Assalamu'alaikum wbt...
Alhamdulillah.. InsyaAllah..
Bertemu lagi kita dengan Ramadhan Al Mubarak..
Tak jauh lagi, hanya beberapa jam dari sekarang..
Sabda Rasulullah SAW :-
"Di bulan Ramadhan, umatku telah diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya; bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada haruman misik, para Malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka, juga pada bulan itu syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi Syurga dan berkata, "Hamba-hamba-Ku yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit, "Serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan."
HARAPAN RAMADHAN..
Setiap tahun dengan harapan yang sama..
Agar dapat melalui Ramadhan dengan penuh kesempurnaan..
Ibadat yang berterusan dan diredhai oleh Allah swt..
Dan sama seperti hambaNYA yang lain..
Berharap untuk "bertemu" dengan Lailatul Qadar..
Dari Anas ra, dia berkata, "Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Pada malam Lailatul Qadar, Jibril as dengan serombongan Malaikat turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingati Allah SWT."
Dari Umar ra, Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang hidupkan malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan sampai Subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah tiap malam Ramadhan seluruhnya. "Fatimah lalu berkata, "Wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tiada mampu beribadah malam ?" Baginda menjawab, "Hendaklah mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat saja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT. Itu lebih kusukai daripada ibadahnya umatku seluruhnya pada bulan Ramadhan."
"Barangsiapa yang menghimpunkan malam Lailatul Qadar, melakukan solat dua rakaat dan memohon ampun kepada Allah di situ, tentu Allah SWT mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah serta Jibril mengusap akan dia dengan sayapnya. Siapa yang diusapi Jibril dengan sayapnya pasti dia akan masuk Syurga."
Moga bersama-sama dapat kita menjalani ibadah puasa ini dengan keimanan dan keikhlasan serta dapat bertemukan dengan malam Lailatul Qadar..
InsyaAllah...
::Lagu ni adalah lagu wajib dipasang pada setiap kali Ramadhan masa masih lagi bekerja di company "Anak la Ayam" dulu.. hehe..::
*Nabi SAW bersabda : "Siapa berpuasa pada bulan Ramdhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."*
**Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja Pembaca Syurga Addin yang dihormati.. Pastinya sepanjang saya mencurah rasa di dalam ruang Syurga Addin ini terdapat khilaf yang tak saya sedari.. Kiranya ada kata-kata yang menyinggung sesiapa, saya mohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung jari.. Lumrah manusia, tak pernah lepas dari berbuat salah dan dosa.. Kemaafan anda adalah keindahan bagi saya.. Terima kasih kerana sudi singgah di Ruang Bicara saya.. Moga Allah SWT merahmati dan meredhai kehidupan kita.. InsyaAllah, Aameen..**
-AkU-
Syurga Addin..
06:27 Subuh..
0 Kata-kata kamu..:
Post a Comment