Friday, August 10, 2012

~Airmata seorang Suami..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sedar tak sedar dah tak lama lagi je Ramadhan bakal melabuhkan tirainya..
Entah berjumpa lagi entahkan tidak..
Sementara masih berpeluang ni..
Rebut la sebaiknya masa yang masih bersisa..

Semalam..
Masa tengah bersantai dengan Dhiya..
Aktiviti panjat memanjat..
Oh ! Dhiya dah pandai memanjat..
Jenuh nak tengok, takut Dhiya jatuh..
Kalau tak dapat panjat benda lain..
Maka ibu atau Ayah akan jadi mangsa..
Kekadang Abang Imad pun kena jugak.. Hehe..
Oke.. Back to main story..
Incik Hubby duk baring kat sebelah..
Aku tengah menahan dari didera Dhiya..
Sewaktu menoleh ke arah Incik Hubby..
Secara tiba-tiba terlihat ada air jernih melalui kelopak mata dia..
Eh ! Kenapa ni ? <---Ni dialog dalam hati..
"Ayah menangis ke ?" Ni dialog sebenar..
Aku tengok Incik Hubby diam je sambil jari dia menguis air mata yang terbentuk di tepi mata..
Untuk kepastian, aku pun kesat dengan jari kat mata Incik Hubby..
Eh ! Betul la air mata ! <---Dialog dalam hati lagi..
"Kenapa Abang menangis ?"
Dhiya aku dudukkan di sisi..
"Mana ada Abang menangis la" Incik Hubby cuba cover macho.. Haha..
Sekilas ikan di air, sudah ku tahu sedap digoreng ka atau di gulai ka.. Cehh !
"Abang susah hati pasal kita susah ya ?" Aku cuba meneka..
"Tak la.. Abang duk fikir macam-macam sekarang ni" Tu jawapan dia..
Tapi aku tahu jawapan sebenarnya lain..
Incik Hubby bangun lalu duduk dengan Dhiya di atas pangkuannya..
"Sayang.." Mukaddimahnya.. "Hmm ?" Itu je aku jawab..
"Kata la ye.. Projek Abang berjaya, InsyaAllah.. Hmm.. Abang peruntukkan simpanan untuk anak-anak kita.. Lepas tu Abang siapkan segala keperluan untuk Sayang.. Lepas tu Abang bagi lagi simpanan.. Tiba-tiba umur Abang tak panjang.. Sayang kawen lain tak ?" Muka Incik Hubby serius..
Aku tersenyap seketika.. Nak jawab apa ya ? Hmmmmmm.......
"Nak buat apa kawen lain ?" aku jawapan selamba..
"Takkan la tak kawen.. Sayang dah kaya macam tu.." Incik Hubby tak percaya..
"Kalau ada orang alim pinang, kawen la kut.. Hehe" Niat aku nak bergurau je..
"Hmm.. Kalau Ibu kawen lain.. Tak berjumpa la dengan Ayah kat Syurga nanti ye Dhiya" Incik Hubby jawab perlahan kat Dhiya..
Iskk !! Orang gurau je pun.......
"Abang.. Sayang tak pernah terfikir pun untuk kawen lain.. Kalau boleh, Insyaallah.. Biar la perkahwinan hanya terjadi sekali dalam hidup Sayang.. Kita berkahwin kerana Allah, bukan kerana harta atau pangkat mahupun kedudukan.. Biar la Sayang besarkan anak-anak sendiri.. Tak perlu ada orang lain di tengah-tengah antara kami.. Lagipun semuanya dah ada.. Nak apa lagi.. Sayang hanya perlu uruskan segalanya dengan baik.. Dan satu lagi.. Kalau diizinkan Allah.. Sayang nak kita sekeluarga berjumpa semula di Syurga Akhirat.. Kalau Sayang kawen lain, Sayang tak akan jumpa Abang dah.." Itu jawapan panjang dari aku..
Aku nampak Incik Hubby sengih sambil mengagah Dhiya..
Incik Hubby bersuara lagi..
"Kalau Sayang dah kaya, Sayang nak tinggalkan Abang tak ?"
Aku pandang Incik Hubby..
"Sedangkan masa kita susah pun Sayang tak lari tinggalkan Abang.. Apatah lagi bila kita senang.. Buat apa Sayang nak susah balik bila kita dah senang ?"
"Mana la tahu.. Ye la Abang ni dah tua, Sayang tu muda lagi.." Macam tu pulak !
"Kalau nak cari yang muda, dulu lagi Sayang dah cari.. Tak perlu tunggu lepas dah lama kawen dengan Abang.." Aku terus bangkit menuju ke dapur sebelum macam-macam lagi soalan pelik dia kemukakan..
Aku dengar dari dapur Incik Hubby bercakap dengan Dhiya..
Macam tu la gayanya bila tiba hari pertukaran giliran..
Incik Hubby akan melayan Dhiya sampai tiba masa untuk berangkat..
Hai.. Macam-macam la Incik Hubby ni..

*Budak nakal ni anak manja Ayah ! Heh !

**Ini bukan kali pertama Incik Hubby mengalirkan airmata depan aku.. Bukan mudah untuk seorang suami menangis depan isterinya.. Ego seorang suami itu tinggi melangit.. Ia hanya akan kalah dengan kelembutan dan kasih sayang seorang isteri..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:47 pagi..

6 comments:

  1. bukan soalan dan meyoal soalan-soalan itu sudah tipikal bg pasangan berkahwin....apa yg pelik? x pelik pun dan x menyentuh hati pun...biasalah tu...kekeekkekeekekek..jgn marah

    ReplyDelete
  2. Betul.. Bersoal jawab itu kebiasaan bagi suami isteri.. Tapi selalunya soalan begini isteri yang akan tanya.. Biasa bagi kita tak semestinya biasa bagi orang lain juga..
    Tak kata pun menyentuh hati.. :p

    ReplyDelete
  3. pada org yg sudah terbiasa mmg tak akan berasa apa-apa, almaklum lah dh terbiasa.. namun jika yg sudah menjd kbiasaan pun, jika ianya slama ini sudah terlalu lama menanggung 'ksakitan' yg pelik tu boleh jd terlalu istimewa, ape tah lg pd org yg langsung tak pernah merasa sesuatu kebiasaan tu..

    ReplyDelete
  4. Ia la Amir.. Lain orang lain kehidupannya.. Bagi yang terbiasa, mungkin tak terasa apa-apa.. Tapi bagi yang kurang biasa.. Hmm... Hidup kita lain-lain pengalamannya.. ;D

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Malas kemas rumah la tu.. tu pasal la banyak habuk.. hihihi..

      Delete