Monday, May 7, 2012

~Istimewanya May~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setelah dua hari kepanasan, maka hujan turun lebat 2 hari jugak..
Hari ni cuaca jadi sejuk waktu malam..
Dan seminggu aku, Incik Hubby, Imad dan Dhiya tidur beramai-ramai..
Malam ni aku tidur dengan Dhiya..
Dan Imad tidur dalam playpen dia..

Setiap tahun..
2 hari di bulan May ini mengingatkan aku ketika kali pertama ianya berlaku..

Hari yang Pertama ~ 1 May..

Ini merupakan hari ijab qabul aku yang pertama..
Tepat pukul 10 malam hari Sabtu aku telah selamat diijab qabulkan dengan Mohamad Azhan bin Mohamed Adnan..
Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, maka kami bersatu..
Tahun ini, genap 8 tahun kami bersama..
Biarpun 8 tahun itu bukan masa yang sekejap..
Tapi masih lagi ada kata-kata fitnah dan hinaan ke atas aku..
Biar la mereka berkata-kata..
Mungkin mereka iri hati melihat aku bahagia..
Ya ! Aku bahagia..
8 tahun bersama kami telah dikurniakan anak-anak yang sangat comel..
Muhammad Imad Addin dan Aisy Dhiya Sufia..
Sepasang permata hati yang menghiburkan..
Semoga mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan..
Pantai mana yang tidak dipukul ombak..
Begitu juga mahligai kami..
Tipu la kalau aku kata kami aman sepanjang masa..
Ada juga perbalahan dan salah faham antara kami..
Itu yang menjadikan kami semakin matang dalam melayari bahtera ini..
Setiap ketika aku berdoa..
Moga ikatan yang terpatri ini akan selamanya utuh..
Biar la badai mendatang..
Biar la taufan mengganas..
Namun, untuk melepaskannya..
Hanya Allah yang Berkuasa..

*Hadiah ?? Urmm.. Aku tak minta apa pun.. Cuma keredhaan dan kemaafan dari seorang Suami buat Isteri.. Dan seperti biasa, Incik Hubby akan bagi sesuatu yang istimewa.. Dan pastinya akan aku ingat setiap detik dalam hidupku..*

Hari yang Kedua ~ 2 May..


Tarikh ini merupakan hari kelahiran anakku yang pertama..
Tepat pada pukul 10 malam Muhammad Imad Addin selamat dilahirkan ke dunia ini..
Alhamdulillah.. Biarpun Imad tidak sesempurna anak-anak yang lain..
Tapi, Imad punya keistimewaan yang tersendiri..
Sesiapa pun jumpa dengan Imad akan senang hati..
Benar, bukan perkara yang mudah menangani anak seperti Imad..
Tapi, InsyaAllah..
Selagi ada nyawa di badan..
Selagi itu aku cuba beri yang terbaik untuk Imad..
Imad pemberi semangat di kala aku hampir tersungkur..
Imad kegembiraan di saat aku kesedihan..
Imad keriuhan di ketika aku keseorangan..
Imad segala-galanya dalam dunia aku..
Biarpun kini Imad sudah punya adik..
Namun kasih dan cinta aku buat Imad..
Takkan pernah berkurang..
Setiap ketika aku berdoa..
Agar Imad punya kesempatan untuk menikmati dunia ini seperti anak-anak yang lain..
Moga kasih sayang Allah akan senantiasa merahmati dan melindungi Imad dari sebarang kejahatan..

InsyaAllah.. Amin.. Yarabbal 'Alameen..

*Muka orang mengantuk.. Hehe..

*Ini la kasut Imad.. Kena beli saiz besar untuk pakai dengan splint.. Dr. pakar nak jumpa Imad 23hb May ni.. Nak tengok Imad jalan pakai splint dan kasut..

*Ini la kek kami !!

**Hari Khamis lepas Imad diserang sawan untuk pertama kali diusia 5 tahun.. Kesian Imad.. Allah beri dugaan untuk Imad.. Sabar ya Sayang.. Ibu, Ayah dan adik Dhiya akan tetap sayangkan Imad biar siapa pun Imad..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:57 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment