pernah aku bercita-cita untuk jadi macam Nasha..
Sebab aku rasa ketinggian aku cukup untuk jadi macam tu..
Keinginan itu masih aku pendam setelah berkerjaya..
Namun setelah berumahtangga..
Keinginan itu padam sedikit demi sedikit..
Aku rasa kehidupan aku dan Nasha cukup berbeza..
Sekarang ini pun..
Aku sekadar suka menonton lakonannya..
Tak ada lagi keghairahan seperti dulu..
Kenapa ? Urmm.. Biar la aku yang tahu sebabnya..

**Sahabatku.. Iman bukan diukur dari sejauh mana labuhnya tudung.. Iman bukan diukur dari sejauh mana dakwah anda di MukaBuku.. Iman bukan diukur dari sehelai kain yang menutupi wajah.. Seriously, NEVER THINK OTHERS SMALLER THAN YOU.. Jangan pernah membandingkan betapa jauh hebatnya tarbiah kita dari orang yang belum kenal apa itu tarbiyah.. Siapa tahu satu hari nanti, kehidupannya lebih diberkati daripada kita.. Tugas dakwah bukannya dengan "Menjadi seseorang yang nampak lebih baik dari yang lain", tetapi didahului dengan menjadi dai'e di hati sendiri.. Kerana sifat ujub dimulai dengan merasa diri LEBIH dari orang lain..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment