Friday, March 30, 2012

~Wanita Dalam Neraka..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam Jumaat begini..
Seeloknya membaca Al-Quran..
Kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi..
Biarpun hanya satu surah..
Kalau malas nak baca surah yang panjang, surah yang pendek pun Alhamdulillah..
Esok penghulu segala hari..

Pernah tak kita bayangkan andai kata kita hanya sempat hidup untuk hari ini ?
Tentu bermacam benda yang kita nak buat dalam satu masa..
Ialah, berapa banyak sangat masa yang kita ada untuk buat semua tu..
Mesti kita sibuk nak mengaji sepanjang masa..
Sibuk nak solat sunat sepanjang waktu..
Berzikir setiap saat..
Kalau boleh nak beribadat sampai la masa nyawa kita diambil malaikat Izrail..
Tapi malangnya kita tak akan tahu bila nyawa kita berakhir..
Sebab tu setiap masa kena muhasabah diri..
Renung dalam diri sendiri..
Berapa banyak dosa kita sepanjang usia kita sekarang..
Cukup dah ke pahala untuk kita bawa ke "alam sana" nanti..
Sudah tentu jawapannya TAK CUKUP..
Tapi kita tak pernah nak sedar..
Biasanya sampai ke hujung nyawa baru kita nak tersedar..
Tapi tentu la dah terlambat.. Hmm..

Untuk entry kali ni aku nak bagi beberapa keadaan wanita dalam neraka..
Khas buat semua wanita Islam yang membaca Syurga Addin..

1) Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab dikalangan lelaki..

2) Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata..

3) Wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya..

4) Wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas..

5) Wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang..

6) Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya..

7) Wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib..

8) Wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta..

9) Wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah dan suka marah-marah pada suaminya..

Itu diantara keadaan wanita di dalam neraka..
Cuba renung diri sendiri..
Adakah kita termasuk dalam golongan diatas ?
Kalau jawapannya ada..
Maka berubah la.. 
Masih belum terlambat untuk kita berubah kearah sesuatu yang lebih  baik..
Tidak rugi menjadi orang yang baik..
Wanita sangat senang untuk ke syurgaNYA..
Hanya perlu mengikut setiap apa yang diperintah olehNYA..
Maka mengapa memilih untuk ke neraka ?
Pilihan terletak di tangan kita..
Tepuk dada tanya iman..
Wahai wanita-wanita diluar sana..
Jadi la wanita-wanita yang diredhai oleh Allah..
Cari la kasih sayangNYA melalui keampunanNYA..
Moga akan bertemu lewat sujud dan doa kepada Ilahi..
InsyaAllah..



**Kita akui rindukanNYA.. Kita akui sayangkanNYA.. Kita akui mencintaiNYA.. Namun mengapa kita tak berusaha untuk mendekatiNYA.. Bukan DIA yang perlu mencari kita.. Tetapi kita yang harus mendapatkanNYA.. Percaya la.. Kasih sayang NYA tak pernah hilang untuk kita biarpun kita sering melupakanNYA.. Allahuakbar...**

-AkU-
Syurga Addin..
00:47 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment