Wednesday, November 21, 2012

~Novel -10~


Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tanpa disedari masa terlalu cepat berlalu. Segalanya bagai baru semalam berlaku. Daun-daun derita telah gugur menggantikan daun-daun ceria. Semuanya berubah, beredar mengikut masa. Namun tidak pada Seri. Hidupnya seakan terus dihuni dugaan. Disaat teman-teman lain sedang bergelumang dengan buku, Seri keseorangan menghadapi permasalahan yang maha hebat.
     Malam itu Seri pulang dari rumah temannya agak lewat. Seperti biasa Seri terus naik kebiliknya tanpa menegur ibunya diruang tamu. Seri duduk diatas katil sambil tangannya membelek buku-buku yang bertaburan diatas lantai. Pintu biliknya dibuka. Adik tirinya tersenyum lalu menutup suis lampu. Seri terkejut diperlakukan sedemikian rupa.
    “Kenapa tutup lampu? Kakak nak belajarlah!” Seri dah mula panas hati. Suis lampu itu dihidupkan kembali.
      “Abah yang suruh. Abah kata nak tidur, terang sangat,” Iskandar memberi penjelasan. Lampu itu terletak ditengah-tengah antara bilik Seri dan bilik ibunya. Kalau dibuka memang bilik disebelah akan menjadi terang. Tetapi bukanlah terang sangat, samar-samar saja.
    “Jangan nak mengada-ngada. Biarkan saja, kakak nak belajar macam mana kalau lampu tutup? Gelaplah!” Seri meneruskan pembacaannya. Iskandar menutup semula pintu bilik Seri lalu masuk kebiliknya. Dua minit kemudian, dia datang kembali dengan niat yang sama. Seri semakin geram dengan bapa tirinya itu.
     “Kau tak faham bahasakah?” Suara Seri mulai meninggi. Adik tirinya ketakutan, terus lari kebiliknya. Tak lama kemudian menyusul pula bapa tirinya.
     “Kamu tak tahu ke orang nak tidur hah?” sergahnya. Matanya bulat memandang muka Seri.
     “Orang tak ganggu, nak tidur, tidurlah! Orang nak belajar!” Seri menjawab.
    “Masalahnya lampu kamu ni ganggu aku nak tidur, terang sangat!” Suaranya masih lagi tinggi. Seri buat tak peduli. Serentak dengan itu bapa tirinya menutup suis lampu. Seri bingkas lalu membuka semula lampu itu.
   “Kamu jangan kurang ajar, Seri! Petang-petang tadi tak nak belajar, keluar tak tentu hala!” matanya menentang mata Seri.
     “Apa yang bising-bising ni? Tak malu ke jiran-jiran dengar?” Entah bila ibunya naik, Seri pun tak perasan.
   “Kamu nasihatkan sikit anak kamu ni. Tak faham bahasa agaknya!” Bapa tirinya bersuara mempertahankan diri. Seri semakin geram dengan kerenah bapa tirinya itu. Berpura-pura baik konon.
     “Kenapa kau ni Seri? Kalau nak belajar, pergi belajar kat bawah. Kau dah tahu lampu tu terang, pergi belajar tengah-tengah malam ni buat apa? Ganggu orang nak tidur!” Ibunya seperti membela bapa tirinya. Seri masih mendiamkan diri.
     “Itulah yang aku cakap tadi, tapi dia ni tak faham bahasa. Orang nak jaga dia tak nak bagi rosak. Tu lah, kawan dengan budak tak tentu hala!” Bapa tirinya mempertahankan kata-katanya. Seri menjadi marah bila dia mendengar kata-kata itu.
     “Pak cik tak ada hak nak kutuk kawan-kawan Seri! Sedarlah diri, siapa pak cik tu nak nasihat orang!” Serentak dengan itu, satu tamparan hinggap dipipinya. Seri terduduk dia atas katil. Tangannya meraba pipi kirinya. Seri memandang ibunya, semacam tidak percaya diperlakukan sedemikian rupa. Seri menutup muka, dia menangis.
    “Seri, mak tak sengaja. Seri kena faham keadaan mak,” Ibunya cuba memujuk, tangannya mengusap rambut Seri. Seri menepis tangan ibunya. Mungkin ibunya terasa hati, lalu turun ke tingkat bawah.
    “Pak cik bukan nak marah kamu, tapi kamu fikirlah sendiri. Pak cik nak kamu jadi orang yang baik...” belum pun habis ayat itu, Seri telah pun bingkas lalu turun ke bawah dan terus keluar.
     “Seri, nak pergi mana tu?” teriak ibunya tidak diendahkan Seri. Seri terus berjalan menuju ke rumah Elya.
    “Eh! Kenapa kau datang balik? Kau rindu kat aku ye!” Elya menegur sebaik sahaja kakinya melangkah masuk. Seri hanya tersenyum.
    “Elya, hari ni aku tumpang tidur sini ya? Rumah aku dah berkunci,”Seri memberi alasan.
    “Oh ya! Jangan lupa kejutkan eku esok pukul lima pagi tau! Aku nak pergi sekolah,”Seri terus melelapkan matanya. Seri tidur dalam keadaan kehampaan. Hampa dengan tindakan ibunya. Seri menangis bukan kerana sakit, tetapi Seri terkilan. Seumur hidup Seri, tak pernah sekalipun tangan ibunya hinggap ke badannya. Pada Sei, mungkin ibunya tidak sayangkannya lagi. Itu sangkaan Seri. Siapa tahu perasaan hati seorang ibu. Mungkin dia kecewa, mungkin dia terpaksa atau bermacam sebab lagi. Memang manusia tak dapat lari dari kesilapan, itulah kekurangan seorang insan. Namun jangan lupa, setiap kesilapan memerlukan pembetulan, bukan dibiarkan sahaja menjadi kesalahan yang berpanjangan. Lumrah alam.. Allahuakbar.....................

*Bahagia itu datangnya dari hati.. Andai bahagia hati, maka bahagia la hidupnya.. Hati yang sengsara takkan mampu memancar warna kebahagiaan di wajah seorang "kita"*



-AkU-
Syurga Addin..
02:47 pagi..

Read more…

~Hilang sudah nilai kemanusiaan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekarang ni..
Buka je fesbuk..
Takde berita lain..
Tentang Palestin, tentang Gaza, tentang Israel..
Tentang peperangan, tentang kemusnahan, tentang pembunuhan..
Ahhhhh ! Dunia betul-betul telah hilang nilai kemanusiaan..
Keamanan terpaksa ditebus dengan darah dan nyawa..
Kezaliman bermaharajalela..
Jangan kata memandang gambar-gambar yang tertera..
Membaca berita yang dipaparkan pun sudah cukup untuk buat aku mengalirkan airmata..
Setiap kali terpandang gambar anak-anak yang terkorban di sana..
Setiap kali itu juga aku terbayangkan anak-anak sendiri..
Alangkah deritanya mereka disana..
Nafsu sudah benar-benar mengatasi kewarasan manusia..
Hingga nilai-nilai kemanusiaan itu terus lenyap !!
Lihat saja gambar-gambar yang ada..
Sudah mampu meruntun naluri seorang manusia yang punya perasaan..







*Airmata mereka sepertinya sudah tidak berharga..








*Merenung kebebasan yang sudah makin pudar.. Entah bila lagi dunia ini dapat mereka tatap dengan kebahagiaan dan kedamaian..

Quote ini aku ambil dari teman fesbuk Iqbal Syarie :: Mereka ini bukan lagi manusia, tapi produk yang termutasi daripada gen binatang buas. Makhluk perosak yang hanya perlu dipijak-pijak! :: Kata-kata buat Israel..

**Sekarang sudah pukul 2.31 pagi.. Aku masih lagi berjaga di tengah-tengah antara Imad dan Dhiya.. Memeluk kedua-dua anak ini dalam dakapan kasih sayang dan cinta sambil berharap aku mampu melihat mereka membesar dalam suasana aman dan bahagia.. Bimbang kiranya ini sentuhan terakhir aku pada anak-anak, andaikata nikmat keamanan ini Allah tarik dalam sekelip mata seperti yang terjadi pada mereka di Palestin.. Semoga Allah memberi kekuatan pada jiwa mereka.. InsyaAllah, ameenn...**

~Kalian juga, berdoa la untuk mereka..~

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

Read more…

Saturday, November 3, 2012

~Kenangan bersama UMMI - Part 2..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...


Hari yang ke 20 pemergian Ummi yang dikasihi...
AL-FATIHAH...


Kenangan Bersama Ummi..

Sepanjang 8 tahun bergelar menantu kepada Ummi..
Hanya sekali aku dapat menyambut 1 Syawal dengan Ummi..
Aku takkan lupa sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2007..
13 Oktober 2007..
Segalanya masih segar diingatan..
Sebelum ni banyak aku dengar cerita yang di Kelantan sambutan Raya Aidilfitri tak berapa meriah..
Tapi setelah aku sendiri menyambutnya disini..
Ternyata cakap-cakap tu tak boleh pakai.. Hehe..
Aku sampai awal di Kelantan..
Beberapa hari sebelum raya..
Sempat berpuasa bersama Ummi dan keluarga..
Malam raya tu aku dan ipar-ipar yang lain sibuk membantu Ummi di dapur..
Kalau di kampung sendiri..
Malam-malam begini ada rendang, dodol, kuah kacang, ketupat dan sebagainya..
Tapi di Kelantan waktu itu..
Kami sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk nasi kerabu..
Memang la agak janggal bagi aku untuk pertama kalinya..
Lantaran sudah terbiasa dengan hidangan Hari Raya kampung sendiri..
Tapi apa salahnya menentang kebiasaan ??
Macam biasa menjelang raya memang akan tidur lewat dan bangun awal..
Pagi raya seperti biasa, yang mampu boleh pergi solat raya..
Dan yang tak mampu boleh tinggal kat rumah buat apa yang patut..
Aku ada la golongan yang tak mampu.. Hehe..
Lagipun masa tu Imad dah lahir dan berusia 5 bulan lebih..
Selepas semuanya balik dari masjid..
Kami menikmati hidangan raya beramai-ramai..
Memang rasa sangat meriah waktu tu..
Dah lama tak rasa hari raya yang sebegitu..
Dah kenyang perut, semuanya berkumpul kat ruang tamu..
Ummi dan Abah dah siap duduk dikerusi..
Maka satu persatu anak-anak bermula dari yang paling tua hingga la yang muda untuk memohon ampun dan maaf di pagi mulia itu..
Ini juga ada la kelaziman raya yang sudah lama aku tak rasai..
Terasa indahnya raya biarpun airmata bercucuran memohon ampun dan maaf dari Ummi dan Abah..
Dan tentunya aku tak akan lupa kata-kata yang dibisikkan Ummi ketelinga aku sewaktu tangan Ummi menggenggam kejap tangan aku..
Lama tangan kami bertaut dan tubuh kami bersatu dalam pelukan..
Hanya aku yang mengambil masa yang lama bersalam dengan Ummi..
Semua yang ada di ruang itu hanya memandang tanpa tahu sebiji butir pun kata-kata Ummi kepada aku..
Ahhhh ! Kata-kata tu yang aku pegang sampai sekarang..
Dan kerana kata-kata itu la, aku sanggup telan segala perkara yang berlaku hingga ke hari ini..
Selepas sesi salam-menyalam, ada pula sesi bergambar..
Terasa bahagia waktu itu..
Itu la satu-satunya hari raya yang paling indah sepanjang aku bergelar isteri dan menantu kepada keluarga Ummi..
Biarpun ada perkara dan orang yang agak menjelekkan..
Tapi itu semua tak mencacatkan sambutan hari raya aku di sana..
Seminggu aku di Kelantan..
Memang meriah juga sambutan disini..
Tiada beza seperti di tempat lain..
Pastinya kenangan itu tak akan mampu aku ulang kembali..
Namun memori itu tetap terpahat kukuh dilembaran ingatan..

*Gambar-gambar Ummi yang ada dalam simpanan aku, tak dapat nak scan.. Entah apa kenanya, scanner problem pulak.. Tak mengapa la.. Biar la gambar itu menjadi tatapan aku saja..

**Semoga Ummi tenang "disana".. Doa untuk Ummi senantiasa bergema setiap ketika.. Ummi dalam kenangan..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

Read more…