Wednesday, August 8, 2012

~Tazkirah Ramadhan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Kita telah masuk ke fasa pertengahan bulan Ramadhan..
Semoga sama-sama kita berusaha mencari keampunan dan kasih sayang Allah swt di bulan yang mulia ini..
InsyaAllah..

Sebagai hambaNYA, kita punya dua pilihan untuk kehidupan "disana" nanti..
Sama ada di syurga mahupun di neraka..
Indahnya syurga tak dapat terbayang dengan kata-kata..
Ngerinya neraka tak terkhabar dengan cerita..

Sesungguhnya Allah swt menciptakan Neraka berpintu tujuh.

"Ia ada tujuh buah pintu" ~ (Q.S Al Hijr : 44)

     Pintu-pintu itu terdiri daripada besi penuh laknat. Bahagian luar dilapis tembaga dan di bahagian dalam berisikan timah. Di bahagian bawah terdapat azab. Sedangkan di bahagian atas terdapat murka. Lantainya terdiri dari tenbaga, timah, besi dan kaca. Di mana api datang dari atas, bawah, kanan dan kiri mereka. Ia bertingkat-tingkat. Dan tingkat paling bawah untuk orang-orang munafik.

     Tersebut pula dalam Hadis bahawa, Jibril datang kepada Rasulullah saw. Kemudian baginda bertanya, "Wahai Jibril terangkan kepadaku tentang neraka dan panasnya!" Lalu Jibril berkata, "Sesungguhnya Allah menciptakan Neraka dan Dia menyalakan seribu tahun hingga memerah. Lalu dinyalakan lagi seribu tahun sehingga memutih. Dia nyalakan seribu tahun lagi sehingga menjadi hitam. Hitam pekat dan gelap. Demi Zat yang mengutuskanmu sebagai Nabi. Seandainya sehelai pakaian ahli Neraka ada di atas bumi, tentu ahli bumi akan mati semua. Dan seandainya setimba daripada minuman mereka ditumpahkan ke air bumi, tentulah mati semua yang meminumnya. Dan seandainya sepotong rantai neraka diletakkan diatas gunung dunia, hancur leburlah ia. Dan seandainya saja seseorang masuk neraka kemudian dikeluarkan lagi kedunia, tentu ahli bumi ini mati semua kerana bau busuknya. "Kemudian Nabi saw bertanya lagi kepada Jibril sd, "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang pintu-pintu Jahanam, apakah ia sama dengan pintu-pintu kita ini?" Kemudian Jibril menjelaskan, "Bukan, ya Rasulullah. Tetapi tingkatan sebahagiannya lebih rendah daripada sebahagian yang lain. Dari satu pintu ke pintu yang lain memakan waktu perjalanan tujuh puluh tahun. Tiap pintu lebih panas daripada pintu sebelahnya berlipat tujuh puluh kali."
     Kemudian Nabi saw bertanya tentang penduduk pintu-pintu itu. Maka Jibril as menjawab, "Pintu terbawah, disanalah tempat orang-orang munafiq. Namanya Hawiyah. seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt :
     "Sesungguhnya orang-orang munafiq dalam Neraka yang paling bawah."
                                                                             (Q.S An-Nisa': 145)

Pintu kedua tempat orang musyrik. Namanya Jahim. Pintu ketiga tempat As-Shabiun (orang-orang yang menukar agamanya). Namanya Saqar. Pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya daripada golongan Marjusi. Namanya Ladha. Pintu kelima tempat orang-orang Yahudi, namanya Huthama. Pintu keenam adalah tempat orang-orang Nasrani, namanya Sair. Kemudian Jibril as terdiam. Maka Rasulullah segera bertanya, "Mengapa engkau tidak menceritakan penduduk pintu ketujuh?" Lalu Jibril as mrnjawab, "Wahai Muhammad, janganlah engkau bertanya kepadaku tentang itu." "Ceritakanlah kepadaku." desak Nabi saw. Kemudian Jibril as berkata, "Di situlah tempat orang-orang sombong dari umatmu yang mati sebelum bertaubat."

Begitu sekali gambaran neraka..
Tak terbayang rasanya di fikiran..


Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

إلهى لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم


Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

I'tiraf ~ Raihan..
*Ya Allah ! Jauhkan la kami dari Neraka dan seksaannya serta segala perbuatan yang mendekatkan kami kepadanya. Masukkan la kami ke Syurga bersama orang-orang yang beruntung mendapat rahmat-Mu. Aameen..*

-AkU-
Syurga Addin..
02:37 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment